Sejarah Dan Penamaan Bulan Jamadil Akhir

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Bulan Jamadil Akhir.

Jamadil Akhir (جمادي الآخر / جمادي الثاني)

 

Jamadil Akhir atau Jumadilakhir adalah bulan ke-6 di dalam kalendar Islam (Takwim Hijrah). Jamadil Akhir adalah musim sejuk yang kedua, di mana bulan ini menandakan pengakhir musim dingin yang telah bermula sejak bulan Jamadilawal dan bakal berakhir pada bulan ini juga (Jamadilakhir). Bulan kedua musim sejuk ini merupakan musim kering dan beku yang lebih dingin daripada bulan sebelumnya.

.

Pengertian

 

Jamadil Akhir (Jamada al-Akhir) membawa pengertian pengakhiran musim sejuk dan dingin. Dari segi bahasa, ‘Jumad’ bermaksud kering atau beku dan ‘Akhir’ bererti pengakhiran atau penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian kerana dalam bulan tersebut orang Arab pada zaman dahulu mengalami akhir musim sejuk yang begitu dingin dan terjadi kekeringan air atau kebekuan bekalan air. Pada ketika itu semua parit, telaga, sungai dan lembah lebih menyejuk, menjadi kering (mengeras)dan beku.

Pada penghujung musim ini, air yang pada mulanya membeku telah berakhir dan beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang sebahagiannya beku masih lagi terdapat merata di sana-sini yang menjadi suatu pemandangan biasa ketika itu.

.

.

Sejarah Penamaan Bulan Jamadil Akhir Dan Takwim Hijrah

.

Bulan pada tahun Hijrah bermula dengan Muharam dan tahun Masihi bermula dengan Mac pada asalnya. Nama Muharam diberikan orang Arab terdahulu kerana di dalamnya dilarang peperangan selepas pelaksanaan haji pada Zulhijjah. Sedangkan Mac adalah nama tuhan perang orang Rom.

Jika diperhatikan sejarah penamaan bulan dalam tradisi Masihi dan Hijrah dan tahun lain kita dapati semuanya menggunakan bulan sebagai asal pengiraan masa. Pada mulanya bulan pada tahun Masihi hanya 10 bermula dari Mac hingga Disember yang bermakna hanya 10 bulan sahaja. Mereka menambah Januari dan Februari ke dalam ‘Ystemr’ kerana pada dua bulan itu tidak ada kegiatan kehidupan bermakna dan bulan berkenaan adalah musim sejuk.

Januari dan Februari adalah musim dingin (jumad atau “beku”) sehingga orang Arab menamakannya Jamadil-Awwal dan Jamadil-Akhir. Ada lima bulan (Rabi’ul Awal, Rabi’ul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir dan Ramadhan) yang namanya ditetapkan mengikut keadaan musim yang berlaku di bulan tersebut.

Bulan pada Hijrah dari awal berjumlah 12 seperti diajarkan Nabi Syits dengan ketetapan Allah SWT. Ketika orang Arab terdahulu hendak menamakan bulan, mereka sepakat awal tahun dimulakan selepas selesainya pelaksanaan haji pada Zulhijjah supaya mudah diingati kerana ibadah itu adalah penyatuan bangsa Arab yang mengikuti ajaran Nabi Ibrahim AS.

.

.

Sejarah Permulaan Kalendar Hijriah

.

Kalendar Qamariah yang mereka kenal sejak zaman dahulu, sama dengan kalendar Qamariah yang berlaku ketika ini. Dalam satu tahun, ada dua belas bulan dan awal bulan ditentukan mengikut terbitnya hilal (bulan sabit pertama).

Allah SWT menghiasi kehidupan alam ini dan menetapkan kejadian langit dan bumi dengan 12 bulan sebagaimana Firman-Nya:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ ﴿٣٦

“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah, semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya 4 bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah, sesungguhnya Allah bersama orang yang bertaqwa.”     (Surah at-Taubah; ayat 36)

 .

.

Perbezaan Nama Bulan Pada Kalendar Qamariah

.

Sejak dahulu, sebelum datangnya Islam, Bangsa Arab telah menggunakan tahun Qamariah. Hanya tidak semua masyarakat jahiliah di seluruh Semenanjung Arab sepakat dalam menentukan kalendar tertentu, sehingga pentarikhan mereka berbeza-beza. Meskipun begitu, mereka mengenali kalendar Qamariah dan mereka menggunakan konsep ini untuk membuat pentarikhan bagi suku mereka masing-masing.

Dalam kalendar Kaum Tsamud sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Azdi, Jamadil Akhir dikenali sebagai ‘Hawbar’. Pada kalendar sebelum kedatangan Islam, daripada riwayat Al-Mas’udi ia dikenali dengan nama ‘Amnah’. Dan daripada riwayat  Al-Bairuni pula, Jamadil Akhir dinamakan ‘Zuba’.

.

.

Peristiwa-Peristiwa Penting  Dan Bersejarah Di Bulan Jamadil Akhir

 

Ramai yang memandang sepi bulan ini kerana tidak banyak fadhilat di dalamnya, namun, terdapat banyak peristiwa-peristiwa besar dan penting yang berlaku di dalam bulan ini sehingga ada sejarahwan berkata : “Ajaib bagi segala yang ajaib itu ialah antara Jamadi yang dua dan Rejab.”

.

Di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah:

.

1. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun dan telah disemadikan bersebelahan maqam Rasulullah s.a.w. Ketika hidup, beliau merupakan pemuda terawal yang menerima dakwah dan membenarkan kerasulan Baginda s.a.w. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq mempunyai akhlaq yang mulia dan sanggup menginfaqkan seluruh harta dan kemewahannya pada jalan Allah sehingga tidak meninggalkan sebarang harta ketika matinya. Sebelum kematiannya, beliau telah melantik Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah Islam yang kedua menggantikan tempatnya.

.

2. Perlantikan Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah kedua pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah.

.

3. Berlakunya peperangan Yarmuk pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah. Peperangan ini telah diketuai oleh Khalid bin Al-Walid dan disertai tentera Muslimin seramai 45,000 orang yang menghadapi tentera Rom (Byzantin) seramai 240,000 orang. Di dalam peperangan ini telah menyaksikan separuh tentera Rom telah terkorban dan seramai lebih kurang 3,000 orang tentera Muslimin syahid di medan perang. Bagaimanapun tentera Muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid telah berjaya mengalahkan tentera Rom yang begitu ramai.

.

 .

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: