Salam Kemerdekaan ~ “Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta”

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke 57.

Slogan “Malaysia, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta” yang menjadi tema rasmi pada tahun ini perlu disedari dan disyukuri warga yang mengakui sayang kepada Negara ini. Kita bebas melahir dan membentuk jati diri serta keluarga, membina kerjaya, juga bebas beribadah dan berdakwah dengan aman sejahtera tanpa perlu berhadapan dengan ancaman seperti yang dihadapi saudara2 kita di selatan Filipina dan Thailand, Myanmar, Afghanistan, Pakistan, Palestin, Syria, Iraq dll.

 

Hanya dengan berbekalkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah سبحانه وتعالى, kita mampu mengatasi segala musibah dan cabaran. Selain kemerdekaan lahiriah dan fizikal, kita seharusnya memerdekakan dari segi spiritual dan mental.

 .

.

Jihad Hawa Nafsu

 .

Rasulullah ﷺ menyatakan kemenangan yang paling besar dan kemerdekaan yang hakiki ialah bebas daripada belenggu nafsu. Baginda ﷺ sangat menekankan tentang adanya jihad (perjuangan) yang batin, maknawi atau jihad melawan hawa nafsu. Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud:

Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, “Peperangan apakah itu wahai Rasulullah?” Baginda ﷺ berkata, “Peperangan melawan hawa nafsu!” (Riwayat Al Baihaqi)

Jelaslah bagi kita bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan dan menegakkan kedaulatan negara adalah jihad  yang mulia, tetapi jihad atau perjuangan menentang nafsu dianggap semulia-mulia jihad.

Hadis di atas secara tidak langsung memberikan cabaran kepada umat Islam hari ini untuk mempersiapkan diri dengan sebaik-baik kekuatan dan keteguhan jiwa dan mental kerana cabaran yang mereka hadapi amat besar dan tidak setanding dengan kegagahan diri.

Jiwa kita perlu bebas daripada belenggu nafsu yang sentiasa mendorong kita melakukan kemungkaran dan dosa yang mengundang kemurkaan Allah سبحانه وتعالى. Inilah bentuk kemerdekaan yang lebih utama dan paling penting dalam hidup seorang hamba kerana dengan jiwa merdeka, seseorang insan akan berjaya dalam perjuangannya menuntut kemerdekaan diri serta negaranya daripada manusia lain.

Sebagaimana dijelaskan hadis diriwayatkan oleh Muslim, “Kesucian itu ialah sebahagian daripada iman. Alhamdulillah memenuhi segala ruang dan Subhanallah memenuhi apa-apa yang ada di antara langit dengan bumi. Doa itu ialah cahaya, bersedekah itu ialah bukti, kesabaran itu ialah sinaran dan Al-Quran itu ialah apa yang memihak atau menentang (perbuatan) kamu. Setiap orang memulakan harinya dan menjadi pemiliknya, iaitu sama ada ia hendak membebaskan (jiwanya) atau menghancurkannya.”

Ingatlah setiap warga Malaysia! Mencapai Kemerdekaan itu mudah tetapi amat sukar untuk mengekalkannya…  Malaysia, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta!

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: