Marhaban Ya Ramadhan.. Niat Puasa Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Dikesempatan ini ana ingin mengucapkan Selamat Berpuasa pada semua umat muslimin dan muslimat di seluruh dunia walau di mana antum berada. Buat adik2 dan saudara muslim yang baru hendak belajar berpuasa tahun ini supaya lebih tabah dan gigih menghadapi cabaran nafsu, ditambah dengan cuaca kering dan berjerubu yang melanda di sepanjang bulan Ramadhan ini.

Sebelum mula berpuasa esok, bolehlah dibaca ‘Doa Akhir Syaaban dan Doa Awal Ramadhan’ (klik di sini) Maghrib nanti dan jangan pula tidak bersahur serta membaca niat puasa pada malamnya. Banyak fadhilat yang boleh diperolehi apabila kita makan sahur. Tetapi jangan makan sahur aje, niat puasa pun kena baca juga. Bangun sahur tak semestinya kita telah berniat untuk puasa, kekadang bangun hanya untuk makan saja tanpa terlintas di hati untuk berpuasa keesokannya.

Selepas Maghrib nanti sudah boleh berniat untuk puasa esok harinya. Mengikut Mazhab Shafie, niat puasa perlu dibuat setiap hari bermula daripada waktu Maghrib sehingga ke akhir waktu Imsak. Namun begitu kita juga digalakkan untuk berniat puasa sebulan penuh Ramadhan sebagaimana mazhab lain, sebagai langkah berhati2 jika kita terlupa membacanya pada setiap malam.

Di sini ana paparkan bacaan lafaz niat berpuasa untuk sebulan dan harian sebagai rujukan kita bersama. Manalah tahu kalau2 ada yang sudah terlupa dan bagi panduan mereka yang baru mula belajar puasa.

.

.

NIAT PUASA RAMADHAN

.

  1. SYARAT NIAT PUASA

 

a)      Niat adalah lintas qolbu, tetapi sebagai pengukuhan ia boleh dilafazkan.

b)      Ketika berniat, mesti ditentukan jenis puasanya seperti puasa wajib (fardhu) Ramadhan.

c)      Waktu berniat puasa ialah selepas terbenam matahari sehingga sebelum Subuh.

d)     Tidak sah niat puasa fardhu jika serentak dengan ketibaan waktu fajar.

e)      Lebih afdal, jika niat dibuat pada setiap malam untuk setiap hari puasa yang dilakukan.

f)       Diharuskan untuk berniat sebulan puasa Ramadhan yang dilakukan pada malam pertama Ramadhan.

g)      Tanpa niat, puasa wajib seperti nazar dan Ramadhan adalah tidak sah.

.

.

  1. LAFAZ NIAT PUASA:

.

Lafaz-Niat-Puasa-harian-n-sebulan-Ramadhan-SQ-14

.

.

Rasulullah ﷺ bersabda: “Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah S.W.T. (maksudnya) : “Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku.” Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

.

Selamat Berpuasa….

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Doa Melihat Anak Bulan  (Klik Di Sini)
  2. Doa Akhir Syaaban dan Doa Awal Ramadhan  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

.

Advertisements

One response to this post.

  1. Posted by HijrahToJannah on 28/06/2014 at 11:08 pm

    Alhamdulillah..jazakallahu khaira…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: