Mahkamah Rayuan – GEREJA KATOLIK TIDAK BOLEH GUNA KALIMAH ‘ALLAH’ DALAM HERALD

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

peguam. 

Alhamdulillah, dipanjatkan sepenuh rasa syukur kepada Ar Rahman Ar Rahim… setelah dibicarakan sekian lama di pelbagai makamah sejak awal 2009, akhirnya hari ini Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa penggunaan kalimah ‘ALLAH’ adalah dilarang dan tidak boleh digunakan. Rakyat Malaysia sewajarnya lebih memahami bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.

.

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini (14 Oktober 2013) memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh gereja Katolik dalam penerbitan majalah mingguan The Herald. Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan kerajaan.

Ini bermakna keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan pihak Roman Katolik adalah dibatalkan.

 

Keputusan sebulat suara itu dibuat tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dalam mahkamah yang penuh sesak pagi ini. Dua lagi hakim ialah Datuk Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

 

Penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald bukan sebahagian daripada aspek penting dalam perlembagaan, kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berpendapat, jika kalimah suci itu dibenarkan penggunaanya akan mencetuskan kekeliruan dalam masyarakat. Sehubungan itu, beliau berpuas hati bahawa tiada alasan mengapa majalah berkenaan berkeras untuk menggunakannya dalam penerbitan mingguan tersebut.

.

Mengapakah gereja Katolik berkeras dengan hanya menuntut penggunaan kalimah ‘ALLAH’ dalam penerbitan majalah The Herald versi bahasa Malaysia sahaja. Mengapa tidak keseluruhan pererbitan mereka?

 .

Keputusan ini amat disyukuri dan diterima baik bagi menghindari dari muslihat tersembunyi golongan kristian yang ingin memesongkan akidah ummat Islam Malaysia dan Melayu khasnya.

.

Ini adalah suatu hadiah kemenangan kepada seluruh Ummat Islam, terutama bagi yang berusaha mempertahankan kalimah suci tersebut sempena Hari Wukuf di Arafah dan Hari Raya Korban pada esok hari.

.

 

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Keputusan Rayuan Kalimah Allah Dijangka Akan Diketahui Seawal Oktober  (Klik Di Sini)
  2. Kalimah Allah: Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Ketua Bishop Gereja Roman Katolik  (Klik Di Sini)

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s.

.

 

 

One response to this post.

  1. […] Mahkamah Rayuan – Gereja Katolik TIDAK BOLEH GUNA Kalimah ‘Allah’ Dalam Herald  (Klik Di Sini) […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: