Ummu Jah, 300 Pengikut Al-Arqam Lafaz Taubat Nasuha

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Taubat Al-Arqam. GISB Holdings Sdn. Bhd..

Balu Ashaari Muhammad, pengasas kumpulan Al-Arqam yang diharamkan pada 1994, Hatijah Aam atau dikenali Ummu Jah mengakui sebelum ini mengamalkan ajaran sesat. Beliau yang mengetuai lafaz taubat nasuha bersama kira-kira 300 pengikut pergerakan itu pada 8 Nov lalu dalam satu Majlis Istitabah (taubat) di sebuah hotel di Shah Alam, berikrar untuk patuh kepada fatwa dan dengan rela hati meninggalkan dan tidak lagi mengulangi perbuatan mereka mengamalkan ajaran Aurad Muhammadiah.

 

Ummu Jah, 59, menegaskan, mereka menyedari kesilapan lalu dan menyesal dengan perbuatan melanggar prinsip-prinsip Islam berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, syariat dan akhlak Islam seperti dinyatakan dalam fatwa.

 

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi, kami hari ini bertaubat dengan sebenar taubat dan kami begitu hina dan menyesal dengan perbuatan lalu kami.”

 

“Kami berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan kami dan selayaknya (wajib) atas kami untuk tidak akan memberi sebarang ruang sebesar zarah kepada tempias dan sisa fahaman serta pegangan untuk berdetik dan berlegar-legar di hati-hati kami,” katanya ketika melafaz taubat tersebut dalam Majlis Istitabah Pengikut Kumpulan Al-Arqam tersebut.

 

taubat arqam

Pengisytiharan taubat itu disaksikan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin; Timbalan Mufti Selangor, Abdul Majid Omar; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussein.

Majlis tersebut disertai sebanyak 291 kakitangan GISB dari negara ini, Indonesia (47), Australia (tujuh), Singapura (10) dan seorang dari Afrika Selatan.

 .

.

Hatijah Janji Pulangkan Semua Duit Anak Yatim

 

Hatijah yang juga Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Sdn. Bhd. turut menyatakan bahawa pihaknya bersedia memulangkan semua harta anak yatim yang telah diambil sebelum ini dan kini dalam proses memulang semula dana tersebut selaras dengan pengisytiharan taubat mereka itu.


“Saya juga dah melepaskan semua ahli yang dikuarantinkan sebelum ini, kerana secara dasarnya mereka sudah bertaubat, tetapi mereka tidak mahu pulang ke pangkuan ahli keluarga kerana masalah rumah tangga, bukannya kerana dilarang,” katanya dalam sidang media selepas bertaubat.


Ummu Jah juga mengaku yang perjuangannya selama 45 tahun itu hanyalah sebuah perjuangan sesat akidah. “Kami kini menerima sebesar-besar penghinaan dan rela untuk menyerah diri dan ketaatan kepada Islam sebenar berdasarkan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

 

Sementara itu, Timbalan Mufti Jabatan Mufti Negeri Selangor Datuk Abdul Majid Omar berkata, “Tidak perlu bagi Ummu Jah untuk menerangkan satu persatu apa yang ditaubatnya.”


“Kami percaya dia dan pengikutnya sudah bertaubat dan betul-betul menyesali apa yang dibuat sebelum ini serta akan memantau semua pergerakan mereka,” katanya lagi.

 

Semalam, Ummu Jah dan 17 pengikut pertubuhan Al-Arqam yang terdiri daripada tujuh lelaki dan 10 wanita berusia antara 18 dan 58 tahun daripada golongan profesional, pelajar dan ahli perniagaan, akhirnya mengaku salah terhadap pertuduhan melanggar arahan mufti melalui fatwa pengharaman ajaran Al-Arqam.

 

Justeru, Hakim Syarie Kamarulzaman Ali di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang memerintahkan dan mengenakan hukuman kepada Ummu Jah dan 17 pengikutnya itu bon berkelakuan baik bersyarat selama setahun.

 

Dalam majlis yang dianjurkan oleh JAIS itu, Hatijah turut memberikan jaminan bahawa pihaknya sendiri akan memastikan kesemua pengikutnya dalam GISB yang dianggar seramai 4,000 orang, tidak lagi mengamalkan ajaran yang terdapat dalam kumpulan Al-Arqam sebelum ini termasuk acara pencak.

 

“Kita telah terima fatwa sebagai satu pakej. Saya sendiri akan pastikan perkara ini, InsyaAllah, pergilah tengok di tempat-tempat ibadah kami, kita tinggal dah dan selepas ini kami ada sesi 500 jam kursus pemulihan iaitu selama setahun,” katanya.


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha berkata, “Ia bagi memastikan Hatijah dan kumpulannya itu benar-benar bertaubat dalam Majlis Istitabah (taubat) yang dibuat semalam.”


“Diharapkan mereka bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan kembali kepada ajaran Islam sebenar kerana kami tidak mahu taubat seperti yang pernah dilakukan sebelum ini yang hanyalah lakonan semata-mata.”

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: