Malaysia Diberi Penghormatan Pertama

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

jubli emas tabung haji.

Tahun ini Tabung Haji (TH) menyambut Jubli Emas sempena ulang tahun ke-50. Lebih manis atas pengurusan cemerlang dan mempunyai jemaah berdisplin tinggi yang diakui dunia, kerajaan Arab Saudi telah bermurah hati memberikan kepada Malaysia sebagai negara pertama menggunakan 4 kemudahan terkini yang disediakan.

 

Tahniah kepada kerajaan dan pengurusan Tabung Haji (TH) atas urus tadbir yang baik semenjak 50 tahun lalu yang mana ketika ia dilahirkan pada tahun 1963, TH hanya sebagai sebuah organisasi kecil dan beribu pejabat di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Ketika itu TH hanya mempunyai 13 petugas dan 1,280 pendeposit dengan simpanan sebanyak RM46,600 sahaja.

 

Kini TH muncul sebagai sebuah pengurus dana Islam terbesar negara dengan jumlah melebihi RM41 bilion dan merupakan sebuah organisasi yang berdaya saing melalui perkhidmatan  inovatif dan skim simpanan yang menarik lebih daripada lapan juta pendeposit dan 119 cawangan, dengan lebih daripada 6,000 ‘touch-points’ (pusat perhubungan) di seluruh negara dan turut mempunyai pejabat yang beroperasi di Jeddah, Arab Saudi.

.

.

Malaysia Pertama Hantar Pulang Air Zam-Zam

.

Bagi memudahkan pengurusan lapangan terbang dan Projek Air Zam-Zam King Abdullah Abdulaziz di Kuday Mekah, kerajaan Arab Saudi memberikan Malaysia sebagai negara pertama menghantar air zam-zam ke tanah air untuk jemaahnya sebelum mereka pulang ke tanah air selepas selesai mengerjakan ibadah haji.

 

Ketua Rombongan Haji Tabung Haji (TH), Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata semua jemaah haji diberikan 10 liter air zam-zam percuma dan mereka akan mengambilnya sebaik tiba di lapangan terbang tempat mendarat masing-masing di Malaysia.

.

.

Arab Saudi Sedia Kemudahan Terkini Di Masyair

.

Mulai tahun ini, bakal jemaah haji dari seluruh dunia akan menggunakan tiga kemudahan infrastruktur terkini yang dibina oleh kerajaan Arab Saudi di tiga kawasan Masyair untuk melakukan ibadah haji.


Selain daripada projek bekalan air zam-zam, jemaah haji Malaysia diberikan penghormatan sebagai negara pertama menggunakan ketiga-tiga tersebut iaitu:

 

1.      Lantai bergerak dalam terowong al-Muassim

2.      Laluan berbumbung dan lengkap berkipas menuju ke kompleks melontar di Mina 

3.      Tandas dua tingkat di kawasan-kawasan berkenaan.

.

Masyair ialah kawasan bermulanya kerja ibadah haji di luar Makkah iaitu berwukuf di Arafah, singgah atau bermalam di Mudzalifah dan melontar di Mina sebelum jemaah haji kembali ke Makkah untuk tawaf, saie dan tahlul.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: