Kelebihan, Fadhilat Dan Amal-Amalan Di Bulan Jamadil Akhir

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Amalan Jamadil Akhir.

Amal-amalan dan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat pada bulan Jamadil Akhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan khusus dan istimewa yang menjadi amalan Rasulullah ﷺ dan dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Namun begitu, kita digalakkan untuk meningkatkan amalan-amalan kebaikan seperti biasanya dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.

Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah ﷺ sepanjang tahun ialah Solat Tahajjud, Solat Nafilah, puasa Isnin dan Khamis, sedekah, membaca Al-Qur’an dan lain-lain lagi.

.

.

Amal-amalan Dan Fadhilat Bulan Jamadil Akhir

Terdapat banyak lagi amalan sunat yang belum kita lakukan atau belum berkesempatan untuk melakukannya. Maka yang demikian, pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang mungkin kita belum atau tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini. Di samping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga digalakkan agar memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah sebagai penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.

Amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat di bulan Jamadil Akhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا ﴿٣٠

“Sesunggunya mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah kami tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan dengan baik (berusaha memperbaiki amalnya).” (Surah Al-Kahfi: Ayat 30)

Disamping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.

.

.

Amalan Jamadil Akhir Dalam kitab “Jawahir Al-Khomsi”

Dalam kitab “Jawahir Al-Khomsi” disebutkan dalam-ibadah-ibadah sunat dalam bulan Jamadil Akhir.

.

Solat Sunat

Dalam bulan Jamadil Akhir disarankan melakukan solat sunat dengan kaedah dan jumlah rakaat seperti berikut:

.

  1. Malam Pertama

Lakukan solat sunat dua rakaat dan selepas Al-Fatihah, boleh memilih mana-mana surah yang ingin dibaca dan setelah salam memperbanyakkan bacaan istighfar,

  1. Hari Ke Sepuluh

Lakukan solat sunat dua belas rakaat dengan kaedah setiap dua rakaat satu salam, selepas membaca surah Al-Fatihah dibaca surah Al-Quraisy dan selepas salam diteruskan membaca surah Yusuf.

Fadhilatnya: Allah سبحانه وتعالى akan menjaganya dari kesukaran dan kesusahan selama satu tahun.

  1. Hari Akhir Bulan

Didirikan solat sunat empat rakaat dan dilakukan selepas solat Maghrib. Dan selepas salam kemudian membaca tasbih sebanyak-banyaknya.

.

.

Amal-amalan Lain Di Bulan Jamadil Akhir

Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tidak lakukan atau tidak berkesempatan melakukannya. Maka pada bulan Jamadil Akhir inilah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.

.

Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan dan disarankan oleh Rasulullah ﷺ pada sepanjang tahun adalah :

.

1)      Solat berjemaah, terutama solat fardhu di masjid atau surau setempat.

2)      Membaca dan berusaha memahami Al-Qur’an

3)      Menghayati dan memperbanyakkan :

a)      Zikir – tahlil, tahmid dan takbir.

b)      Istighfar  dan taubat

c)      Selawat ke atas Rasulullah ﷺ.

4)      Qiamullail iaitu bangkit beribadat di waktu malam.

5)      Mendirikan solat-solat sunat seperti:

a)      Solat Sunat Fajar

b)      Solat Sunat Dhuha

c)      Solat Sunat Rawatib

d)     Solat Sunat Tahajjud

e)      Solat Sunat Witir 

6)      Memperbanyak dan membiasakan bersedekah

7)      Berpuasa sunat, terutamanya  pada hari-hari Isnin dan Khamis

8)      Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah, kuliah agama dan sebagainya

9)      Menjaga pancaindera dan anggota badan daripada melakukan kemaksiatan.

.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ ﴿٧

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.”  (Surah Al-Bayyinah: Ayat 7)

.

Rasulullah ﷺ bersabda: “Hendaklah kamu semua berbuat sesuai dengan kekuatan kamu sahaja. Sesungguhnya Allah itu tidak jemu (memberi pahala) sehingga kamu semua bosan (melaksanakan amalan itu). Adalah cara melakukan agama yang paling dicintai oleh Allah itu ialah apa-apa yang dikekalkan melakukannya oleh orang itu (tidak perlu banyak asalkan berterusan).” (Muttafaq ‘alaih)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

Sejarah Dan Penamaan Bulan Jamadil Akhir (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Advertisements

One response to this post.

  1. Posted by gee ahmad on 01/04/2014 at 8:22 pm

    Assalamualaikum ustaz terima kasih atas bimbingan.untuk amalan..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: