Dibolehkan Berpuasa Selepas Nisfu Syaaban (15 Syaaban)

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Puasa Syaaban-SQ.

Masih ramai yang meragui untuk berpuasa selepas Nisfu Syaaban (15 Syaaban) tetapi yakinilah bahawa ianya dibolehkan terutamanya kepada mereka yang masih belum melangsaikan hutang puasanya. Rasulullah ﷺ sendiri berpuasa pada kebanyakan harinya di bulan Syaaban dan Baginda ﷺ meneruskan dengan berpuasa di bulan Ramadhan.

 

Tetapi bagaimana dengan hadis berikut:

Dari Abu Hurairah ra, katanya: “Rasulullah ﷺ bersabda:

إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلاَ تَصُومُوا

“Apabila telah tertinggal separuh dari bulan Syaaban, maka janganlah kamu berpuasa.”

(Hadith Riwayat at-Tirmizi no. 738 dan Abu Daud no. 2337)

Dalam lafaz yang lain,

إِذَا كَانَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانَ فَأَمْسِكُوا عَنِ الصَّوْمِ حَتَّى يَكُونَ رَمَضَانُ

“Jika telah masuk separuh bulan Syaaban, maka tahanlah diri daripada berpuasa (tidak ada puasa) sehingga tibanya bulan Ramadhan.”

(Hadith Riwayat Ahmad)

 .

At-Tahawi menyatakan bahawa hadis larangan berpuasa setelah separuh Syaaban adalah hadis yang mansukh (sudah dihapus). Bahkan At-Tahawi menceritakan bahawa telah ada ijma’ (kesepakatan ulama) untuk tidak beramal dengan hadis tersebut. Dan kebanyakan ulama memang tidak mengamalkan hadis tersebut.

Al-Atsrom berkata: “Hadis larangan berpuasa setelah separuh bulan Syaaban bertentangan dengan hadis lainnya. Ini kerana Rasulullah sendiri berpuasa di bulan Syaaban seluruhnya (kebanyakan harinya) dan Baginda meneruskan dengan berpuasa di bulan Ramadhan.”

.

Hadis-hadis di atas adalah hadis yang syadz, bertentangan dengan hadis yang lebih kuat. Hadis tersebut dianggap mungkar oleh mereka dan bertentangan dengan hadis yang melarang berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan.

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: “Tidak pernah Nabi itu berpuasa dari sesuatu bulan lebih banyak daripada Syaaban, kerana Baginda itu berpuasa dalam bulan Syaaban itu seluruhnya.” Dalam suatu riwayat disebutkan: “Baginda itu berpuasa dalam bulan Syaaban, melainkan sedikit sekali yang tidak (iaitu sebahagian besar dalam bulan ini dia berpuasa).” (Muttafaq ‘alaih)

 .

Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda,

لاَ تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ

“Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari atau dua hari berpuasa kecuali jika seseorang memiliki kebiasaan berpuasa, maka berpuasalah.”

(Hadith Riwayat Muslim no. 1082)

 .

Hadis daripada riwayat Bukhari dan Muslim, berbunyi: “Janganlah salah seorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari. Kecuali seseorang yang berpuasa dengan satu puasa (adat kebiasaannya) maka berpuasalah pada hari itu.”

[Sahih Bukhari (hadis no:1914), Sahih Muslim (hadis no:2514)].

 .

Larangan dua hadis terakhir di atas menunjukkan bolehnya berpuasa selepas 15 Syaaban.

Imam as-Syaukani ketika membincangkan masalah ini dalam ‘Nailul Authar’ berkata: ”Jumhur ulama membolehkan dan tidak melarang puasa selepas Nisfu Syaaban (selepas 15 Syaaban) kerana hadis yang melarangnya adalah dhaif.”

Begitu juga kata syaikh al-Muhaddith Dr. Mahir Yasin al-Fahl dalam ‘Athar Ilal hadis fi ikhtilaf fuqaha’, menyatakan: “Mazhab jumhur inilah yang paling kuat [rajih], tiadanya makruh serta dibolehkan berpuasa pada bahagian kedua Syaaban (selepas 15 Syaaban) kerana dhaifnya hadis al-A’laa…”

Oleh itu tidak ada masalah untuk berpuasa selepas pertengahan Syaaban dan dibolehkan puasa di antara 16 hingga 28 Syaaban kerana hadis larangan tersebut termasuk hadis lemah, apatah lagi jika pelakunya ingin mengqadhakan puasa wajibnya atau sememangnya telah menjadi kebiasaannya berpuasa.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: