Kisah Hijrah Rasulullah ﷺ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

hijrah.

Sempena Maal Hijrah kali ini, marilah kita menyingkap sejarah kisah perpindahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah menuju ke Kota Madinah untuk menyelamatkan Islam daripada ditindas.

 

Rasulullah berusia 40 tahun apabila Malaikat Jibrail (as) melawat Baginda ketika Baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad , bahawa Baginda diangkat oleh Allah سبحانه وتعالى sebagai Rasul untuk seluruh umat manusia.

 

Apabila Baginda menerima perintah daripada Allah سبحانه وتعالى supaya berdakwah secara terbuka, Baginda segera akur. Pada peringkat awalnya, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada para sahabat dan ahli keluarga terdekat Baginda.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap dan berhijrah ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

 

Pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah telah diberitahu bahawa kaum kafirun Makkah merancang membunuh Baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah pun bermunajat dan menunggu perintah daripada Allah سبحانه وتعالى. Kemudian turun Malaikat Jibrail (as) menemui Baginda untuk memberitahunya Allah سبحانه وتعالى mengarahkan Baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

 

Berikutan itu, Baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani Baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan Baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra).

Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

 

Malam itu, sekumpulan kaum Quraish mengepung rumah Rasulullah . Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah . Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh Baginda. Apabila fajar menyingsing, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya yang Rasulullah bangun dari katil itu.

Mereka pun terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah keluar dari rumah itu.

 

Rasulullah dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

 

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah سبحانه وتعالى membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

 

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah سبحانه وتعالى.

 

Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah . Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah . Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah سبحانه وتعالى, Rasulullah dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

 

Ketika Rasulullah dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah . Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut Baginda. Rasulullah menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat Nabi Junjungan mereka itu.

 

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah سبحانه وتعالى.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

 

Selamat Menyambut Maal Hijrah dan Awal Muharram. Semoga tahun baru Hijrah 1434H ini akan dipamerkan dengan corak hidup berlandasan yang indah sebagai suatu perubahan positif dalam penghidupan kita. InsyaAllah.. 

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: