Asal Usul Hari Tarwiyah: Mengapakah Hari Ke 8 Zulhijjah Disebut Hari Tarwiyah?

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

tarwiyah.

Tarikh 8 Zulhijjah disebut juga dengan istilah Hari Tarwiyyah, dan puasa di hari tersebut disebut dengan puasa Tarwiyyah. Persoalannya mengapakah hari ke 8 Zulhijjah itu dinamakan sebagai Hari Tarwiyyah?

 

‘Tarwiyyah’ (تروية) berasal dari perkataan ‘Rowa-yarwi’ (روى) yang bererti menceritakan, meriwayatkan, mengisahkan, mengeluarkan, memancarkan, melewatkan, mengantarkan, mengairi dan memberi minum.


Dalam kitabnya “Al-Mughni”, Imam Ibnu Qudamah menjelaskan kenapa sebab dinamakan hari ke 8 Zulhijjah itu dengan Hari Tarwiyyah. Sekurang-kurangnya ada 2 alasan kenapa hari itu dinamakan Hari Tarwiyyah. (Al-Mughni 3/249)

.

.

Pertama:

.

Pada hari ke 8 Zulhijjah, para jemaah haji setelah berihram, mereka menuju Mina untuk bermalam dan keesokan harinya mereka akan menuju Arafah. Ketika di Mina itu para jemaah (seperti yang dikatakan Ibnu Qudamah) mempersiapkan air sebagai bekal untuk dibawa berwukuf di Arafah. Menyiapkan air ini diistilahkan dan mempunyai asal kata yang sama dengan ‘Yatarowwauna’ (يتروون), kerana inilah hari ke 8 itu dinamakan Hari Tarwiyyah.

.

.

Kedua:

.

Dinamakan “Tarwiyah”(Hari berfikir) kerana di malam hari Tarwiyah itu Nabi Ibrahim as mendapatkan mimpi pertama kali dari Allah سبحانه وتعالى untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail as. SeharianBaginda a.s. berfikir dan “tertanya-tanya” kepada dirinya apakah perintah itu datangnya dari Allah سبحانه وتعالى atau dari syaitan Bertanya-tanya” itu juga diistilahkan dengan bahasa “Yurowwi” (يروي) dan itu sebab dinamakan hari itu sebagai Hari Tarwiyyah.

.

Dan ketika mimpi itu datang untuk kedua kalinya di malam hari Arafah, Nabi Ibrahim a.s. akhirnya meyakini bahawa ia perintah daripada Allah سبحانه وتعالىbukan dari syaitan. “Arofa” (عرف) dalam bahasa Arab bermaksud adanya pengetahuan atau mengetahui.Maka kerana itulah hari ke 9 Zulhijjah dinamakan“Hari Arafah” (عرفة) yang bermakna hari tahu atau mengerti perintah dariNya.

.

.

Berdasar dari kisah-kisah tersebutlah, ia menjadi suatu sunnah dan Umat Islam disarankan agar melakukan ibadah korban pada 10 hingga 13 Zulhijjah.

 

Daripada Saidatina ‘Aisyah r.a., Rasululah bersabda;

مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan segala tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan (ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu).”(Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim.)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Niat Puasa Tarwiyah  (Klik Di Sini)
  2. Asal Usul Hari Tarwiyah  (Klik Di Sini) 

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

 

One response to this post.

  1. […] Asal Usul Hari Tarwiyah: Mengapakah Hari Ke 8 Zulhijjah Disebut Hari Tarwiyah? Niat Puasa Hari Arafah […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: