50 Perkara Yang Menyebabkan Kehidupan Malang

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

 malang.

50 perkara yang menyebabkan kehidupan seseorang sentiasa malang adalah seperti yang tersenarai di bawah. Diterangkan kesusahan seseorang mempunyai hubung kait dengan perkara yang sering dilakukan dan kebanyakannya terdapat dalam kitab ‘Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah’ yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi.

 

50 perkara yang membawa malang tersebut ialah :

 

1)      Tidak melakukan solat (sembahyang).

2)      Tidak membaca ‘Basmallah’ (Bismillah) ketika hendak makan.

3)      Makan sebelum mandi hadas.

4)      Makan atas pinggan yang terbalik.

5)      Makan menggunakan pinggan yang sumbing.

6)      Makan makanan berkuah dengan menggunakan dua jari.

7)      Menganggap ringan makanan yang terjatuh dari pinggan hidangan.

8)      Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.

9)      Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.

10)  Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.

11)  Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.

12)  Berwuduk di tempat buang air besar atau air kecil. 

13)  Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

14)  Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.

15)  Membuang air kecil pada air yang sedang mengalir.

16)  Suka melihat dan mempermainkan kemaluan.

17)  Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.

18)  Membuang hidup kutu kepala tanpa mematikannya.

19)  Membasuh kaki dengan tangan kanan.

20)  Mengelap muka dengan baju.

21)  Suka tidur beralaskan muka.

22)  Suka tidur menelangkup.

23)  Tidur tanpa memakai baju. 

24)  Memakai seluar sambil berdiri.

25)  Memakai serban sambil duduk.

26)  Suka menggigit kuku dengan gigi.

27)  Suka mempermainkan lidah di bibir.

28)  Suka mempermain-mainkan janggut.

29)  Meletakkan tapak tangan pada hidung.

30)  Suka mempermain jari-jemari tangan pada bahagian lutut.

31)  Memulakan memakai kasut atau sandal dengan sebelah kiri.

32)  Menjahit baju yang sedang dipakai.

33)  Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.

34)  Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.

35)  Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat Subuh.

36)  Lewat pulang dari masjid selepas menunaikan solat Isyak.

37)  Menguap dan mengantuk ketika melakukan solat.

38)  Lewat menunaikan solat fardhu.

39)  Berdiri sambil bercekak pinggang.

40)  Suka duduk di atas tangga dan laluan orang.

41)  Suka bersandar pada pintu rumah.

42)  Tidak suka membersihkan rumah.

43)  Suka membersihkan rumah pada waktu malam.

44)  Membuang sampah atau menyapu dengan kain.

45)  Membakar kain atau pakaian.

46)  Membakar kulit bawang.

47)  Suka memadam pelita dengan nafas.

48)  Berjalan di antara dua perempuan.

49)  Berjalan di antara kambing ternakan.

50)  Berjalan tanpa memakai sandal atau kasut.

.

.

Firman Allah سبحانه وتعالى :

 

قَالُوا۟ ٱطَّيَّرْنَا بِكَ وَبِمَن مَّعَكَۚ قَالَ طَٰٓئِرُكُمْ عِندَ ٱللَّهِ ۖ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ تُفْتَنُونَ ﴿٤٧﴾

“Mereka menjawab: “Kami mendapat nasib yang malang, disebabkan kamu dan juga dengan sebab pengikut-pengikutmu!”  Berkata (Soleh): “Perkara yang menyebabkan baik dan malangnya nasibmu ada pada sisi Allah, (bukan kami yang menjadi penyebab), tetapi kamu kaum yang sedang diuji.” (Surah 27 An-Naml: Ayat 47)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: