Subhanallah! Perjalanan Singkat Penuh Hikmah Ahmad Ammar

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Subhanallah! Perjalanan singkat penuh hebat dan hikmah Ahmad Ammar Ahmad Azam dibumi Allah SWT ini telah menyentuh qolbu masyarkat sehingga ramai yang berasa sebak dan mengalirkan air mata. ‘Pejuang muda berjiwa besar’ ini cukup istimewa dan memang sewajarnya berita pemergiaannya begitu hebat diperkatakan selepas mengetahui berita dan kisahnya.

.


.

Pemuda Malaysia berusia 20 tahun yang sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah di negara Turki itu, telah meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat kemalangan dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul.

 

Ahmad Ammar Ahmad Azam merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki. Ahmad Ammar adalah anak keempat dan anak lelaki tunggal Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

 

Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat dan bercita-cita tinggi. Selain tidak banyak bersuara di depan ramai, pandai menempatkan diri di tengah khalayak dan paling menyentuh perasaan ialah apabila mengingatkan perilakunya yang penuh sopan serta sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

 

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara ke banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan dalam menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di negara Miyanmar, Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga ketika menyertai misi kemanusiaan pernah menyatakan hasratnya untuk mati Syahid. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

 

Allahyarham Ahmad Ammar dimuliakan dan telah diberi penghormatan istimewa di Turki atas sumbangan dan jasanya yang banyak kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama selain aktif dalam berdakwah. Lihatlah di dalam video ucapan imam di sana, ramai tersentuh dan mengalirkan airmata. Padahal, Ammar, hanya salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana.

 

Datuk Bandar Istanbul juga telah memberikan pengecualian istimewa kepada allahyarham Ahmad Ammar sehingga membolehkan jenazah allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan khas tersebut menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, termasuk sahabat Nabi, Abu Ayub Al-Ansari r.a., golongan auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan.

 

Persemadian  AllahyarhamAmmar di Eyub Sultan disaksikan ramai pelajar Risalah an Nur di ketuai Hoca Said Nuri, pemimpin utama Hayrat Vakfi. ‘Hoja Said Nuri’, pemimpin spiritual gerakan Heyrat Vakfi turun untuk bersama Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman dan isteri, Puan Hajjah Nur Azlina berserta anak-anak muridnya dalam majlis pengebumian Allahyarham Ahmad Ammar.

 

Selain rakan satu universiti, begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul. Malah orang ramai berebut untuk menjadi sebahagian orang yang mengusung keranda Allahyarham, seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke perkuburan.

 

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham dan dikurniakan ketabahan dan keredhaan kepada Tuan Ahmad Azam sekeluarga. Walaupun amat dirasai kehilangannya, diharap ada bintang yang berpotensi bagi meneruskan perjuangan Islamiah allahyarham.

 

DaripadaNya engkau datang dan kepadaNya jualah engkau kembali. Semoga jasadmu dikelilingi orang-orang soleh dan bersama para pejuang agama Allah yang syahid. Syurga Firdausy milikmu Ahmad Ammar Ahmad Azam. Al-Fatihah!

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

p/s ~ Buat anak-anak muda di luar sana, sempena tahun baru hijrah ini, jika tidak dapat berazam jadi orang soleh, sekurang-kurangnya. berazamlah untuk dekat dengan majlis-majlis ilmu dan orang-orang soleh. InsyaAllah, akhir hayat kita akan diiringi dan didoakan roh kita oleh orang-orang soleh. InsyaAllah, semoga kita juga akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: