TRIVIA RASULULLAH SAW: 55 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Trivia Nabi Muhammad SAW.

Trivia : 55 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Nabi Muhammad Rasulullah ﷺ

 

1)      Abu Qasim adalah di antara gelaran yang diberikan kepada Rasulullah ﷺ.

2)      Rasulullah ﷺ diutuskan sebagai Rasul semasa berusia 40 tahun.

3)      Thabit bin Qais adalah pembaca Khutbah Rasulullah ﷺ

4)      Usamah bin Zaid adalah seorang pencinta Rasulullah ﷺ.

5)      Huzaifah bin Yaman adalah penyimpan rahsia Rasulullah ﷺ.

6)      Zubir bin Awwam adalah golongan penyokong Rasulullah ﷺ.

7)      Hassan bin Thabit, Abdullah bin Rawwahah dan Kaab bin Malik adalah penyair-penyair Rasulullah ﷺ.

8)      Surah An-Nur disarankan perempuan mempelajarinya oleh Rasulullah ﷺ.

9)      Baginda pernah berkahwin dengan 13 orang tetapi tidak melebihi 4 isteri serentak.

10)  Rasulullah ﷺ berkahwin selepas tiga tahun isteri pertamanya meninggal dunia.

11)  Rasulullah ﷺ berkahwin adalah untuk menyelamatkan wanita-wanita tersebut dari berbagai masalah dan tekanan.

12)  Baginda tidak berkahwin di atas dasar nafsu tetapi bagi membahagiakan dan menyelesai permasalah wanita tunggal dengan izin Allah سبحانه وتعالى.

13)  Semua wanita yang Baginda kahwini bukan dari kalangan anak dara kecuali hanya Siti Aisyah sahaja. anak dara.

14)  Ramlah binti Sufian adalah perempuan yang dipinang oleh Raja Najasyi untuk Rasulullah ﷺ.

15)  Mariah Al-Qibti dan Raihanah binti Zaid adalah dua orang hamba yang telah dikahwini Rasulullah ﷺ.

16)  Halimah binti Sa’diah dan Suwaibah adalah keturunan Abi Lahab.

17)  Maimunah binti Al-Haris adalah isteri terakhir Rasulullah ﷺ.

18)  Semasa kewafatan Rasulullah ﷺ, baginda telah meninggalkan 9 orang isteri.

19)  Zaid bin Harisah adalah sahabat terakhir yang terlibat dalam sistem penceraian yang tidak berbentuk Islam sebelum wujudnya sistem pernikahan dalam Islam yang dikendalikan oleh Rasulullah ﷺ.

20)  Barrah binti Abdul Izzi adalah nenek Rasulullah ﷺ di sebelah ibu Baginda.

21)  Rasulullah ﷺ mempunyai tujuh orang anak, tiga lelaki dan empat perempuan.

22)  Anak perempuan Baginda ﷺ pertama yang meninggal dunia adalah Ruqayyah.

23)  Ibu Rasul Junjungan iaitu Siti Aminah meninggal dunia di Al-Abwa’ suatu tempat di antara Mekah dan Madinah.

24)  Cucu kesayangan Baginda adalah al-Hassan dan al-Hussin.

25)  Haris bin Uzai adalah bapa susuan Rasulullah ﷺ.

26)  Zubir bin Awwam adalah anak saudara Rasulullah ﷺ.

27)  Ali bin Abi Thalib, Uthman bin Affan, Al-As bin Ar-Rabi’ dan Utbah adalah kerabat ipar lelaki Rasulullah ﷺ.

28)  Nenda di sebelah ayahanda Rasulullah ﷺ adalah Fatimah binti Amru Al-Makhzumi.

29)  Bani Najjar dan Bani Zahrah adalah keturunan Rasulullah ﷺ.

30)  Rasulullah ﷺ lebih rapat dengan Kabilah Quraisy Al-Adnaniah.

31)  Daldal adalah binatang yang dihadiahkan kepada Rasulullah ﷺ oleh Al-Qauqas.

32)  Nama Assakab, Al-Murtajiz, Lazzaz, At-Tarbi dan Al-Lahif adalah nama-nama unta Rasulullah ﷺ.

33)  A-Mat’am bin Adi adalah orang yang membantu Rasulullah ﷺ ketika Baginda kembali dari hijrah ke Taif.

34)  Kabilah Bani Nadhir Yahudi merancang melempar batu ke atas Rasulullah ﷺ.

35)  Zainab binti Al-Haris adalah orang Yahudi yang telah meracuni Rasulullah ﷺ.

36)  Nama-nama Zul Faqqr, Battar, Al-Haif, Rasub dan Al-Mukhzim adalah nama-nama bagi pedang Rasulullah ﷺ.

37)  Peperangan pertama yang Rasulullah ﷺ hadapi adalah peperangan Al-Abwa’.

38)  Kumpulan tentera Abdullah bin Hahsyi adalah kumpulan pertama yang berhadapan dengan Rasulullah ﷺ di kawasan tepi pantai.

39)  Uqbah bin Abi Al-As adalah orang yang telah mematahkan dua batang gigi Rasulullah ﷺ.

40)  Ibnu Qim,ah adalah orang yang telah melukai wajah Rasulullah ﷺ pada peperangan Uhud.

41)  Rasulullah ﷺ terpaksa berperang sebanyak 27 kali dalam menentang musuh Islam.

42)  Rasulullah telah berperang dalam 9 pertempuran.

43)  Abi bin Khalaf adalah satu-satunya yang telah dibunuh oleh Rasulullah ﷺ walaupun Baginda telah terlibat dalam 27 peperangan.

44)  Rasulullah ﷺ telah memulakan perjalan Israk bermula dari rumah Ummu Hani’.

45)  Rasulullah ﷺ telah melakukan solat Ghaib ke atas jenazah Raja Habsah An-Najashi yang telah memeluk Islam tanpa pengetahuan rakyatnya.

46)  Wanita pertama yang telah membuat perjanjian dengan Rasulullah ﷺ dalam Aqabah kedua adalah Fukaihah binti Yazid Al-Ansari.

47)  Rakan perkongsian dalam perniagaan Rasulullah ﷺ di Mekah adalah As.Saib bin Abi Saib.

48)  Rasulullah ﷺ telah membahagikan bulan Ramadhan kepada 3 bahagian: Di permulaan Ramadhan adalah Rahmat, Di pertengahan Ramadhan adalah Keampunan dan Di akhir Ramadhan adalah Perlindungan dari api neraka.

49)  Di antara umrah yang telah Rasulullah ﷺ lakukan adalah Umrah Hudaibiah, Umrah Al-Qoda’, Umrah Al-Ja’ranah dan Umrah Haji.

50)  Rasulullah ﷺ telah menghadiahkan 70 Selawat dan Salam kepada Saidina Hamzah r.a.

51)  Kematian Saidina Hamzah r.a. dalam peperangan Uhud memberi kesan besar kepada Jasad dan Jiwa Rasulullah ﷺ..

52)  Rasulullah ﷺ wafat semasa berusia 63 tahun.

53)  Baginda ﷺ dikafankan dengan kain kafan yang disediakan oleh isteri bapa saudaranya Abu Talib iaitu Fatimah binti Asadi.

54)  Sahabat yang mengaku nabi selepas kewafatan Baginda adalah Tulaihah binti Khuwailid Al-Asadi, kemudian beliau bertaubat dan kembali kepada Islam dengan sempurna.

55)  Ummul Mukmini yang terakhir meninggal dunia dari kalangan isteri Baginda ﷺ adalah Ummu Salamah.

.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Selawat dan Salam untukMu Ya Rasulullah ﷺ. Salam Rindu buatmu Rasul Junjungan yang dikasihi.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

 

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: