Puasa Ramadhan 15 Jam Dengan Suhu 50 Darjah Celcius Di Tanah Suci

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Pengunjung ke Tanah Suci dan penduduk Arab Saudi di jangka bakal berhadapan dan menjalani ibadah puasa Ramadhan tahun ini selama 15 jam dengan suhu paling panas melebihi 50 darjah Celsius (500C).

Suhu ini adalah yang tertinggi pernah direkodkan sejak 25 tahun lalu, iaitu pada musim Ramadhan 1989 iaitu 49.80C (49.8 darjah Celsius).

Umat Islam menjalani ibadah puasa Ramadhan dalam suhu panas, 450C tahun lalu. - AGENSI

Umat Islam menjalani ibadah puasa Ramadhan dalam suhu panas, 450C tahun lalu. – AGENSI

.

Laman web Arab News melaporkan, kawasan yang dijangka dilanda cuaca panas terik ialah Mekah, Madinah, Yanbu, Riyadh dan Dammam.

Umat Islam yang berada di kawasan berkenaan bakal berpuasa selama 15 jam, sebelum menurun kepada 14 jam 40 minit pada penghujung bulan suci berkenaan.

Jurucakap Jabatan Meteorologi dan Alam Sekitar, Hussain Al-Qahtani memberitahu bahawa suhu ketika Ramadhan akan terus tinggi berikutan tekanan rendah di Semenanjung Arab dan keadaan cuaca panas yang melanda di seluruh Asia Barat.

Al-Qahtani berkata “Suhu dijangkakan antara 45 hingga 50 darjah Celsius dijangka melanda Makkah, 42 hingga 47 di Madinah, 44 hingga 47 darjah Celcius di Riyadh dan Wilayah Tengah.”

“Sementara itu suhu sehingga 50 darjah Celsius diramalkan melanda Wilayah Timu Arab Saudi, 39 hingga 45 darjah Celsius di Wilayah Sempadan Utara dan 42 hingga 46 darjah Celsius di Wilayah Selatan Arab Saudi,” jelas Hussain.

Beliau berkata, “Sebelum ini Makkah mencatat rekod suhu paling panas 49.8 darjah Celsius pada 1 Julai 1989, Madinah 49 darjah Celsius pada 20 Julai 2005, Riyadh 28 darjah Celsius pada 25 Julai 1987 dan Damman 50 darjah Celsius pada 28 Julai 2007.”

.

Umat Islam yang berada di Arab Saudi pada musim Ramadhan tahun ini diingatkan untuk bersiap sedia berhadapan dengan cuaca panas tersebut. Terutama mereka yang menunaikan ibadah Umrah Ramadhan dinasihatkan agar tidak terdedah terlalu lama di kawasa terbuka dan banyak meminum air zam-zam sambil mendoakan kesejahteraan diri dan umat keseluruhannya.

.

والله أعلم بالصواب

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: