Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal Menurut 4 Mazhab

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

puasa enam syawal menurut 4 mazhab.

Ketibaan bulan Syawal ini menandakan kemenangan dan kembalinya umat Islam kepada fikrah asal manusia. Di sini ana kongsikan serba sedikit beberapa pandangan berkaitan amalan puasa enam hari di bulan Syawal menurut 4 mazhab yang sentiasa menjadi perbualan dan amalan  umat Islam pada setiap tahun.

 

Fadhilat atau keutamaan puasa enam hari dalam bulan Syawal adalah sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad ﷺ: “Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun.” (Hadis Riwayat Muslim)

Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh juga dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari di dalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

Jumhur fuqaha baik dari kalangan Al-Malikiyah, Asy-Syafi’iyah mahupun Al-Hanabilah semua sepakat mengatakan bahawa puasa 6 hari di bulan Syawal itu hukumnya sunnah. Meskipun mereka berbeza pendapat tentang cara melakukannya.

.

.

  1. Mazhab Asy-Syafi’iyah

.

Al-Imam Asy-Syafi’i dan sebahagian fuqaha Al-Hanabilah mengatakan bahawa afdhalnya puasa 6 hari Syawal itu dilakukan secara berturut-turut selepas hari raya Iedul Fitri. Dan seafdhalnya menurut mazhab ini, puasa Syawal dilakukan mulai tarikh 2 hingga 7 Syawal. Dengan alasan agar jangan sampai timbul halangan apabila ditangguh-tangguh.

Sesetengah masyarakat Muslim pula mempunyai kebiasaan puasa Syawal 6 hari berturut-turut sejak dari 2 Syawal sehingga wujud lagi satu hari raya pada tarikh 8 Syawal. Hakikatnya tiada perayaan pada tersebut kecuali cuma adat kebiasaan dan amalan masyarakat setempat.

.

.

  1. Mazhab Al-Hanabilah

.

Secara rasmi dikalangan fuqaha Al-Hanabilah tidak membezakan adakah harus berturut-turut atau tidak. Ia tidak sama sekali berpengaruh dari segi keutamaan dan ia boleh dilakukan pada bila-bila saja asalkan masih di dalam bulan Syawal. Tidak ada kemestian untuk berturut-turut, juga tidak ada ketentuan harus sejak dari tarikh 2 Syawal.

Mereka juga mengatakan bahawa puasa 6 hari syawal ini hukumnya tidak mustahak apabila orang yang melakukannya adalah orang yang tidak puasa bulan Ramadhan.

.

.

  1. Mazhab Al-Hanafiyah

.

Manakala dikalangan fuqaha Al-Hanafiyah yang menyokong kesunnahan puasa 6 hari Syawal mengatakan sebaliknya. Mereka mengatakan bahawa lebih utama apabila dilakukan dengan tidak berturut-turut. Mereka menyarankan agar dikerjakan 2 hari dalam satu minggu.

.

.

  1. Mazhab Al-Malikiyah

.

Sementara kalangan fuqaha Al-Malikiyah lebih ekstrim lagi. Mereka mengatakan bahawa puasa itu menjadi makruh apabila dilakukan bergandingan dengan puasa bulan Ramadhan. Hukumnya makruh apabila dilakukan mulai 2 Syawal selepas hari Iedul Fitri. Malah mereka mengatakan bahawa puasa 6 hari itu juga disunnahkan di luar bulan Syawal, seperti 6 hari pada bulan Zulhijjah.

.

.

Penutup

Demikianlah perbezaan pendapat di kalangan 4 mazhab, perkara tersebut terjadi kerana tidak ada satu pun dalil yang menetapkan bagaimana puasa Syawal harus dilakukan dan dengan ketiadaan nash ini memberikan peluang untuk berijtihad di kalangan fuqaha.

Kita boleh menggunakan pendapat yang mana saja, kerana semua merupakan hasil ijtihad para fuqaha dan tentunya mereka amat memahami dalil dan hujjah yang menyokong pendapat mereka.

Dan pelik rasanya kalau kita orang biasa ini yang saling menyalahkan antara sesama kita kerana hak untuk saling menyalahkan tidak pernah ada di tangan kita. Jangankan kita, para ulama besar itu pun tidak pernah saling menyalahkan.

Meskipun mereka saling berbeza pendapat, namun hubungan peribadi di antara mereka sangat erat, mesra dan akrab. Kita tidak pernah mendengar mereka benar-benar ikhlas ini saling mencaci, memaki, atau meperlekehkan pihak lain. Padahal mereka jauh lebih berhak untuk membela pendapat mereka. Namun sama sekali kita tidak pernah mendengar perbuatan yang kotor dan tercela seperti itu.

Hanya orang-orang yang riak dan kurang ilmu sahaja merasa diri mereka pusat kebenaran, malah lebih malang menganggap bahawa orang lain selalu salah dan terpesong. Naudzubillah!

 .

Firman Allah سبحانه وتعالى:

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ ﴿١١

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”  (Surah Al-Hujurat 49; Ayat 11)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: