Kisah Nabi Muhammad SAW, Seorang Perempuan Dan Anak Unta

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Perempuan dan anak unta.

Pada suatu hari, ada seorang perempuan ingin menunggang untanya. Oleh kerana unta itu besar, dia sukar hendak menaikinya. Dia mencuba dengan segala usaha untuk naik ke atas belakang untanya tetapi masih tidak berjaya juga.

 

Dalam pada itu, terdapat satu rombongan perang melalui berhampiran tempatnya, lalu dia menahan salah satu daripada kuda tunggangan rombongan itu. Kuda itu adalah kepunyaan Junjungan Mulia Nabi Muhammad . Rombongan yang menuju medan perang itu berhenti setelah diarahkan oleh Rasulullah .

 

Perempuan itu dengan gembiranya berkata, “Wahai Nabi Kekasih Allah! Bantulah aku naik ke atas badan unta ini.”

 

“Aku akan naikkan kamu ke atas anak unta.” kata Nabi Muhammad .

 

“Aku mahu naik unta ini, bukan anak unta, wahai Utusan Allah,” kata perempuan itu.

 

“Tidak! Aku akan naikkan kamu ke atas anak unta juga,” jawab Rasulullah dengan tegas.

 

“Anak unta itu kecil. Ia tidak mampu menanggung beban seluruh badanku,” kata perempuan itu sambil merayu.

 

“Aku tetap akan naikkan kamu ke atas anak unta,” tegas Rasulullah lagi.

 

Perempuan itu hampir menangis apabila mendengar Nabi Muhammad mengulangi kata-kata yang Baginda akan menaikkannya ke atas anak unta.

 

Sahabat-sahabat Nabi yang berada bersama-sama pada waktu itu tersenyum melihatkan peristiwa itu. Melihat mereka tersenyum, perempuan itu kebingungan. Dia mula hendak marah kepada mereka.

 

Seorang sahabat lalu berkata, “Bukankah setiap unta itu asalnya daripada anak unta juga?”

 

Perempuan itu kebingungan. Selepas mengamati kata-kata sahabat itu, barulah dia faham. Anak unta yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu adalah untanya yang sebenar. Unta itu juga berasal daripada anak unta.

 

Barulah dia tahu bahawa Nabi Muhammad hendak bergurau dengannya. Selepas memahami maksud kata-kata Nabi Muhammad , perempuan itu tersenyum.

 

Nabi Muhammad turun daripada kuda dan membantu perempuan itu menaiki untanya. Perempuan itu pun naik ke atas untanya dengan mudah.

 

Selepas mengucapkan terima kasih kepada Rasulullah , perempuan itu berlalu pergi. Sambil memandang ke arah sahabat-sahabat yang lain, perempuan yang tidak jadi marah itu tersenyum sendirian.

 

Nabi Muhammad dan para sahabat juga turut tersenyum memerhatikan telatah perempuan tersebut.

.

والله أعلم بالصواب

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

 

.

 

Advertisements

One response to this post.

  1. […] suatu hari, ada seorang wanita ingin menaiki untanya. Oleh kerana unta itu besar, dia sukar hendak menaikinya. Dia cuba juga untuk naik ke atas badan […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: