MUKZIJAT KETIKA KELAHIRAN RASULLULAH SAW

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

MUKJIZAT RASULULLAH SAW.

Mukjizat merupakan sesuatu kelebihan atau kejadian di luar kebiasaan akal manusia yang tidak dimiliki oleh siapapun. Mukjizat hanya dimiliki oleh para rasul yang dianugerahkan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada para rasul-Nya. Sedangkan apabila ada seseorang yang memilki sesuatu yang luar biasa, ia tidak boleh dikatakan sebagai mukjizat melainkan keramat.

 

Ketika Siti Aminah Binti Wahab mengandung Rasulullah , beliau melihat berbagai keajaiban. Ia merasakan sesuatu yang luar biasa yang tidak pernah dirasakan oleh wanita-wanita hamil yang lain. Sehingga mempunyai firasat atau dugaan yang baik terhadap bayi yang dikandungkan itu.

 

Pada suatu malam beliau bermimpi, seolah-olah ada cahaya dari perutnya yang memancarkan sinar yang terang menyinari seluruh alam. Sehingga dalam mimpi tersebut Siti Aminah dapat melihat bangunan yang tinggi yang terletak di Kota Syam.

 

Pada waktu paginya beliau menceritakan tentang mimpinya itu kepada suaminya, beliau berkata, “Wahai suamiku! Sesungguhnya malam tadi aku bermimpi seolah-olah ada cahaya dari perutku yang menerangi alam, sehingga aku dapat melihat bangunan-bangunan tinggi di Kota Syam. Setelah itu aku mendengar suara yang mengatakan bahawa aku sedang mengandung pemimpin umat pada akhir zaman.”

 

Isteri Abdul Ash pula berkata, “Ketika aku datang ke rumah Aminah pada malam kelahiran Nabi Muhammad , aku melihat rumah Abdullah ada cahaya yang menerangi seluruh rumah. Aku melihat seolah-olah ada bintang yang turun, sehingga aku khuatir ia akan jatuh.”

 

Keadaan di rumah Abdullah menjadi riang dan gembira, sehingga ramai kaum keluarganya datang untuk mengucapkan selamat atas kelahiran bayi yang ditunggu-tunggu itu. Abu Lahab pun ketika itu turut merasa kegembiraan. Kegembiraanya itu dibuktikan dengan dimerdekakan hamba sahayanya. Ia merasa sempurna dan tidak ada aib dan gangguan-gangguan yang buruk.

 

Abdul Muthalib sebagai datuk Rasulullah turut merasa bahagia atas kelahiran cucunya itu. Kemudian ia pergi membawa bayi penuh berkah tersebut untuk bertawaf mengelilingi Kaabah sebagai bukti kesyukuran terhadap Allah سبحانه وتعالى.

.

Pada waktu yang sama, ketika malam kelahiran Nabi Muhammad itu, banyak perkara pelik dan ajaib telah berlaku di seluruh dunia:

.

1.  Terpancar Sinar Terang

 

a)      Semasa Rasulullah dilahirkan, bondanya Siti Aminah menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti meluncurnya anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

 

b)      Pada malam kelahiran Baginda, cahaya dari rumah bapanya Abdullah menyinari bangunan-bangunan yang tinggi di negeri Syam. Peristiwa ini sebagai isyarat bahawa ajaran yang dibawa oleh baginda akan sampai ke negeri Syam, dan penduduk-penduduk di kota itu akan disinari dengan ajaran yang murni dan diredhai Allah سبحانه وتعالى.

 

c)      Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

.

.

2.  Diselimuti Awan

 

a)      Aminah sendiri melihat Rasulullah dalam keadaan berbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

 

b)   Bonda Baginda melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar suatu seruan, “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik.”

 

c)      Kemudian itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit kemudian meletakkan tangannya ke tanah lalu bersujud ke arah kiblat sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

.

.

3.  Bersih Tanpa Darah

 

a)      Aminah semasa mengandungkan dan melahirkan Rasulullah , beliau tidak pernah merasa sakit dan susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu hamil yang lain.

 

b)      Di waktu lahir, Baginda tidak macam anak-anak lain lahir, jika anak-anak lain emaknya akan rasa sakit dan keluar darah. Ini bersih, elok  dan bagus. Anak-anak lain bila keluar menangis, dia tidak menangis malahan tersenyum.

.

.

4.  Telah Terputus

 

a)      Aminah juga menyedari kelahiran bayinya tidak seperti anak-anak baru lahir yang lain. Rasulullah dilahirkan dalam keadaan tali pusatnya telah siap diputuskan.

 

b)      Dengan kehendak Allah سبحانه وتعالى, Rasulullah juga tidak seperti bayi yang lain,  Baginda dilahirkan dalam keadaan sudah sedia terkhitan (bersunat).

.

.

5.  Kemusnahan Tempat Sembahan

 

a)      Pada malam itu juga berhala-berhala yang berdiri tegak di depan Kaabah telah jatuh di atas tanah. Ini sebagai bukti bahawa patung-patung itu akan dibersihkan oleh bayi yang baru lahir pada suatu masa nanti.

 

b)      Api kuil Persia yang telah dijaga rapi agar terus menyala sejak lebih seribu tahun, tidak pernah terpadam walaupun di landa ribut dan hujan lebat. Namun pada malam itu, api tersebut menjadi padam. Ini sebagai isyarat, terhapusnya kerajaaan agama Majusi setelah lahirnya seorang insan yang mulia. 

 

c)      Pada malam itu juga tembok mahligai raja Persia menjadi retak. Disusuli dengan 14 buah tingkapnya jatuh berguguran. Padahal tembok itu dibangun dengan teguh dan kukuh. Walaupun demikian rumah-rumah rakyat jelata yang dibangunkan dengan bahan yang sederhana pada malam itu tidak mengalami apa-apa keretakan. Ini juga sebagai bukti bahawa pada suatu hari nanti kerajaan Persia akan runtuh.

.

.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

وَمَا نُرِيهِم مِّنْ آيَةٍ إِلَّا هِيَ أَكْبَرُ مِنْ أُخْتِهَاۖ وَأَخَذْنَاهُم بِالْعَذَابِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ﴿٤٨﴾

“Dan tidaklah Kami perlihatkan kepada mereka sesuatu mukjizat kecuali mukjizat itu lebih besar dari mukjizat-mukjizat yang sebelumnya; Dan Kami timpakan mereka dengan berbagai azab (bala bencana), supaya mereka kembali (bertaubat / ke jalan yang benar).”

 (Surah Az-Zukhuf 43; Ayat 48)

.

Betapa beruntungnya kita menjadi umat Islam dianugerahkan Nabi yang agung lagi dimuliakan, Muhammad sebagai penutup segala para nabi. Marilah kita bersyukur dan menghargai keistimewaan ini dengan memperbanyakkan selawat kepada Baginda  sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah سبحانه وتعالى:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

(Surah Al-Ahzab 33; Ayat 56)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Mukjizat Nabi Muhammad SAW  (Klik Di Sini)
  2. Lahirnya Rahmat Seluruh Alam  (Klik Di Sini)
  3. Ayahanda Bonda Rasulullah SAW  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

 

 

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: