Kisah Pencinta Muzik Diampun Kerana Menjawab Seruan Azan

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kisah Peminat Muzik Diampun Kerana Menjawab Seruan Azan SQ.

Diriwayatkan terdapat seorang perempuan yang bernama Siti Zubaidah. Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang memiliki harta kekayaan. Beliau juga tergolong di dalam golongan orang yang suka mendengar muzik dan kerana hobinya pada muzik itu, Siti Zubaidah telah membina pentasnya sendiri khusus untuk berehat, tempat minum dan tempat mendengar muzik di mana beliau turut mempunyai beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya.

 

Di samping itu, apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan beliau akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti seketika daripada menyanyi sehinggalah selesai azan dikumandangkan, bagi menghormati seruan azan tersebut. Setelah selesai dan menjawab azan barulah disambung semula nyanyiannya.Hanyaitulah saja amalan yang sentiasa diamalkan dandijaga olehnya.

Tidak berapa lama selepas Siti Zubaidah meninggal dunia, ramai daripada kalangan orang-orang soleh yang telah bermimpi bertemu dengannya. Dalam Kitab Riadhus Salikinpula diceritakan bahawa selepas beberapa malam setelah kematian Siti Zubaidah, seorang soleh yang bertaraf wali Allah bermimpi melihatnya berada di dalam syurga.

Di dalam mimpi tersebut, mereka bertanya kepadanya: “Apakah amalan yang menyebabkan kamu memperolehi darjat ini?”

Jawab Siti Zubaidah, “Allah سبحانه وتعالى mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur.”

Tanya orang-orang soleh: “Ibadah apakah yang menyebabkan Allah سبحانه وتعالى mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah membuat kolam air pada jalan antara Makkah dan Madinah?”

Jawabnya: “Tidak, bukan amalan itu, kerana orang lain juga turut serta membuat kolam itu dengan mengunakan harta-harta mereka juga, bukan hanya aku seorang.”

Tanya mereka lagi: “Maka ibadah apakah yang menyebabkan engkau mendapat keampunan dari Allahسبحانه وتعالى sedangkan engkau tiada banyak beramal ibadah selain berjihad membuat kolam antara Makkah dan Madinah sahaja.”

Jawab Siti Zubaidah: “Memang aku tidak banyak beramal ibadah kecuali satu semasa hayatku dulu, aku mempunyai satu majlis hiburan. Apabila terdengarsaja seruan azan oleh muazzinsedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian, maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya dan aku palingkan hatiku dari bermain-main dan bergendang bagi menjawab seruan azan hinggalah seruan azan selesaibagi menghormati seruan azan.”

Jawab Siti Zubaidah lagi: “Itulah amalan yang sering aku lakukandanbenar-benar menjaganya yang meyebabkan dosa-dosa aku diampunkan oleh Allah سبحانه وتعالى.”

Maka datang malaikat hendak menyeksaku, lalu Allah سبحانه وتعالى berfirman, “Kamu dilarang daripadamenyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam hatinya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan mabukdan leka.”

.

والله أعلم بالصواب

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Keistimewaan Dan Kelebihan Seruan Azan  (Klik Di Sini)
  2. Fadhilat Menjawab Lafaz Dan Seruan Azan  (Klik Di Sini)
  3. Doa Selepas Azan  (Klik Di Sini)

 

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Advertisements

One response to this post.

  1. Reblogged this on Sunny Optimism.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: