Bermula Kerja Perobohan Pertama Bangunan Lama Masjidil Haram

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Saudi_Quran_3530_12149_H_27500_20131212_003327.

Setelah mendapat arahan daripada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud; Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Dr Abdurrahman bin Abdulaziz Al-Sudais pada Safar 5 bersamaan 8 hb. Disember 2013 lalu, membenar dimulakan kerja-kerja meroboh, meruntuh dan membuang bahagian pertama struktur bangunan lama Masjidil Haram, dalam proses penyediaan fasa kedua untuk projek perluasan kawasan Masjidil Haram bagi meningkatkan keupayaan Mataf.

 

Bahagian merah  yang akan dirobohkan

.

Memetik butiran projek, perancangan memperluaskan Mataf atau kawasan Tawaf di sekeliling Kaabah bagi menampung lebih ramai jemaah. Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais menyatakan selepas perobohan, kawasan tersebut akan bertambah sebanyak 25,000 meter persegi, hampir dua kali ganda kawasan fasa pertama. Dengan siapnya fasa kedua ini, kapasiti jemaah dalam Mataf akan dapat ditingkatkan kepada 75,000 jemaah sejam.

 .

Kemudahan khas bagi orang kurang upaya dan warga tua untuk melaksanakan haji dan umrah dengan mudah turut disediakan. Jalan lingkaran (Mataf) ini akan bersambung dengan kawasan untuk bersaie dan orang kurang upaya akan diberi kerusi roda bermotor untuk melakukan ibadah dengan mudah.

 Mataf Sementara Dis 2013

Al-Sudais berkata jalan lingkaran Mataf sementara dengan 12 meter lebar dan 13 meter tinggi yang boleh menampung 1,700 kerusi roda dalam masa satu jam, turut dibina bagi mengelakkan orang-orang kurang upaya berada di kawasan terbuka Kaabah.

 .

Sheikh Sudais berkata: Fasa kedua bermula dari fasa pertama berakhir pada sebelah utara Mataf dan akan menjangkau sehingga King Fahd Gate, yang telah dibina semasa pra-perluasan dahulu, iaitu selepas melalui Gate Umrah dan kawasan yang bertentangan dalam arah Mataf itu.

 Perobohan Bangunan Lama Masjidil Haram Disember 2013 1

Struktur Haram lama yang dirobohkan untuk pembesaran Masjidil Haram

.

Fasa ini termasuklah pembinaan semula Bab Al-Fath (Gate Al-Fath) dan kawasan sekelilingnya dan juga kawasan persekitaran luar menghadap ke halaman utara pintu ini yang disambungkan kepada Suaimaniya. Laluan lama ini akan dibongkar dan dibina semula untuk memudahkan pergerakan beribu-ribu jemaah memasuki Masjidil Haram ke dalam Mataf dari pintu utara. 

 .

Peringkat kedua projek itu dijangka siap sebelum bulan Ramadhan. Jemaah akan dapat melaksanakan Tawaf di kedua-dua ruangan bawah tanah yang mengelilingi Kaabah, tingkat pertama dan di atas teres. Semua tingkat atas akan dihubungkan dengan eskalator.

 Mataf Dis 2013

Apabila keseluruhan projek ini siap dalam tempoh tiga tahun, ia akan boleh menampung 128,000 – 130,000 jemaah sejam, meningkatkan kapasitinya sebanyak 160 peratus untuk para jemaah melaksanakan Tawaf pada satu-satu masa.

 

 .

Projek pembesaran Masjidil Haram di Makkah ini adalah projek pembangunan terbesar dalam sejarah pernah dilaksanakan. Ia digambarkan sebagai ‘Projek Abad ini’ dengan jumlah kos sebanyak SR100 bilion, dan direka untuk meningkatkan kapasiti masjid ini kepada lebih dua juta jemaah haji dan umrah dalam satu-satu masa.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~shafiqolbu~

.

.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: