Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Mangkat

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

kemangkatan sultan azlan shah.

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un. Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu.

Takziah kepada kerabat diraja negeri Perak dan rakyat negeri Perak serta Malaysia amnya. Paduka Seri Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbudiin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzudin Shah Ghafarullahu-Lah telah kembali menghadap Ilahi. Baginda mangkat pada jam 1.30 petang semalam di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

 

Almarhum meninggalkan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta seorang putera dan tiga orang puteri.

Sultan Azlan diputerakan pada 19 April 1928, di Batu Gajah kembali ke rahmatullah pada usia 86 tahun selepas memerintah negeri Perak selama tiga dekad (30 tahun). Dimahkotakan sebagai Raja Muda Perak pada 1 Julai 1983 dan dimasyhurkan sebagai Sultan Perak pada 3 Februari 1984 selepas kemangkatan Sultan Idris Shah.

Almarhum baginda yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara memperoleh pendidikan awal di Government English School, Batu Gajah yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf, Batu Gajah.

Baginda kemudiannya meneruskan pelajaran peringkat menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom.

Pada tahun 1953, baginda mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan seterusnya sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln”s lnn pada 23 November 1954.

Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, dilantik pada 26 April 1989 hingga 25 April 1994.

Sejarah hidup Sultan Azlan Shah baik dari pendidikan, kerjaya dan kepimpinan begitu cemerlang sejak dari usia muda lagi. Keadilan Baginda juga amat menghormati dan menyanjung alim-ulamak dan para mufti. Sikap dan keadilan Baginda terserlah ketika dilantik menjadi ketua hakim Negara sebelum diangkat menjadi Sultan Perak dan seterusnya menjadi Yang Di Pertuan Agong Malaysia.

Semasa hayat Almarhum, Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki dan memegang pelbagai jawatan penting antaranya Presiden Persatuan Hoki Malaysia (PHM), Presiden Hoki Asia dan Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Jenazah baginda kini disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.

Istiadat penghormatan terakhir dimulakan dengan kumpulan orang awam dari pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi sebelum disusuli orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan asing dari 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari.

Ini diiikuti Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua Negeri, Ketua Negara dan Ketua Kerajaan dari 1.30 tengah hari hingga 2.15 petang.

Almarhum akan dimakamkan petang ini di Makam Diraja Kuala Kangsar, selepas solat Asar hari ini.

.

إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un

“Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali.”

.

Al-Fatihah… Semoga roh Almarhum Sultan Perak tenang bersemadi dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan golongan solehin serta mohon Allah سبحانه وتعالى mencucuri rahmat ke atas mereka.

Aminnn..

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.
.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: