Keistimewaan Dan Penamaan Bulan Jamadil Awal

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Keistimewaan Dan Penamaan Bulan Jamadil Awal.

Jamadil Awal (جمادي الأول)

Jumadilawal atau Jamadil Awal adalah bulan ke-5 di dalam kalendar dan Takwim Hijrah. Ada lima bulan yang namanya ditetapkan mengikut keadaan musim yang berlaku di bulan tersebut iaitu Rabi’ul Awal, Rabi’ul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir dan Ramadhan. Jamadil Awal merupakan bulan pertama dan permulaan musim sejuk, di mana bulan ini menandakan ketibaan musim dingin yang akan berakhir pada Jamadilakhir.

.

Pengertian

Jamadil Awal (Jamada al-Awwal) membawa pengertian bulan pertama musim sejuk dan permulaan musim dingin. Dari segi bahasa, ‘Jumad’ bermaksud kering atau beku dan ‘Awal’ bererti pertama.

Penamaan Jamadil Awal kerana dalam bulan tersebut orang Arab pada zaman dahulu bertembung hari-hari musim sejuk yang begitu dingin dan terjadi kekeringan air atau bekunya air. Pada ketika itu semua parit, telaga, sungai dan lembah lebih menyejuk, menjadi kering (mengeras)dan beku.

.

.

Sejarah Penamaan Bulan Dan Takwim Hijrah

.

Bulan pada tahun Hijrah bermula dengan Muharam dan tahun Masihi bermula dengan Mac pada asalnya. Nama Muharam diberikan orang Arab terdahulu kerana di dalamnya dilarang peperangan selepas pelaksanaan haji pada Zulhijjah. Sedangkan Mac adalah nama tuhan perang orang Rom.

Jika diperhatikan sejarah penamaan bulan dalam tradisi Masihi dan Hijrah dan tahun lain kita dapati semuanya menggunakan bulan sebagai asal pengiraan masa. Pada mulanya bulan pada tahun Masihi hanya 10 bermula dari Mac hingga Disember yang bermakna hanya 10 bulan sahaja. Mereka menambah Januari dan Februari ke dalam ‘Ystemr’ kerana pada dua bulan itu tidak ada kegiatan kehidupan bermakna dan bulan berkenaan adalah musim sejuk.

Pada waktu itu bulan Januari dan Februari adalah musim dingin (jumad atau “beku”), maka orang Arab menamakannya sebagai  Jumadil-Awwal dan Jumadil-Akhir.

Bulan pada Hijrah dari awal berjumlah 12 seperti diajarkan Nabi Syits dengan ketetapan Allah SWT. Ketika orang Arab terdahulu hendak menamakan bulan, mereka sepakat awal tahun dimulakan selepas selesainya pelaksanaan haji pada Zulhijjah supaya mudah diingati kerana ibadah itu adalah penyatuan bangsa Arab yang mengikuti ajaran Nabi Ibrahim AS.

Pada kalendar Kaum Tsamud sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Azdi, Rabi’ul Awal dinamakan  sebagai ‘Murid’. Dalam kalendar sebelum kedatangan Islam, daripada riwayat  Al-Bairuni, Rabi’ul Awal dikenali sebagai ‘Khawwan’ dan daripada riwayat Al-Mas’udi pula ia dikenali dengan nama ‘Thaliq’.

.

.

Sejarah Permulaan Kalendar Hijriah

.

Kalendar Qamariah yang mereka kenal sejak zaman dahulu, sama dengan kalendar Qamariah yang berlaku ketika ini. Dalam satu tahun, ada dua belas bulan dan awal bulan ditentukan mengikut terbitnya hilal (bulan sabit pertama).

Allah SWT menghiasi kehidupan alam ini dan menetapkan kejadian langit dan bumi dengan 12 bulan sebagaimana Firman-Nya:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ ﴿٣٦﴾

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (okum) Allah ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah, semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya 4 bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah, sesungguhnya Allah bersama orang yang bertaqwa.”     (Surah at-Taubah; ayat 36)

.

.

Perbezaan Nama Bulan Pada Kalendar Qamariah

.

Sejak dahulu, sebelum datangnya Islam, Bangsa Arab telah menggunakan tahun Qamariah. Hanya tidak semua masyarakat jahiliah di seluruh Semenanjung Arab sepakat dalam menentukan kalendar tertentu, sehingga pentarikhan mereka berbeza-beza. Meskipun begitu, mereka mengenali kalendar Qamariah dan mereka menggunakan konsep ini untuk membuat pentarikhan bagi suku mereka masing-masing.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Advertisements

One response to this post.

  1. […] « Keistimewaan Dan Penamaan Bulan Jamadil Awal […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: