Panduan Puasa Menurut Ulama

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Adab puasa di bulan Ramadhan.

Banyak panduan puasa menurut ulama telah disebarkan sejak sekian lama. Tujuan ibadat puasa ialah untuk melahirkan mukmin yang bertakwa kepada Allah سبحانه وتعالى. Ibadah puasa turut telah difardhukan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada umat terdahulu bersesuaian dengan keadaan masyarakat pada zaman itu.

 

Firman Allah سبحانه وتعالى:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

.

.

Panduan Menjalani Ibadah Puasa

.

Puasa yang paling berkesan ialah puasa yang mengikut segala adab yang telah digariskan oleh ulama Islam. Di antaranya adalah:

1.   Menahan diri dari makan dan minum di siang hari sepanjang Ramadhan.

  1. Menjauhkan diri daripada bercumbuan-cumbuan dengan isteri pada siang hari Ramadhan.
  2. Menunaikan solat lima waktu sehari semalam secara berjemaah.
  3. Menjaga lisan daripada mengeluarkan kata-kata kotor dan keji seperti fitnah, mengumpat, memaki hamun, mencarut dan bercakap perkara yang sia-sia.
  4. Memperbanyakkan bacaan al-Quran, selawat dan berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى.
  5. Menjaga telinga supaya tidak mendengar kata-kata umpatan, nista, tuduhan palsu dan ucapan yang merangsangkan seks.
  6. Menjaga mata dari melihat perempuan yang halal berkahwin dengannya dan daripada menonton filem-filem dan rancangan yang tidak senonoh di pawagam, TV dan internet.
  7. Menjaga tangan dari memegang sesuatu yang haram seperti memegang bahu perempuan dan serta video dan gambar lucah.
  8. Menjaga perut dari makanan yang berlebihan walaupun halal dan mengelakkan dari makanan yang haram dan dari pendapatan yang tidak bersih.
  9. Menjaga alat kelamin supaya tidak menggunakannya kepada sesuatu yang diharamkan oleh syariat seperti melakukan onani dan lain-lain kecuali kepada isteri sahaja pada malam hari bulan Ramadhan.
  10. Menjaga kaki supaya tidak pergi ke tempat-tempat maksiat, kerana kaki akan disoal nanti mengenai apa yang dilakukannya sepanjang hidup di dunia.
  11. Membulatkan tekad untuk beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى dan hanya mengharapkan keredhaanNYA semata-mata.

.

.

Puasa Perisai Terbaik Bentuk Disiplin Diri

.

Keutamaan puasa ialah sebagai perisai kepada diri seseorang. Puasa mampu melenyapkan nafsu amarah dan memecahkan kubunya yang ada pada anggota mulut, mata, telinga lidah, faraj (kemaluan) dan anggota lain.

.

Rasulullah ﷺ bersabda: “Setiap amalan baik dibalas baik dengan 10 kali ganda hingga 700 kali ganda. Allah سبحانه وتعالى berfirman, “Ibadah puasa adalah untuk-Ku dan Aku yang membalasnya.” Ibadah puasa adalah perisai yang boleh menahan seseorang daripada api neraka dan demi bau mulut orang yang berpuasa terlebih baik di sisi Allah daripada bau kasturi dan jika dilakukan perbuatan jahat oleh seorang jahil terhadap salah seorang daripada kamu, sedangkan dia sedang berpuasa, hendaklah dia berkata, “Sesungguhnya aku seorang yang sedang berpuasa, aku seorang yang sedang berpuasa.” (Riwayat Tirmizi).

.

Puasa akan melemahkan segala anggota itu yang mempunyai keinginan untuk menurut hawa nafsu. Apabila perut lapar, segala anggota menjadi kenyang dan begitulah sebaliknya apabila perut kenyang segala anggota menjadi lapar. Ibadah puasa juga akan melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin, kerana kelaparan sifatnya digambarkan kepada orang miskin.

.

Puasa yang sebenar dan berkesan serta diterima oleh Allah سبحانه وتعالى ialah puasa yang memerlukan kepada pengiltizaman terhadap syarat, adab dan rukun yang telah digariskan sepenuhnya oleh syariat Islam.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: