CARA IQAMAH YANG BETUL DAN SEMPURNA

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

. 

Iqamat atau Iqamah disebut juga dengan Qamat ialah seruan dengan lafaz-lafaz ucapan atau bacaan tertentu yang dilakukan ketika sudah hampir mendirikan atau memulakan sesuatu solat. Iqamah bertujuan untuk memberitahu bahawa solat akan dimulakan dan mengajak mereka yang telah hadir supaya bersedia memasuki saf untuk melakukan solat. Hukum melafazkan Iqamah ialah sunat Muakkad.

.

Lafaz Iqamat  

 

Susunan kalimah-kalimah seruan Iqamat  atau Qamat ialah:-

LAFAZ IQAMAH TERJEMAHAN RUMI .

.

Syarat-Syarat Iqamah

 

1.      Bacaan iqamah mesti diseru selepas azan.

2.      Iqamah sebaik-baik di baca oleh orang yang azan.

3.      Muazzin perlu mendapat izin daripada imam sebelum iqamah.

4.      Diucapkan dengan suara yang lebih rendah daripada azan.

5.      Diucapkan, cukup sekadar dapat didengari oleh orang yang hadir bersamanya.

6.      Dilakukan dalam keadaan berdiri, kecuali uzur atau ada halangan berbuat demikian.

7.      Menghadap ke arah kiblat.

.

.

Sunat Iqamah

 

1.      Bacaan iqamah sunat dilakukan ditempat yang lain daripada tempat azan.

2.      Sunat mempercepatkan bacaan iqamah dengan menghimpunkan dua baris ayat iqamah dengan satu nafas.

3.      Diucapkan dengan suara yang lebih rendah daripada suara azan.

4.      Menjawab seruan iqamah.

5.      Berselawat ke atas Nabi Muhammad sebaik habis azan.

6.      Memohon wasilah bagi Nabi Muhammad kepada Allah.

.

.

Jarak Masa Iqamah

 

1.      Iqamah  tidak perlu cepat.

2.      Jarak antara azan dan iqamah, paling cepat kira-kira satu solat atau orang yang makan dapat menghabiskan makanannya.

3.   Imam berhak menentukan masa Iqamah, sama ada ia mengambil masa suku jam, satu petiga jam atau seumpamanya mengikut keperluan.  “Azan itu milik Allah dan iqamah itu milik imam”.

4.      Iqamat disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang lama di antaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf.

 

 

Rasulullah bersabda: “Jika dilaungkan iqamah untuk solat, maka dibukakan pintu-pintu langit dan dimakbulkan doa.” (Hadis riwayat Ahmad)

 

Bersabda Rasulullah lagi: “Ada dua waktu tidak ditolak doa orang yang berdoa, iaitu ketika iqamah solat dan dalam barisan jihad pada jalan Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Keistimewaan Dan Kelebihan Seruan Azan  (Klik Di Sini)
  2. Fadhilat Menjawab Lafaz Dan Seruan Azan  (Klik Di Sini)
  3. Doa Selepas Azan  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: