Solat Hajat Mohon Islam Terpelihara Di UPR Geneva

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

LGBT URP.

Sebagai Umat Islam yang bertanggungjawab, marilah kita beramai-ramai berjihad melakukan Solat Hajat dan Doa Qunut Nazilah, selaras dengan arahan kepada semua masjid dan surau di seluruh negara mengadakan bacaan Qunut Nazilah dan Solat Sunat Hajat selepas solat Isyak untuk mendoakan kedudukan agama Islam dipelihara semasa sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober ini.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga diarah melakukan perkara yang sama serta-merta sehingga UPR selesai.

 

Ini berikutan dengan tindakan pihak tertentu yang telah menyediakan satu laporan berkaitan hak asasi manusia di negara ini yang akan dibentang pada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva nanti.

.

Kandungan laporan itu antara lain menyentuh mengenai hak kebebasan beragama dan meminta Malaysia mengiktiraf hak berlandaskan ‘SOGI – Sexual Orientation & Gender Identity’ iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Gays, Bisexual, Transgender, inter-sexed & queer-persons).

.

Tuntutan dikemukakan pihak berkenaan adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan kewajarannya memandangkan ia bertentangan dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

 

Jamil Khir berkata, sebarang isu atau polemik yang boleh mengganggu-gugat kedudukan agama Islam adalah amat tidak wajar ditimbulkan oleh mana-mana pihak dalam apa jua forum. “Segala peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati setiap warganegara di dalam dan juga luar negara,”tambahnya lagi.

.

.

Apa itu UPR (Universal Periodic Review)?

.

Ramai yang bertanya, apa itu UPR sebenarnya?

.

UPR adalah ringkasan kepada Universal Periodic Review atau kalau di Bahasa Melayukan mungkin menjadi Semakan Berkala Sejagat.

 

Ianya adalah satu proses semakan ke atas kesemua 193 negara di bawah PBB terhadap kepatuhan kepada beberapa ketetapan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (atau United Nation Human Rights Council, ringkasnya UNHRC).

 

Bermula dari reformasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) semasa Kofi Annan menjadi Setiausaha Agung satu resolusi 60/251 PBB telah diluluskan pada 3 Mac 2006. Maka bermula dengan itu, negara kita tertakluk juga kepada mekanisme semakan rekod dan pencapaian ‘hak asasi manusia’ (HAM) ini.

.

Pada 11 Februari 2009, semakan pusingan pertama terhadap Malaysia telah dilakukan di ibu pejabat UNHRC di Geneva. Sebanyak 62 syor telah diutarakan dan seramai 90 wakil Negara-negara anggota PBB bercakap dan memberikan saranan kepada Malaysia.

 

Pada tahun ini negara kita sekali lagi akan melalui proses UPR ini. Maka pada 24hb Oktober nanti, Malaysia akan melalui semakan ini di Geneva untuk menjawab beberapa tuntutan yang telah dibuat ke atas Malaysia berhubung kepatuhan hak asasi manusia negara kita.

.

.

.

Apakah Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia?

 

Dalam proses semakan UPR ini, beberapa tuntutan telah dihantar oleh beberapa pihak kepada UNHRC. Di antara badan yang telah menghantar tuntutan mereka adalah sebuah gabungan NGO di atas nama COMANGO atau nama penuhnya disebut sebagai Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process.

.

COMANGO bukan satu pertubuhan berdaftar. Ianya adalah gabungan longgar sekitar 50 buah NGO berlatar belakangkan fahaman liberal yang menuntut kebebasan mengikut acuan kebebasan mutlak, antaranya termasuk SIS Forum (nama sebenar yang didaftar – nama haram yang mereka guna adalah Sisters In Islam), SUARAM (satu lagi pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan ROS ataupun SSM).

.

.

Tuntutan Melampau

.

Kita lihat apakah di antara tuntutan yang COMANGO telah serahkan kepada UNHRC:

.

1. Menuntut Malaysia tandatangan dan memeteraikan International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR), yang antaranya berbunyi “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…”.

 

Implikasi apabila Malaysia menandatanganinya, ialah ia bakal mengizinkan gejala pemurtadan berlaku secara berleluasa. Apakah ini yang kita mahu?

.

 2. Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Maknanya menuntut supaya negara kita menghalalkan LGBTIQ – seks songsang!. Mereka turut memberi tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat. Di dalam tuntutan ini COMANGO turut tidak setuju pusat-pusat gay diserbu pihak berkuasa (maknanya mereka mahu gejala maksiat terlampau berleluasa)

.

3. Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”.

.

4. Membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia – untuk dibicarakan di Geneva!

.

5. Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam.

.

6. Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia).

.

.

Ini adalah di antara tuntutan-tuntutan yang jelas menganggu-gugat kita sebagai umat Islam serta mempertikai kedaulatan Islam di Tanah Air ini. Ianya amat bercanggah dengan landasan Perlembagaan Persekutuan negara Malaysia.

.

.

.

Isu-Isu Utama Berkenaan Semakan Berkala Sejagat Malaysia (UPR) Oktober 2013

.

Bahan ini dibentang di usrah Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) bulan Julai 2013

.

Tanggal 24 Oktober 2013 bakal menyaksikan giliran Malaysia menjalani pusingan kedua sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) yang dikendalikan Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland. Sesi UPR ini dilakukan bagi menyemak rekod dan pencapaian hak asasi manusia sesebuah Negara anggota PBB. Semasa pusingan pertama yang telah dijalankan pada tahun 2009, sebanyak 62 syor telah dikemukakan kepada Malaysia tetapi Malaysia telah menerima untuk mempertimbangkan kira-kira 34 syor yang telah dikemukakan.

 

Tekanan-tekanan yang wujud dari kalangan pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia tempatan mahupun luar Negara terhadap beberapa perkara pokok berkaitan rekod hak asasi manusia ini perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh kerajaan Malaysia. Bagi isu-isu yang terkait dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI) perlu memberikan tumpuan khusus memandangkan wadah seumpama UPR ini adalah antara mekanisme yang digunakan NGO-NGO Hak Asasi Manusia yang beracuan sekular untuk menyebarluaskan fahaman liberalisme, pluralisme dan sekularisme mereka serta mencanang gaya hidup bebas yang menjunjung faham kebebasan tanpa batas termasuk mengizinkan tindakan meninggalkan agama (murtad) bagi orang Islam serta orientasi seks bebas atau dikenali sebagai LGBT).

 

Latar belakang hak asasi manusia dan kebebasan mutlak berfahaman Barat inilah yang menjadi asas pada sebahagian memorandum yang dikemukakan beberapa NGO Hak Asasi tempatan seperti Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR (COMANGO) melalui memorandum yang dikemukakan pada Februari 2009, hujahan bersama Article 19 dan SUARAM bertarikh 11 Mac 2013, laporan European Centre for Law & Justice (ECLJ) berhubung Kebebasan Beragama di Malaysia (2013), hujahan International Commission of Jurists (ICJ) bulan Mac 2012 (sekadar menyebut beberapa dokumen rujukan).

.

Pada hakikatnya, isu-isu yang dikemukakan jelas bertujuan untuk menekan Malaysia untuk tunduk terhadap norma-norma antarabangsa yang pada hakikatnya mengikut acuan faham secular barat yang menjunjung isu-isu mencabar aqidah dan syariah seperti liberalisme, pluralisme dan sekularisme.

 

Artikal ini cuba meneliti sebahagian perkara-perkara pokok yang menjadi ancaman utama kepada usaha mempertahankan kedudukan Islam di Malaysia.

.

.

Marilah kita luangkan masa mulai malam Jumaat hari ini, terutama para jemaah yang masih berada di tanah suci membaca Doa Qunut Nazilah ini dalam Solat Hajat atau sekurang-kurangnya hendaklah dibaca dalam solat Maghrib bagi membantu mereka yang mewakili Islam, negara dan bangsa Melayu di Geneva dan seterusnya dapat menghalang kelulusan UPR tersebut.

.

Ibnu Umar Radliyallaahu’anhu, meriwayatkan bahawa Rasulullah  bersabda, “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, maka jangan menyusahkannya dan jangan menyerahkannya (kepada musuh-musuh ketika ia di dalam kesusahan).”  (ibid)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

Sumber: BERNAMA @ Karim Blog’s

جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Solat Hajat  (Klik Di Sini)
  2. Doa Qunut Nazilah  (Klik Di Sini) 
  3. Mari Jihad Doakan Nazilah  (Klik Di Sini) 

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: