KJ : IHRAM : Simbol Kepatuhan Ummah

 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

images (38).

Khutbah Jumaat: “Ihram : Simbol Kepatuhan Ummah”

 

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقاَئِل:

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّـهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ.

وَالَّذِينَ إِذَآ أَنفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا.

أَشْهَدُ أَن لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللَّهِ، إِتَّقُوا اللَّهَ، أُوْصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللَّهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ. 

.

.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,

.

Pada hari Jumaat yang penuh berkat dan dalam masjid yang suci ini, marilah kita bersama-sama tingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya, sesungguhnya orang yang paling baik di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertaqwa. Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah “IHRAM : SIMBOL KEPATUHAN UMMAH”.

.

.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,

.

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita sedang berada pada hari yang mulia dan bulan yang berkat ini. Kita semua sedia maklum bahawa pada saat dan ketika ini umat Islam dari seluruh pelusuk dunia sedang menunaikan ibadah haji dan berada dalam ihram serta mematuhi segala peraturan samada secara fizikal ataupun spritual. Secara ringkasnya mimbar ingin menjelaskan bahawa ihram merupakan simbol kepatuhan ummah kepada agamanya.

 

Dengan berihram seseorang itu perlu menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT selama memakai ihram itu meskipun sebelumnya ia dibenarkan oleh syarak. Larangan ini bertujuan agar kita menjadi umat yang bertakwa.

 

Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 32:

ذَٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَٰٓئِرَ ٱللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى ٱلْقُلُوبِ

Maksudnya: “Demikianlah ajaran Allah; dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka termasuklah dia orang yang bertaqwa.”

.

Persoalan besar timbul sekali lagi ialah kenapa Allah SWT meletakkan sempadan tertentu sebagai pantang larang bagi umat Islam? . Kenapakah perlunya pantang larang dan peraturan kepada kehidupan umat Islam? Percayalah kebebasan tanpa sempadan dan hak asasi manusia yang berpaksikan barat adalah perancangan musuh -musuh Islam di negara ini yang sedang dirancang untuk menyuburkan fahaman yang bercanggah dengan Islam seperti liberal, menyemai pluralisme agama, menghalalkan LBGT yang akhirnya akan lahirlah generasi di kalangan umat Islam yang mendokong perjuangan mereka dan sanggup menggadaikan agama Islam dan negara. Perkembangan ini sangatlah merbahaya kerana cukup jelas mempengaruhi umat Islam atas dasar hak asasi manusia.

.

.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,

.

Perbuatan menyokong ideologi-ideologi asing atau isme-isme seperti kapitalisme, komunisme, sosialisme, libralisme dan menganggap ideologi tersebut lebih baik daripada ajaran Islam boleh membawa kepada syirik. Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa jua bentuk samada perkataan, pegangan, perbuatan atau iktiqad iaitu dengan menjadikan sesuatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sebagai sekutu Allah.

 

Allah SWT berfirman dalam surah Luqman ayat 13:

وَإِذْ قَالَ لُقْمَٰنُ لِٱبْنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَٰبُنَىَّ لَا تُشْرِكْ بِٱللَّهِ ۖ إِنَّ ٱلشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌۭ

Maksudnya: “Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya : Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”

.

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa isu kalimah Allah akan didengar sekali lagi di Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober ini. Justeru, sebagai umat Islam yang patuh kepada agamanya, marilah sama-sama kita bersatu padu demi menolak apa jua usaha yang menafikan hak-hak kita sebagai umat Islam.

 

Percayalah bahawa Allah SWT menyatukan umat Islam pada hari ini di dalam ibadah haji dengan berpakaian ihram yang sama, dengan niat yang sama dan dengan perbuatan yang sama. Ingatlah bahawa kesatuan umat Islam di atas satu akidah tanpa mengira latar belakang dan kedudukan. Justeru, mempertahankan kalimah Allah daripada disalahgunakan oleh mana- mana pihak yang tidak dibenarkan oleh syarak hendaklah dipertahankan.

.

Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

 

Percayalah mempertahankan kesucian Islam dengan tidak membenarkan pihak lain menghinanya adalah sesuatu yang dituntut.

 

Firman Allah SWT dalam surah al- Ma’idah ayat 72:

إِنَّهُۥ مَن يُشْرِكْ بِٱللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيْهِ ٱلْجَنَّةَ وَمَأْوَىٰهُ ٱلنَّارُ ۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنْ أَنصَارٍۢ

 Maksudnya: “Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim.”

.

.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,

.

Mimbar ingin menyatakan bahawa percubaan menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab lain selain al-Quran, akan menimbulkan kecelaruan di dalam sistem kepercayaan uamt Islam. Islam menafikan dan menolak kepercayaan yang berteraskan kepada Trinity iaitu God Father (Bapa Tuhan), God the Son (Anak Tuhan) dan Holy Spirit (Roh Kudus).

 

Persoalan besar timbul di sini, mengapa Kalimah Allah hendak digunakan di dalam Bible, kerana apabila digunakan Kalimah Allah secara langsung akan membatalkan konsep Triniti yang diamalkan oleh mereka.

 

Penggunaannya jelas menjadikan umat Islam keliru, ragu- ragu dan tersilap mengenal identiti Allah SWT serta meruntuhkan akidah ummah.

 

Justeru menjadi tanggungjawab mimbar yang mulia ini menyeru sidang jumaat dan umat Islam sekalian marilah sama-sama kita mempertahankan dan memantap akidah kita, keluarga dan masyarakat kita demi masa depan agama, ummah dan negara dengan menolak segala usaha untuk meruntuhkan akidah, menanam rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah SWT dan rasul -Nya.

.

.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

.

Di tangan kitalah letaknya tanggungjawab dan kuasa untuk mempertahankan kesucian agama Islam Dalam hal ini, umat Islam memerlukan penghayatan Islam secara yang menyeluruh. Berdasarkan maqasid syariah maka menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk menjaga lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Mimbar ingin mengingatkan salah satu prinsip penting yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam bagi memastikan kedaulatan agama kekal terpelihara ialah dengan menyeru kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran.

 

Allah SWT berfirman di dalam surah al- Hajj ayat 41:

 

ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّٰهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ أَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُوا۟ بِٱلْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا۟ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلْأُمُورِ

 Bermaksud: “Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

.

.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

.

Menamatkan khutbah pada minggu ini, bersempena dengan ibadah haji yang sedang dilaksanakan oleh umat Islam pada ketika ini di bandar Mekah, marilah sama sama kita menjana peningkatan dalam penghayatan dan ketaatan dalam melaksanakan ajaran yang di bawa oleh Rasulullah SAW. Marilah sama sama kita mempertahankan dengan segala upaya kemuliaan agama Islam dari sebarang penghinaan, dicerobohi oleh mana- mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

.

Percayalah bahawa Ihram haji mengajar kita mematuhi peraturan dan bersikap insaf diri. Apabila kita insaf dan beramal dengan falsafah ini, maka kita telah sanggup melutut dengan kerendahan batin. Tiada lagi sifat-sifat takabbur di hadapan Allah SWT. Kita sentiasa mengawal diri kita, ahli keluarga kita dan sesama manusia untuk menentukan kecemerlangan agama Islam dan ummah.

 

Marilah juga sama -sama kita berdoa agar tetamu ilahi yang berada di kota suci Mekah pada saat dan ketika ini bagi menunaikan ibadah haji, diberi kesihatan, dilapangkan fikiran, dipermudahkan segala amalannya bagi melaksanakan rukun Islam yang kelima ini. Kita juga berdoa agar segala usaha untuk meruntuhkan akidah umat Islam digagalkan oleh Allah SWT.

 

Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah az- Zumar ayat 65:

وَلَقَدْ أُوحِىَ إِلَيْكَ وَإِلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ

Maksudnya ; “Dan sesungguhnya telah diwahikan kepadamu dan Nabi -nabi sebelummu: Sesungguhnya! Jika engkau mempersekutukan Allah tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang yang rugi.”

.

بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَعْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

.

.

 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

” Ihram : Simbol Kepatuhan Ummah”

(11 Oktober 2013 /06 Zulhijjah 1434H)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: