Amal Dan Amalan Pada Bulan Jamadil Awal

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Amalan Bulan Jamadil Awal.

Amal-amalan sama ada yang fardhu mahu pun yang sunat pada bulan Jamadil Awal adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan khusus dan istimewa yang menjadi amalan Rasulullah dan dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Namun begitu, kita sentiasa digalakkan untuk meningkatkan amalan kebaikan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا ﴿٣٠﴾

“Sesunggunya mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah kami tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan dengan baik (berusaha memperbaiki amalnya).” (Surah Al-Kahfi: Ayat 30)

 

.

Dalam menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga digalakkan supaya memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah sebagai penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.

.

Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan dan disarankan oleh Rasulullah sepanjang tahun adalah :

.

1)      Solat berjemaah, terutama solat fardhu di masjid atau surau setempat.

2)      Membaca dan berusaha memahami Al-Qur’an

3)      Menghayati dan memperbanyakkan :

a)      Zikir – tahlil, tahmid dan takbir.

b)      Istighfar  dan taubat

c)      Selawat ke atas Rasulullah .

4)      Qiamullail iaitu bangkit beribadat di waktu malam.

5)      Mendirikan solat-solat sunat seperti:

a)      Solat Sunat Fajar

b)      Solat Sunat Dhuha

c)      Solat Sunat Rawatib

d)     Solat Sunat Tahajjud

e)      Solat Sunat Witir

6)      Memperbanyak dan membiasakan bersedekah

7)      Berpuasa sunat, terutamanya  pada hari-hari Isnin dan Khamis

8)      Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah, kuliah agama dan sebagainya

9)      Menjaga pancaindera dan anggota badan daripada melakukan kemaksiatan.

.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ ﴿٧﴾

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.” (Surah Al-Bayyinah: Ayat 7)

.

Rasulullah bersabda: “Hendaklah kamu semua berbuat sesuai dengan kekuatan kamu sahaja. Sesungguhnya Allah itu tidak jemu (memberi pahala) sehingga kamu semua bosan (melaksanakan amalan itu). Adalah cara melakukan agama yang paling dicintai oleh Allah itu ialah apa-apa yang dikekalkan melakukannya oleh orang itu (tidak perlu banyak asalkan berterusan).” (Muttafaq ‘alaih)

.

.

Terdapat banyak lagi amalan sunat yang mungkin kita belum dilakukan atau belum berkesempatan untuk kita melakukannya sebelum ini. Maka yang demikian, pada bulan Jamadil Awal inilah masa yang sesuai untuk kita berlatih dan beristiqamah mengamalkan segala ibadah sunat tersebut.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

Keistimewaan Dan Penamaan Bulan Jamadil Awal  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

 

 

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: