Mengangkat Martabat Guru

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

GURU.

Allah سبحانه وتعالى telah mengangkat martabat seorang guru yang benar-benar ikhlas menyampai ilmu Allah سبحانه وتعالى dan penyambung tugas para nabi.

Oleh itu guru perlulah melaksanakan tugas yang mulia ini dengan tulus ikhlas dan seamanah mungkin sesuai dengan kemulian yang diberikan oleh Islam. Bukan melaksana tanggungjawab tersebut  sekadar untuk mendapatkan gaji semata-mata.

Al-Mawardi di dalam Kitab Adab Ad-Dunia wa Ad-Din (m/s:99)  menyebut:

ومن آدابهم : أن يقصدوا وجه الله بتعليم من علَّموا، ويطلبوا ثوابه بإرشاد من أرشدوا، مِن غير أن يعتاضوا عليه عوضا، ولا يلتمسوا عليه رزقا.

“Antara adab-adab mereka (guru) adalah menjadikan matlamat mendapat keredhaan Allah dengan mengajar sesiapa yang mereka ajar, mengharapkan ganjaran Allah dengan memberi tujuk ajar kepada mereka yang diberi tunjuk ajar tanpa mengharapkan gantian (daripada orang) dan mengharapkan rezeki daripadanya.”

.

.

4 Martabat Guru

.

Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:

1. Mudarris

Mudarrisbermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.

2. Mu’allim

Mu’allim bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.

3. Mursyid

Mursyidbermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Murabbi

Murabbibermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.

.

.

Guru Mesti Ada Sikap Mengajar (Mu’allim) Dan Mendidik (Murabbi)

.

Satu contoh yang cukup baik telah Rasulullah tunjukkan berkenaan dengan seorang Arab Badawi yang kencing di dalam masjid. Ramai dari para sahabat Baginda naik marah pada ketika itu. Tapi Rasulullah dengan tenangnya melarang para sahabat daripada bertindak ke atas orang Arab Badawi itu dan Baginda membiarkannya kencing sampai selesai.

Ulama telah membahaskan tentang hadis ini dengan menyebut tiga hikmah Rasulullah telah tunjukkan pada kejadian itu:-

1. Rasulullah membiarkan Arab Badawi itu kencing sampai habis kerana kalau ditegur Arab Badawi itu, tentu dia terkejut dan akan terus lari, tentu saja air kencingnya akan tersebar diseluruh masjid itu. Jadi baginda biarkan dia kencing setempat dan najis itu tidak mengotori ke seluruh masjid.

2. Kalau ditegur akan menyebabkan Arab Badawi itu terkejut dan akan terhenti dari terus kencing, Jadi akan menyebabkan kerosakan pada pundi kencing.

3. Rasulullah mahu menunjukan pada semua sahabat ketika itu cara membasuh air kencing (najis) itu tadi.

Maka di sini jelas sikap Rasulullah antaranya :-

1. Sabar dengan kerenah manusia dan baginda berjaya mententeramkan keadaan ketika itu.

2. Rasulullah mendidik sahabat supaya sabar dan jangan terlalu gopoh di dalam apa-apa tindakan.

3. Kemudian Rasulullah mengajar ilmu fekah pada semua sahabat pada ketika itu.

.

Rasulullah  bersabda: “Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya.” (Hadis Riwayat Abu Hurairah)

 

Dan sabda Rasulullah lagi:

كلكم راع وكلكم مسؤل عن رعيت

“Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu ditanya berkaitan dengan tanggungjawabnya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

Selamat Hari Guru  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: