Subhanallah.. Sejuk Mata Memandang Adik Hakimy dan Hafidz

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Adik Hakimy dan Hafidz.

Tidak ada sesuatu pemberian yang lebih baik daripada seseorang ayah kepada anaknya selain daripada didikan, budi pekerti dan contoh teladan yang baik.

Rasulullah ﷺ bersabda: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu bapalah bertanggungjawab mencorakkan anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Mari kita ikuti perkongsian tips dari Ustaz Wan Asrul dalam mendidik anak2nya, Hakimy dan Hafidz bagi mengembalikan kelangsungan sunnah yang pernah terbit dan diamalkan pada era Nabi ﷺ, para sahabat dan para saliful soleh terdahulu dan bukan calang2 orang dapat menurutinya…

 

Seringkali sahabat-sahabat bertanya, bagaimana Hakimy dan Hafidz yang  masing-masing seawal 7 dan 4 tahun boleh bangun diawal pagi (4:30am) untuk  menjalankan Qiamullail? Seterusnya menunaikan Solat Subuh secara berjamaah di masjid.

Tiada Kaedah istimewa yang kami (sang faqir dan isteri) terapkan, tetapi ianya kaedah yang sememangnya setiap ibubapa perlu terapkan pada anak-anak, iaitu menjadi CONTOH kepada mereka.

 

Pada usia awal begini, mereka harus ‘disuruh’ atau ‘disaran’ dengan TINDAKAN (action), bukan dengan SUARA (vocal).

Tindakan itu bermula dari Kita (ibubapa) terlebih dahulu. Setiap pagi latihi diri untuk bangun jam 4 pagi. Pertamanya, waktu tersebut adalah waktu yang amat baik untuk perkembangan otak, paling utama waktu yang tenang untuk munajat.

Waktu tersebut juga waktu optimum untuk penghafazan dan penghafalan.

Setiap malam, sebelum tidur, Hakimy dan Hafidz akan membaca doa sesama mereka sendiri, iaitu Hakimy akan mendoakan Hafidz dan Hafidz akan mendoakan Hakimy, manakala sementara Khadijah masih bayi lagi, abang-abangnya mendoakannya. Mereka akan bersalaman dan berpelukan sesama sendiri usai bersalaman dan berpelukan dengan papa mama mereka. Kerana mereka dididik, Hari Esok Bukan Milik Kita iaitu sentiasa bersedia menghadapi mati.

Didikan secara mahabah dan hikmah itu penting dalam memupuk jiwa yang bebas merdeka daripada Syirik dan Kemurkaan ALLAH.

‪Firman Allah سبحانه وتعالى:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ

“Wahai orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya ialah manusia dan batu (berhala);” (Surah at-Tahrim ayat 6).

Dalam orang lain sibuk mengejar dunia dan bercita2 besar merubah negara.. Tahniah dan Syabas kepada Ustaz Wan Asrul dan isteri kerana berjaya membentuk ‘negara diri’ dan ‘negara keluarga’ ke arah rumah tangga dan keluarga yang Sakinah Mawaddah Warahmah dan sewajarnya memperolehi keredhaan Allah سبحانه وتعالى.

Sebagai renungan buat semua…

Sudahkah antum melaksanakan amanah yang sepatutnya sebagai seseorang ayah dan ibu kepada anak2 sebagaimana dituntut syarak. Jika antum tergolong dalam golongan pendera dan mengabaikan tanggung jawab ketua keluarga, sanggup dan lakyakkah anda menerima sebagaimana doa berikut daripada anak2 yang akan dibaca di sepanjang hayat mereka:

“Ya Allah! Dikau peliharalah kedua ibubapaku, dan Dikau kasihi mereka sepertimana mereka mengasihaniku di waktu daku masih kecil.” 

.

.

والله أعلم بالصواب

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: