بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Dalam riwayat Muslim disebutkan:
“Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى itu lebih gembira dengan taubat hambaNYA ketika ia bertaubat kepadaNYA melebihi daripada gembiranya seseorang dari kamu semua yang berada di atas kenderaannya (untanya) dan berada di suatu tanah yang luas terbentang, kemudian ia kehilangan kenderaannya, sedangkan pada kenderaannya itu terdapat bekalan makanan dan minumannya. Orang tadi lalu berputus-asa, kemudian dia menghampiri sebatang pokok terus tidur terbaring di bawah naungannya. Sedang hatinya sudah berputus-asa sama sekali terhadap kenderaannya (untanya) tersebut. Tiba-tiba di kala dia berada dalam berkeadaan sedemikian, kenderaannya (untanya) itu kelihatan berdiri di sisinya, terus ia segera mengambil dan mengikatnya. Oleh kerana tersangat gembiranya, maka ia berkata: “Ya Allah! Engkau adalah hambaku dan aku adalah TuhanMu.” ucapannya menjadi salah dan tersasul kerana tersangat gembiranya dia.”
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
.
.
.