Mahkamah Syariah Bersedia Laksanakan Hudud

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Mahkamah Syariah Kelantan 2013.

Bangunan baru Kompleks Mahkamah Syariah di Tunjung, Kota Bharu dengan segala kemudahan canggih dan sempurna telah berjaya disiapkan oleh kerajaan persekutuan, sehubungan dengan itu Mahkamah Syariah Kelantan telah bersedia melaksanakan hukuman hudud di negeri tersebut bila-bila masa sahaja.

Bagaimanapun, Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Muhammad berkata, pelaksanaan itu memerlukan kelulusan daripada kerajaan negeri dan pelantikan hakim khas pula harus dibuat.

“Dalam keadaan sekarang, jumlah bangunan dan dewan yang ada, InsyaAllah hudud boleh dilaksanakan. Mahkamah sudah bersedia pada bila-bila masa sahaja dan tidak ada halangan.” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kompleks berkenaan semalam.

Hadir mencemar duli menyempurnakan perasmian kompleks bernilai RM25.8 juta itu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Turut hadir Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Beliau berkata, biarpun tiada ada sebarang bantahan daripada pihaknya berhubung perkara tersebut, pelaksanaan tetap tidak boleh dilakukan oleh mahkamah itu sendiri.

“Kita tidak boleh laksana sendiri dan mesti ada pelantikan dari kerajaan negeri. Undang-undang sudah ada dan hanya perlu lantik hakim-hakim khas untuk melaksanakan hudud itu sahaja.

“Dalam undang-undang hudud ada disebut perlu pelantikan hakim-hakim khas untuk melaksanakannya, jadi jika mahu kuat kuasa, maka jumlah hakim yang sedia ada perlu ditambah,” katanya.

Dalam pada itu, Daud berkata, tidak ada lagi kes tertunggak membabitkan umat Islam di Mahkamah Syariah negeri ini dan ia dianggap sebagai satu kejayaan.

“Kita sudah berjaya menyelesaikan sejumlah kes tertunggak sebelum ini dan sasaran kita pada masa depan ialah dapat menyelesaikan kes secepat mungkin. Paling lama pun akan memakan masa setahun,” katanya.

Dengan adanya bangunan tersergam indah dan serba canggih ini, adalah menjadi kewajipan kerajaan negeri Kelantan merealisasikannya bukan asyik dijadikan mainan di pentas-pentas politik sehingga PRU14 kelak.

Langkah Kerajaan Negara Brunei menguatkuasakan hukum Hudud sewajarnya dijadikan teladan dan tanggungjawab kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan keinginan rakyat dan sebagai perintis menangkis persepsi negatif pelbagai pihak terutama kaum bukan Islam, termasuk salah tanggap mereka terhadap undang-undang Islam itu yang dikatakan tidak adil dan ketinggalan zaman.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: