Lafaz Ucapan Yang Baik Diamalkan Dalam Majlis Akad Nikah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

majlis akad nikah kahwin SQ.

Lafaz ucapan merupakan suatu kata-kata yang disuarakan oleh seseorang bagi menyampaikan maksud yang hendak dikatakan. Dalam perkahwinan, lafaz memainkan peranan penting terutama bagi menjayakan acara akad nikah dan juga memberikan kesan dalam hati atas apa yang diucapkan.

 

Berikut adalah di antara lafaz-lafaz ucapan yang baik untuk diamalkan dalam sesuatu majlis akad nikah :

.

1) Lafaz Penyerahan Mas Kahwin Pengantin Lelaki


Selepas selesai akad nikah, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan dengan mengucapkan lafaz :

 

Lafaz Penyerahan Mas Kahwin Pengantin Lelaki

 

“Adalah saya (nama pengantin lelaki) suami kepada (nama pengantin perempuan) yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin (nilai mas kahwin) tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam.”

.


Kemudian dikehendaki suami memegang ubun-ubun isteri dengan tangan kanan lalu membaca ‘Basmalah’ dan doa berikut  :

Doa Mohon Keberkatan Isteri

.

.

2) Lafaz Penerimaan Mas Kahwin Pengantin Perempuan


Setelah selesai penyerahan tersebut isteri hendaklah mencium tangan suami dengan berdoa di dalam hati : 

“Ya Allah! Jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan pembimbing yang baik di dunia dan akhirat.”


Kemudian barulah isteri membaca lafaz penerimaan mas kahwin : 

 

Lafaz Penerimaan Mas Kahwin Pengantin Perempuan

 

“Adalah saya (nama pengantin perempuan), isteri kepada (nama pengantin lelaki) dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada suamiku dan mengharapkan agar suamiku sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha dari Allah سبحانه وتعالى.”

.

.

3) Penyerahan Tanggungjawab Wali Kepada Pengantin Lelaki


Dilaku dan dibacakan oleh wali pengantin perempuan atau wakilnya serta disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Lafaz penyerahan tanggungjawab tersebut adalah seperti berikut : 

 

Lafaz Penyerahan Tanggungjawab Wali Pengantin

 

“Adalah saya (nama wali pengantin perempuan), wali kepada nama pengantin perempuan dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu (nama pengantin lelaki) sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh Allah سبحانه وتعالىke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu. Amin…” 

.

.

4)  Pesanan Ibu Kepada Anak Perempuan

 

Lafaz pesanan berikut dibaca oleh ibu kepada pengantin perempuan :

 

Lafaz Pesanan Ibu Kepada Anak Perempuan

 

“Anakku (nama pengantin perempuan), hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ayah ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ayah ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ayah ibu selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikanlah khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkahlaku terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah Allah سبحانه وتعالىsepanjang hidupmu, semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ayah ibu memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu…”

.

.

5)  Lafaz Ucapan Terima Kasih Dari Anak Perempuan

 

Lafaz ucapan terima kasih berikut dibaca oleh pengantin perempuan kepada ibu bapanya :

 

Ucapan Terima Kasih Dari Anak Perempuan

 

“Wahai ibu ayah, budi dan jasamu selama ini tidak dapat saya balas. Hari ini saya akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu ayah ke suatu alam baru yang belum saya tahu. Saya memohon doa restu ibu ayah agar saya dapat menghadapi segala cabaran rumahtangga dengan sabar dan redha. Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bimbingan, nasihat serta kasih sayang yang tidak ternilai. Saya memohon ampun maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan saya selama berada bersama ibu ayah. Terima kasih ibu ayah..”

.

Kemudian salam dan cium tangan ibu bapanya.

.

.

6)  Lafaz Ucapan Penerimaan Tanggungjawab Lelaki

 

Lafaz ucapan berikut dibaca oleh pengantin lelaki sebagai menerima tanggungjawab terhadap isteri :

 

Ucapan Penerimaan Tanggungjawab Lelaki

 

“Dengan ini saya (nama pengantin lelaki), suami yang sah kepada (nama pengantin perempuan) bersyukur kepada Allah سبحانه وتعالىdi atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini. Oleh itu, mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri saya (nama pengantin perempuan) dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut : 


1) Memberi nafkah zahir dan batin.

2) Penjagaan dan perlindungan yang sempurna.

3) Keselamatan yang terjamin.

4) Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah سبحانه وتعالى.


Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibu bapa tersayang dan ibu bapa mertua saya. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha Allah
سبحانه وتعالى.”

.

Semoga pasangan yang akan bernikah dapat mengamalkanlafaz-lafaz ucapan di atas agar ia memberikan kesan menyusuk qolbu kepada setiap individu yang berjanji akan menyempurnakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam mewujudkan kebahagiaan, keharmonian dan kerukunan berumahtangga.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

Solat Sunat Nikah  (Klik Di Sini)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~shafiqolbu~

.

.

 

2 responses to this post.

  1. […] Dilafazkan oleh wali atau […]

    Reply

  2. […] Lafaz Ucapan Yang Baik Diamalkan Dalam Majlis Akad Nikah  (Klik Di Sini)  […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: