4 Tingkatan Martabat Ibadah Haji

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Arafah.

Setiap Jemaah haji yang mengunjungi Baitullahil Haram pasti mengingini dan mengidamkan pencapaian ke tahap Haji Mabrur iaitu haji yang diterima oleh Allah سبحانه وتعالى dan balasannya yang luarbiasa iaitu Syurga, Tetapi tahukah antum bahawa terdapat tiga lagi Tingkatan Ibadah Haji?

 

Firman Allah SWT:

الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَاتٌ ۚ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ ۗ

“Masa untuk mengerjakan Ibadah Haji itu ialah beberapa bulan termaklum, oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya dengan niat mengerjakan Ibadah Haji itu, maka tidak boleh mencampuri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan Haji.”(Surah Al-Baqarah Ayat 197)

.

Hampir sama seperti ibadah solat dan puasa, ibadah Haji mempunyai empat peringkat yang berbeza :-

.

1.      Haji Mardud

 

Haji Mardud ialah haji yang tidak diterima oleh Allah سبحانه وتعالى lantaran kerana kekurangan syarat-syarat dan rukunnya atau sebab-sebab yang lain yang menyebabkan hajinya tidak diterima atau ditolak oleh Allah سبحانه وتعالى.

.

2.      Haji Maqbul

 

Haji Maqbul ialah haji yang sah dan diterima oleh Allah سبحانه وتعالى dan orang yang mengerjakan Haji Maqbul ini dianggap sebagai telah menunaikan perintah Allah سبحانه وتعالى dan telah menyempurnakan rukun Islam yang ke lima tanpa diberi ganjaran pahala.

.

3.      Haji Makhsus

 

Ibadah haji yang dilakukan oleh orang-orang yang tertentu yang sempurna segala syarat dan rukunnya, ia bukan sahaja sekadar dianggap sah dan diterima oleh Allah tetapi diampunkan segala dosanya.

 

Haji ini termasuk ke dalam apa yang disabdakan oleh Rasulullah :

“Sesiapa yang menunaikan ibadah Haji, tidak ia melakukan keburukan dan kekejian, maka kembalilah ia seperti hari yang dilahirkan oleh ibunya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Ibnu Majah, An-Nasai dan Ahmad daripada Abu Hurairah)

.

4.      Haji Mabrur

 

Haji Mabrur adalah tingkatan haji yang paling tinggi dan istimewa, tidak semua boleh mendapatkannya. Haji Mabrur bukan sahaja sekadar dianggap menunaikan kewajipan, tetapi selain dari diampunkan segala dosanya, ia juga akan dimasukkan ke dalam syurga.

 

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:

والْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ.

“Haji Mabrur” itu tiada balasan (ganjarannya), melainkan syurga.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

.

.

Dimanakah kedudukan kita di antara 4 kategori ibadah Haji di atas? Alangkah bertuah dan bersyukurnya kita jika dapat meraih tahap Haji Mabrur kerana janji Allah سبحانه وتعالى itu pasti.

 

Dalam sebuah hadis qudsi Rasulullah bersabda:

قَالَ اللَّه: أَعْدَدْتُ لِعِبَادِى الصَّالِحِينَ مَا لاَ عَيْنَ رَأَتْ ، وَلاَ أُذُنَ سَمِعَتْ ، وَلاَ خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ.

“Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Telah Daku siapkan untuk hamba-hambaKu yang soleh kenikmatan yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengar telinga, dan tidak pernah terdetik di hati manusia.” 

 (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

By; shafiqolbu

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: