Solat Sunat Tarawih 10 Rakaat

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Terdapat riwayat yang masyhur yang menyatakan mengenai bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang dilakukan oleh Baginda ﷺ adalah sebanyak sebelas rakaat ataupun tiga belas rakaat termasuk Solat Witir. Bilangan ini berdasarkan kepada sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

Daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman, menyatakan bahawa beliau pernah bertanya kepada Saidatina Aishah rha, “Bagaimanakah solat Rasulullah pada bulan Ramadhan?” Lalu Aishah menjawab, “Baginda tidak menambah pada bulan Ramadhan dan selainnya melebihi sebelas rakaat.” Dan di dalam riwayat yang lain, “Bahawasanya Baginda ﷺ mendirikan solat sebanyak 13 rakaat, kemudian melaksanakan Solat Sunat Fajar apabila mendengar azan berkumandang.”

Imam At-Tirmizi berkata di dalam kitabnya (Riwayat At-Tirmizi); “Dan bilangan rakaat yang paling banyak diriwayatkan daripada Nabi ﷺ dalam mendirikan solat malam adalah sebanyak 13 rakaat bersama witir dan yang paling sedikit pula adalah sebanyak 9 rakaat.”  (Hadis Riwayat At-Tirmizi, m.s 133)

.

.

Solat Tarawih 10 Rakaat

 .

Jabatan Mufti Negeri Sembilan pernah dan sudah pun mengeluarkan sebuah buku dan risalah mengenai panduan dan dalil keharusan Solat Sunat Tarawih 10 rakaat ini.

 .

Selain dari hadis di atas terdapat banyak riwayat yang menggalakkan Solat Sunat Tarawih. Di antaranya adalah:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمر فيه بعزيمة فيقول ، من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه 

Maksudnya : “Adalah Rasulullah menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadhan tetapi tidak mewajibkannya. Baginda bersabda sesiapa bangun pada bulan Ramadhan (mengerjakan Solat Tarawih) dengan rasa iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”

.

.

CARA MELAKUKAN SOLAT

Cara melakukan Solat Sunat Tarawih 10 rakaat sama seperti solat sunat yang lain.  Dan Waktu Solat Sunat Tarawih ialah bermula sebaik selesai solat Isyak hingga terbit fajar Subuh.

Solat Sunat Tarawih lebih afdhal dilaksanakan 2 rakaat demi 2 rakaat dengan setiap dua rakaat satu salam. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah ﷺ: “Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.” (Riwayat Jamaah)

.

.

1.  Lafaz Niat

     Lafaz dan niat Solat Sunat Tarawih ialah:

.

.

.

2.  Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih

     Setelah selesai melakukan solat fardhu dan solat sunat Ba’diyah Isyak, maka bolehlah dimulakan Solat Sunat Tarawih dengan bacaan-bacaan seperti di bawah.

.

.

3.  Bilal memulakan Solat Sunat Tarawih 10 rakaat dengan menyeru:

صَلاَةَ الْقِيَامِ أَثَابَكُمُ الله

 .

Dan secara beramai-ramai jemaah menjawab:

لاَ اِلَهَ إِلاَّ الله

.

.

4.  Imam memulakan Solat Sunat Tarawih dua rakaat.

     Dalam solat pertama ini, bacaan surah selepas al-Fatihah adalah:

a)      Rakaat pertama: Surah al-Humazah (1x)

b)      Rakaat kedua: Surah al-Ikhlas (3x)

 .

.

5.  Bilal atau imam menyebut kalimah istighfar :

أَسْتَغفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ اِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيـُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيهِ

 .

Ramai-ramai membalas:

لاَ اِلَهَ إِلاَّ الله

.

.

6.  Menyambung Solat Sunat Tarawih dua rakaat lagi dan seterusnya seperti yang ditunjukkan pada rajah panduan di bawah:

.

Solat Tarawih 10 Rakaat SQ

Panduan Solat Sunat Tarawih 10 rakaat ini dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

.

.

7.  Membaca doa selepas solat Tarawih

.

DOA SELEPAS SOLAT TARAWIH   (Klik Di Sini)

.

.

8.  Diteruskankan dengan mendirikan Solat Sunat Witir tiga rakaat dua salam seperti rajah panduan di atas.

.

9. Berzikir ringkas dan membaca doa witir.

.

.

Solat Sunat Tarawih 10 rakaat ini sering menjadi perselisihan tentang dalil pelaksanaannya. Berapa pun bilangan solat Terawih sama ada 8, 10 atau 20 rakaat ia bukanlah perintah qat’ei (kemestian). Kita harus menghormati kesemua pendapat tersebut kerana ianya hanyalah isu khilafiah yang tidak perlu dipertengkarkan.

Apa yang penting adalah cara pelaksanaan Solat Sunat Tarawih dan Witir. Sebenarnya Solat Tarawih ini dinamakan ‘Tarawih’ kerana ianya hendaklah dilakukan dalam keadaan tenang, berrehat-rehat dan santai. Oleh kerana itu, perlulah diperbaiki kaedah dan kelajuan dalam setiap rakaatnya.

.

والله أعلم بالصواب

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: