Niat dan Amalan Puasa Tarwiyah

بِسْـــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحْـمَــنِ ٱلرَّحِيمِ

أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

mina.

Mereka yang tidak ke tanah suci atau melaksanakan haji dianjurkan untuk berpuasa Tarwiyah. Ini adalah berdasarkan pada hadits mengenai puasa Tarwiyah yang bermaksud bahawa puasa pada hari Tarwiyah menghapuskan dosa satu tahun, dan puasa pada hari Arafah menghapuskan dosa dua tahun.

.

Rasululah bersabda,

صَوْمُ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ كَفَّارَةُ سَنَةٍ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَرفَةَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ

“Puasa pada hari tarwiyah menghapuskan (dosa) satu tahun, dan puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) dua tahun.”

 .

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ad-Dailami dalam kitabnya Musnad Firdaus (2/248). Namun darjat hadis ini mardud (tertolak), kerana ada periwayat hadis dianggap pendusta, iaitu Muhammad bin Sa’aib Al-Kalbi. Sementara ada juga periwayat dalam hadits tersebut yang dinilai majhul (tidak dikenal), yakni Ali bin Ali Al-Himyari.

 

Para ulama memperbolehkan mengamalkan hadits yang dha’if (lemah) sekalipun, sekadar hadis itu diamalkan dalam kerangka fadhail al-a’mal (demi memperoleh keutamaan), tidak berkaitan dengan masalah aqidah dan hukum.

 .

Puasa Tarwiyah ini semakin diperkukuhkan oleh satu riwayat yang menyatakan bahawa puasa sepuluh hari, kecuali Hari Raya Aidul Adha, dari awal bulan Zulhijjah, hukumnya sunnah, berdasarkan hadis yang diriwayatkan Ummul Mu’minin Sayyidatina Hafsah Radliyallaahu ‘anha.

وعن حفصة قالت: أربع لم يكن يدعهن رسول الله صلى الله عليه وسلم: صيام عاشوراء، والعشر، وثلاث أيام من كل شهر، والركعتين قبل الغداة رواه أحمد والنسائي.
Dari Hafsah ra: “Ada empat perkara yang tidak pernah ditinggalkan Rasulullah saw, yaitu puasa Asyura (10 Muharram), (amal soleh) 10 hari pertama Zulhijjah, puasa tiga hari pada setiap bulan dan melakukan solat dua rakaat sebelum Solat Subuh.” (Riwayat Ahmad dan Nasa’i).

 .

Memang tidak ada satu hadis sahih pun yang jelas dan tegas menyatakan sunnahnya berpuasa pada hari Tarwiyah. Namun perlu kita ketahui, banyak fuqaha yang memfatwakan bahawa puasa pada hari Tarwiyah itu hukumnya sunnah atau sebagai fadhilah, berdasarkan dua sebab.

 .

Pertama, atas dasar ihtiyath (berhati-hati) dan cermat dalam usaha mendapat fadhilah puasa Arafah yang begitu besar. Bahkan Syaikh Zainuddin Al-Malibari dalam kitabnya Fath al-Mu’in berkata, puasa ini termasuk sunnah mu’akkadah.

 .

Kedua, sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis tentang keutamaan sepuluh hari bulan Zulhijjah di sisi Allah سبحانه وتعالى, yang Tarwiyah dan Arafah juga berada di dalamnya.

.

Ibnu Abbas Radliyallaahu’anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda;

“Tidak ada perbuatan yang lebih disukai oleh Allah سبحانه وتعالى daripada amal soleh yang dilakukan pada sepuluh hari pertama di bulan Zulhijjah.”

Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah?” 

Rasulullah menjawab, “Walau jihad di jalan Allah, kecuali seorang lelaki yang keluar dengan dirinya dan harta bendanya, kemudian tidak kembali selama-lamanya, yakni menjadi syahid.”(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

.

.

Niat dan Amalan Puasa Tarwiyah


Bagi yang ingin menjalankan puasa Tarwiyah, dianjurkan untuk berniat di malam harinya.


Niatnya adalah:

niat puasa sunat tarwiyyah.

.

Berzikir

Selain itu dianjurkan pada malam hari Tarwiyah untuk membaca zikir seperti,


“Astaghfirullah Hal Adziim Al Ladzii Laa Ilaaha Illa Huwal Hayyul Qoyyuum Wa Atuubu Ilaih.”
(dibaca 1000x)

.

Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, ganjarannya sangat besar dan Allah akan menutup 30 pintu kesusahan dan dibuka 30 pintu kesenangan.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Niat Puasa Tarwiyah  (Klik Di Sini)
  2. Asal Usul Hari Tarwiyah  (Klik Di Sini) 

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.


One response to this post.

  1. […] Niat dan Amalan Puasa Tarwiyah Mahkamah Rayuan – GEREJA KATOLIK TIDAK BOLEH GUNA KALIMAH ‘ALLAH’ DALAM HERALD […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: