Kadar Zakat Fitrah 2014/ 1435H Mengikut Negeri Di Seluruh Malaysia

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

zakat 1.

Kadar bayaran zakat fitrah Tahun 2014/1435H yang telah ditentukan mengikut negeri di seluruh Malaysia masih sama di kebanyakan negeri sebagaimana kadar zakat fitrah pada tahun lalu dan tahun sebelumnya (2012 dan 2013). Cuma ada sedikit kenaikan iaitu Antara 20 sen hingga 70 sen di lima negeri iaitu di negeri Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu dan Sarawak.

.

Kadar zakat fitrah Tahun 2014/1435H tersebut boleh dilihat pada jadual berikut:

.

Kadar Zakat Fitrah 2014-1345H

.

Kadar yang ditetapkan adalah berdasarkan harga beras gred super tempatan 15% – (RM1.80/kg), 10% dan 5% hancur (Beras Nasional)

.

Umat Islam yang mahu membayar fitrah dengan beras pula, kadar yang ditetapkan ialah 2.97 cupak Malaysia atau 2.60kg bagi tiap seorang.

.

.

Berzakat

.

Firman Allah  سبحانه وتعالى:

وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَۚ وَمَا تُقَدِّمُوا۟ لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّـهِۗ إِنَّ ٱللَّـهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ ﴿١١٠

“Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu lakukan.”

.

Zakat Fitrah mempunyai maksud dan hikmah yang tersendiri. Islam mensyariatkan zakat fitrah, agar setiap orang yang berpuasa dapat menghayati watak sebenar manusia yang mahu kembali kepada fitrah.

Apabila berpuasa, maka umat Islam dididik untuk menghayati erti kesusahan, kelaparan dan menginsafi kehidupan dan zakat fitrah seolah-olah menjadi kemuncak kepada menghayati kesusahan dan erti kelaparan itu.

Ramadhan wajib dilunasi dengan memberikan sedikit kekayaan yang dimiliki kepada orang miskin yang hakikatnya sentiasa merasai keperitan, dan itulah namanya zakat fitrah.

Sebab itulah, orang yang berpuasa dengan sepenuh hati, maka mereka akan benar-benar memahami kewajipan zakat fitrah ini dan akan segera menunaikannya, demi mendapat ganjaran besar di sisi Allah سبحانه وتعالى.

.

Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah ﷺ telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (riwayat Abu Daud).

.

.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

.

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1)      Waktu Wajib

Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan (29 atau 30 Ramadhan) sehingga terbit matahari esoknya.

2) Waktu Paling Afdal

Sebelum solat Hari Raya Aidil Fitri.

3) Waktu Sunat

Sepanjang bulan Ramadhan.

4) Waktu Makruh

Selepas solat Hari Raya Aidil Fitri sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

5) Waktu Haram

Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qadha. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

.

Antum digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

.

“Rasulullah mewajibkan Zakat Fitrah kerana ia membersihkan kekotoran (dosa) orang-orang yang berpuasa dan memberi makanan (juadah) kepada orang-orang miskin, dan sesiapa menunaikannya (Zakat Fitrah) sebelum solat hari raya, maka ia adalah zakat yang diterima dan sesiapa yang menunaikannya (Zakat Fitrah) selepas solat hari raya, ia menjadi sedekah-sedekah biasa (bukan Zakat Fitrah).” (Hadith Riwayat: Abu Daud & Ibnu Majah)

.

.

Selamat menunaikan tanggungjawab wajib kepada Allah سبحانه وتعالى dan sesama insan.Semoga entery dan info ini dapat membantu dan memudahkan antum untuk menunaikan kewajipan membayar zakat tahun  ini.

.

Abu Hurairah r.a. mengatakannya bahawa seseorang datang kepada Nabi ﷺ lalu berkata, “Tunjukkan kepadaku amal yang apabila saya amalkan, maka saya masuk syurga.” Baginda ﷺ menjawab, “Kamu menyembah Allah سبحانه وتعالى, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, mendirikan solat fardhu, menunaikan zakat yang diwajibkan, dan berpuasa pada bulan Ramadhan.” Ia berkata, “Demi Zat yang diriku berada dalam genggaman-Nya (kekuasaan-Nya), saya tidak menambah atas ini.” Ketika orang itu berpaling, Nabi ﷺ bersabda, “Sesiapa yang ingin melihat seseorang dari penghuni syurga, maka lihatlah orang ini.”

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Lafaz Ijab Dan Qabul Bagi Zakat Fitrah  (Klik Di Sini)
  2. Doa Ketika Berzakat  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: