Siapakah Kita dan Siapakah orang yang….?

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Siapakah Kita dan Siapakah orang yang….?.

Dalam Al-Quran mengenai persoalan siapakah kita dan siapakah orang yang diberi petunjuk oleh Allah سبحانه وتعالى, antaranya akan diberikan petunjuk dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah سبحانه وتعالى dengan sebab keingkarannya, maka merekalah orang-orang yang rugi. Serta banyak lagi pertanyaan mengenai siapakah kita di alam fana ini seperti tersenarai di bawah….

 .

1.  Siapakah Orang Yang Sibuk?


Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s. Kata Imam Al Ghazali “Rugilah mereka yang sibuk tetapi segala kesibukan mereka hanya untuk dunia sahaja.”

.

2.  Siapakah Orang Yang Sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Aalamin, Tuhan semesta alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

.

3.  Siapakah Orang Yang Telah Mati Hatinya?


Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Qur’an, Hadis dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

.

4.  Siapakah Orang Yang Gila Itu?


Orang yang gila itu adalah orang yang tidak solat kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan solat, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

.

5.  Siapakah Orang Yang Lemah?


Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

.

6.  Siapakah Orang Yang Kuat?


Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

7.  Siapakah Orang Yang Bakhil?


Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah
.

.

8.  Siapakah Orang Yang Buta?


Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Qur’an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

.

9.  Siapakah Orang Yang Tuli?


Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

.

10.  Siapakah Orang Yang Paling Cantik?


Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

.

11.  Siapakah Orang Yang Manis Senyumannya?


Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia berkata; “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu menambah, “Wahai Tuhanku! Daku redha dengan ketentuanMu ini.”,sambil mengukir senyuman.

.

12.  Siapakah Orang Yang Miskin?


Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

.

13.  Siapakah Orang Yang Kaya?


Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

.

14.  Siapakah Orang-Orang Yang Mundur Hidupnya?


Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

.

15.  Siapakah Orang Yang Maju Dalam Hidupnya?


Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.

.

16.  Siapakah Orang Yang Rugi?


Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

.

17.  Siapakah Orang Yang Selalu Ditipu?


Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

.

18.  Siapakah Orang Yang Menangis Air Mata Mutiara?


Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

.

19.  Siapakah Orang Yang Mempunyai Rumah Yang Paling Luas?


Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

.

20.  Siapakah Orang Yang Mempunyai Rumah Yang Sempit Lagi Dihimpit?


Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

.

21.  Siapakah Orang Yang Pandai?


Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

.

22.  Siapakah Orang Yang Bodoh?


Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

.

23.  Siapakah Orang Dungu Kepala Otaknya?


Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

.

24.  Siapakah Orang Yang Mempunyai Akal?


Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

.

25.  Siapakah Orang Yang Bijak?


Orang yang bijak ialah orang yang tidak membiarkan maklumat ini begitu sahaja, malah dia akan menyampaikan juga pada orang lain.

.

والله أعلم بالصواب

.

رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَـٰسِرِينَ.

“Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Dikau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya termasuklah kami dari orang-orang yang rugi.”

.

Sesamalah kita jadikan peringatan dan memanfatkannya..

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

 

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: