Ayat Doa Bagi Menangguh Dan Menghentikan Sementara Haid Wanita

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Ayat dan doa di bawah ini bertujuan untuk menangguh dan menghentikan sementara pusingan haid kaum wanita. Ia boleh digunakan sebagai suatu ikhtiar untuk mengatasi penyakit reproduktif wanita dan bagi kelancaran mengerjakan ibadah Ramadhan mahupun ibadah haji dan umrah.

Sekiranya memang waktu sepatutnya ‘keuzuran’ atau didatangi haid dan ingin melakukan sesuatu ibadah atau berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti perubahan jadual perjalanan dan flight semasa hendak menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Maka bolehlah diikhtiarkan membaca dan mengamalkan doa berikut:

.

.

A.  Doa

.

Doa dan ikhtiar bagi menangguh dan menghentikan sementara haid wanita.

.

doa ikhtiar henti haid 1

.

.

.

B.  Bacaan Ayat dan Surah

 .

Baca ayat-ayat berikut setiap satunya sekali:

.

.

 1)  Ayat pertama, surah Al-Masad (Al-Lahab) : 

.

doa ikhtiar henti haid 2

.

.

2)  Baca dari ayat 38, Surah Yaasin :

 .

doa ikhtiar henti haid 3

.

.

3)  Baca sebahagian dari ayat 44, Surah Hud :

 .

doa ikhtiar henti haid 4

.

.

4)  Baca sekali Surah Al-Ikhlas : Ayat 1 – 4

.

doa ikhtiar henti haid 6

 .

.

5)  Baca Selawat Nabi :

.

doa ikhtiar henti haid 7

.

.

Doa penahan dan ayat-ayat di atas boleh juga digunakan untuk menahan darah akibat luka/ kemalangan, tumpah darah yang tiada henti, cirit-birit, muntah-muntah dan sebagainya.

.

.

.

C.  Waktu Masa Membacanya

 .

Doa dan ayat-ayat di atas boleh dibaca ketika:

 .

  1. Selepas kedatangan haid terakhir.
  2. Sewaktu dijangka haid akan tiba.
  1. Setiap kali selepas solat fardhu 5 waktu.
  1. Apabila hendak berangkat ke Tanah Suci.
  1. Sepanjang berada dalam ihram.

 .

.

.

 D.  Cara Mengamalkannya:

 .

  1. Apabila selesai membaca ayat 1, 2 dan 3, tekankan lidah ke lelangit, tarik nafas dan tahan selama 5 saat sambil berdoa (mohon dihentikan sementara haid sehingga selesai ibadah haji / umrah) lalu dihembuskan ke dalam air.
  1. Diteruskan membaca surah Al-Ikhlas dan ketika berhenti pada setiap hujung ayat hendaklah disebutkan niatnya dalam hati di situ; contohnya, “Ya Allah! Berhentikanlah darah ini.” Lalu ditiupkan ke dalam air.
  1. Diakhiri dengan membaca Selawat Nabi lalu dihembuskan ke dalam air kemudian dibuat minum. Insya’Allah mujarab.
  1. Boleh juga ditiupkan dan sapu sebanyak tiga kali pada bahagian ari-ari atau peranakan iaitu di bahagian atas dan bawah perut.
  1. Bermohonlah dengan sepenuh keikhlasan hati dan bersungguh-sungguh kerana segala yang berlaku adalah dengan izin Allah سبحانه وتعالى. Sekiranya Allah سبحانه وتعالى mengizinkan, maka kitaran haidnya akan tertangguh sehingga ke suatu masa yang dikehendaki.

.

.

.

E.  Doa Penamat

 .

Apabila telah selesai sesuatu ibadah dan tempohnya. Bagi membuka dan untuk mengembalikannya kepada kitaran haid yang normal semula, maka bacalah doa Rasulullah ﷺ sepertimana terdapat dalam Surah Al-Isra’ berikut:

.

doa ikhtiar kembalikan semul haid terhenti SQ

.

.

Allahus Somad! Bermohonlah dengan sepenuh keyakinan dan keikhlasan hati kepada Allah سبحانه وتعالى. Kita hanya berusaha sedaya upaya dan bertawakal, sekiranya diamalkan dengan keyakinan yang tinggi, Insya’Allah, ianya akan mujarab.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

.

~shafiqolbu~

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: