Quran Hantaran

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Syukran..jaazilan kepada seorang ‘hamba Allah’ yang telah menghantarkan sebuah kisah yang berlaku dalam masyarakat masa kini. Bacalah sampai habis, kisah teladan yang menarik ini untuk dikongsi bersama…

 

“Sayang, tengok nih… Cantiknya Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran.” jerit Nabila kepada Azrul.

 

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih.” balas Azrul.

 

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

 

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab.” keluh Nabila.

 

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab.” jawab Azrul. Tergelak Nabila.

 

Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Azrul. Prihatin.

 

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat.” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang lelaki dalam lingkungan 40-an.

 

“Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid.” sengih Azrul. Nabila ikut senyum tidak jauh dari situ.

 

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

 

“Aa… aa.. lama dah saya tak baca, pakcik.” teragak-agak Azrul menjawab.

 

Nabila sudah di sebelah rak yang lain.

 

“Kalau gitu, tak perlulah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik.” tegur pakcik berhemah.

 

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la.” tiba-tiba Nabila muncul dengan selamba jawapannya.

 

“Oh, baguslah. Kalau gitu belilah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi.” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

 

“Ala, besarlah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi.” senyum Nabila mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

 

“Jangan lupa baca ya.” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

 

“Sibuk je la pakcik tu.” Nabila mengomel.

 

Azrul kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

 

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..

Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan..

Azrul dan Nabila tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

 

“Assalamualaikum semua.” ucapan salam Pak Imam bergema.

 

Azrul bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.

 

Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

 

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

 

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Azrul mengigil.

 

Nabila juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

 

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Azrul. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin.” cadang Ustaz Saad.

 

Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan Antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas Maghrib.

 

Azrul menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

.

.

Surah Ar Rad

.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Azrul cuba mengagahkan diri. Nabila masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..

 

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah Ar-Ra’d.” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

ar ra'd 1Surah Ar Ra’d

.

“Apa benda nih.” Detik hati Azrul.

 

“Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!” berlagu Azrul.

 

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala.

 

Ibu bapa Nabila merah padam wajahnya. Nabila entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

 

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam Al-Quran. Adik Azrul, cara bacanya seperti begini :

 

A’uzubillahiminnass yaitaanirrajim. ..

 

Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengaran suara gemersik Ustaz Sa’ad.

 

Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya.

 

Azrul berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

 

“Azrul, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim.” Tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

 

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Azrul, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

.

Hari semakin cepat berlalu..

 

Azrul sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

 

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Azrul. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Nabila senyum di sisi suaminya, Azrul..

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: