Pertikaian Kalimah Allah Selesai: Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan The Herald

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

makamah tolak kristian k.

Alhamdulillah… syukur.. pertikaian dan perebutan pengunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Katolik, The Herald sejak tahun 2009 berakhir apabila Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Geraja Katolik untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober tahun lalu, yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, The Herald hari ini.

 

Keputusan dibuat selepas mendengar penghujahan pihak Gereja Katolik dan kerajaan serta majlis agama Islam pada 5 Mac lalu.

Dalam penghakiman tujuh panel yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria itu mencapai keputusan majoriti 4-3, empat hakim menolak permohonan rayuan Geraja Katolik, manakala tiga lagi menyokong. Difahamkan ini kali pertama panel sebesar itu mendengar sesuatu permohonan rayuan.

Empat hakim yang menolak permohonan Gereja Katolik adalah Arifin, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin; dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar

Sementara hakim yang menyokong rayuan adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zainun Ali; dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Peguam yang mewakili pihak kerajaan, Datuk Zainol Rijal Abu Bakar berkata, keputusan dibuat selepas panel hakim meneliti 28 persoalan yang dikemukakan kepada Mahkamah Pesekutuan untuk dijawab.

“Selepas penelitian dibuat terhadap 28 persoalan itu, majoriti hakim berpendapat, permohonan Gereja Katolik untuk merayu tidak memenuhi Seksyen 96 untuk permohonan mereka didengar,” jelas Zainol Rijal yang ditemui selepas prosiding mahkamah selesai.

Dalam menolak permohonan itu, Arifin berkata keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung keputusan pengharaman penerbitan berkenaan adalah sah di sisi undang-undang dan munasabah. Tambah beliau, Md Raus, Zulkefli dan Suriyadi sudah membaca serta bersetuju dengan penghakimannya.

Sehubungan itu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan The Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan versi bahasa Malaysia.

Keputusan yang diumumkan pada kira-kira 10.15 pagi itu disambut dengan penuh syukur kira-kira 300 penganut Islam yang berhimpun di pekarangan Istana Kehakiman di sini sejak seawal tujuh pagi.

 .

.

Kronologi Kes

.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula apabila :

1)      Pada 16 Februari 2009 pihak Gereja Katolik diketuai Archbishop Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

2)      Gereja Katolik menuntut, antara lain satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Katolik, The Herald adalah tidak sah dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

3)      Akhbar mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Melayu namun pihak kerajaan dan majlis agama Islam berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.

4)      Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Melayu, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

5)      Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Herald.

6)      Pada Julai 2013, Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan majlis agama Islam dan pihak kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Herald

7)      Pada 22 Ogos 2013 Mahkamah Rayuan menolak permohonan berkenaan sekaligus membenarkan pihak majlis agama Islam dan kerajaan meneruskan rayuan.

8)      Pada 15 Oktober 2013 panel hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh membuat keputusan menghalang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah selepas mendengar hujah rayuan pihak kerajaan dan beberapa majlis agama Islam negeri pada 10 September 2013.

9)      Pada 5 Mac 2014, panel tujuh hakim diketuai Tun Arifin Zakaria menangguhkan keputusan permohonan itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

10)   23 Jun 2014, Mahkamah Persekutuan menolak kebenaran Gereja Katolik untuk merayu terhadap keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam mingguan The Herald.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Kalimah Allah: Mahkamah Persekutuan Tangguh Keputusan  (Klik Di Sini)
  2. Mahkamah Rayuan – Gereja Katolik TIDAK BOLEH GUNA Kalimah ‘Allah’ Dalam Herald  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: