Ekspresi Jiwa dan Munajat Doa Untuk Palestin di USIM

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Palestin Flag.

Penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin di Gaza ekoran tindakan rejim Zionis mendorong Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan ‘Malam Puisi Gaza: Ekspresi Jiwa dan Munajat Doa Untuk Palestin’ pada 16 Ogos 2012 (Sabtu ini) bagi membangkitkan kesedaran mengenai nasib rakyat negara itu.

 

Majlis yang diadakan buat julung kali pada Sabtu ini bermula pukul 7 hingga 11.30 malam di pekarangan Dewan Besar USIM itu terbuka kepada orang ramai yang turut terkesan terhadap kekejaman tentera Israel di Palestin di samping memberi peluang kepada masyarakat di negara ini bagi bersama-sama merasai keperitan dan kesengsaraan warga Palestin.

Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed berkata, program tersebut diadakan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Persatuan Penulis Nasional (PENA), Aman Palestin, Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Di antara objektif program tersebut adalah bersama-sama melestarikan sifat keprihatinan dalam isu kemanusiaan sejagat, mencari dana dan membantu Tabung Aman Palestin bagi meringankan kesengsaraan rakyat Palestin melalui medium seni sastera dan budaya.

.

.

Pengisian Program

.

Malam Puisi Gaza: Ekpresi Jiwa dan Munajat Doa Untuk Palestin diisi dengan program solat Maghrib, solat sunat Hajat, tazkirah Gaza, deklamasi puisi dan dendangan lagu puisi oleh artis, para penyajak dan aktivis terkenal tanah air.

Pada malam tersebut, selain kumpulan lagu puisi USIM, Karyaperang, persembahan menggabungkan kalangan penggiat sastera dan budaya, aktivis terkenal tempatan dan karyawan seni negara seperti Siso Kopratasa, Nash, Fauzi Marzuki, Khalid Salleh, Ahmad Shukri Abdullah, Haryani Haron dan Shamsudin Othman.

Pendeklamasi jemputan ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad, Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Awang Sariyan dan Pengarah Urusan ITBM, Mohd Khair Ngadiron, katanya.

.

.

Sumbangan kepada Tabung Aman Palestin

.

Tambah Ismail, orang ramai yang hadir pada malam itu boleh menyumbang dana dan program itu akan didokumentasi serta klip-klip video Malam Puisi Gaza: Ekpresi Jiwa dan Munajat Doa Untuk Palestin akan dimuat naik di laman Facebook dan YouTube.

Penonton yang menonton video boleh menekan butang ‘Like’ dan seterusnya menderma dengan menaip Palestin jarak 1, 5 atau 10 kepada Tabung Aman Palestin ke nombor 39111. Nilai 1, 5 dan 10 masing-masing mewakili sumbangan sebanyak RM1, RM5 dan RM10.

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: