SUNAH-SUNAH KETIKA MENGERJAKAN HAJI

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

sunah2 haji.

 

Ibadah Haji adalah salah satu daripada sekian banyak ibadah. Ia mempunyai rukun-rukun tertentu, hal-hal yang wajib dan dipenuhi dengan perkara-perkara yang sunnah. 

.

.

(A.) Sunah-Sunah Ihram

.

  1. Mandi ketika ihram

Berdasarkan hadis Zaid bin Tsabit bahawasanya baginda melihat Nabi ﷺ menukar pakaiannya untuk ihram lalu mandi. [1]

.

  1. Memakai minyak wangi di badan sebelum ihram

Berdasarkan hadis ‘Aisyah ia berkata, “Aku pernah memberi wangian Rasulullah untuk ihramnya sebelum berihram dan untuk tahallulnya sebelum melakukan tawaf di Kaabah.” [2]

.

  1. Berihram dengan kain ihram (baik yang atas maupun yang bawah) yang berwarna putih

Berdasarkan hadis Ibnu ‘Abbas, ia berkata, “Rasulullah berangkat dari Madinah setelah baginda menyikat rambut dan memakai minyak, lalu baginda dan para sahabat memakai rida’ dan izar (kain ihram yang atas dan yang bawah).”

Adapun disunnahkannya yang berwarna putih berdasarkan hadis Ibnu ‘Abbas, bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda:

اِلْبَسُوْا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضِّ فَإِنَّهَا مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكُمْ وَكَفِّنُوْا فِيْهَا مَوْتَاكُمْ.

“Pakailah pakaianmu yang putih, sesungguhnya pakaian yang putih adalah pakaianmu yang terbaik dan kafankanlah orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengannya.” [3]

.

  1. Solat di lembah ‘Aqiq bagi orang yang melaluinya

Berdasarkan hadis ‘Umar, ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah bersabda di lembah ‘Aqiq:

أَتَانِي اللَّيْلَةَ آتٍ مِنْ رَبِّي فَقَالَ: صَلِّ فِي هَذَا الْوَادِي الْمُبَارَكِ، وَقُلْ: عُمْرَةٌ فِي حَجَّةٍ

“Malam tadi, telah datang kepadaku utusan Tuhan-ku dan berkata, ‘Solatlah di lembah yang diberkahi ini dan katakan (niatkan) umrah dalam haji.’

.

  1. Menguatkan suara ketika membaca talbiyah

Berdasarkan hadis as-Saib bin Khalladi, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ  bersabda:

أَتَانِي جِبْرِيْلُ فَأَمَرَنِي أَنْ آمُرَ أَصْحَابِي أَنْ يَرْفَعُوْا أَصْوَاتَهُمْ بِاْلإِهْلاَلِ أَوِ التَّلْبِيَةِ.

“Telah datang kepadaku Jibril dan memerintahkan kepadaku agar aku memerintahkan para Sahabatku supaya mereka menguatkan suara mereka ketika membaca talbiyah.” [4]

Oleh kerana itu, dahulu para sahabat Rasulullah berteriak. Ibnu Hazm rahimahullah berkata, “Dulu ketika sahabat Rasulullah   berihram suara mereka telah parau sebelum mencapai Rauha.” [5]

.

  1. Bertahmid, bertasbih dan bertakbir sebelum mulai ihram

Berdasarkan hadis Anas, ia berkata, “Rasulullah   solat Zuhur empat rakaat di Madinah sedangkan kami bersama baginda, dan baginda solat Asar di Zul Hulaifah dua rakaat, baginda menginap di situ sehingga pagi, lalu menaiki kenderaan hingga sampai di Baidha, kemudian baginda memuji Allah, bertasbih dan bertakbir, kemudian baginda berihram untuk haji dan umrah.” [6]

.

  1. Berihram menghadap Kiblat

Berdasarkan hadis Nafi’, ia berkata, “Dahulu ketika Ibnu Umar selesai melaksanakan solat Subuh di Zul Hulaifah, ia memerintahkan agar rombongan mulai berjalan. Maka rombongan pun berjalan, lalu ia naik ke kenderaan. Ketika rombongan telah sebaris, ia berdiri menghadap Kiblat dan bertalbiyah … Ia mengira dengan pasti bahawa Rasulullah   mengerjakan perkara ini.” [7]

.

.

.

(B.) Sunnah-Sunnah Ketika Masuk Kota Makkah

.

  1. Mandi Sunat

 

Pada 8, 9, 10 Tinggal di Zu Thuwa, mandi untuk memasuki kota Makkah dan masuk kota Makkah pada siang hari.

Daripada Nafi’, ia berkata, “Dahulu ketika Ibnu Umar telah dekat dengan kota Makkah, ia menghentikan talbiyah, kemudian baginda menginap di Zu Thuwa, solat Subuh di sana dan mandi. Baginda mengatakan bahawa Rasulullah  mengerjakan perkara ini.” [8]

.

  1. Memasuki Kota Makkah dari ats-Tsaniyah al-‘Ulya (jalan atas)

Berdasarkan hadis Ibnu ‘Umar, ia berkata, “Dulu Rasulullah memasuki kota Makkah dari ats-Tsaniyah al-’ulya (jalan atas) dan keluar dari ats-Tsaniyah as-Sufla (jalan bawah).” [9]

.

  1. Mendahulukan kaki kanan ketika masuk ke dalam masjid haram dan membaca:

أَعُوْذُ بِاللهِ الْعَظِيْمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ، بِسْمِ اللهِ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَسَلِّمْ، اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ

“Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Agung, dengan wajah-Nya Yang Maha Mulia dan kekuasaan-Nya yang abadi, dari syaitan yang terkutuk. Dengan Nama Allah dan semoga selawat dan salam selalu tercurahkan kepada Muhammad, Ya Allah! Bukakanlah pintu-pintu rahmat-Mu untukku. [10]

.

  1. Mengangkat tangan ketika melihat Kaabah

Apabila ia melihat Kaabah, mengangkat tangan jika mahu, kerana perkara ini benar sahih dari Ibnu ‘Abbas [11]. Kemudian berdoa dengan doa yang mudah dan apabila ia mahu berdoa dengan doanya Umar juga baik, sebab doa ini pun shahih daripada ‘Umar. Doa baginda:

اَللّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلاَمِ

“Ya Allah! Dikau pemberi keselamatan dan dari-Mu keselamatan, serta hidupkanlah kami, wahai Tuhan kami dengan keselamatan.” [12]

.

.

.

(C.) Sunah-Sunnah Tawaf

.

  1. Al-Idhthiba’

Iaitu memasukkan tengah-tengah kain ihram di bawah ketiak kanan dan menyelempangkan hujungnya di bahu kiri sehingga bahu kanan terbuka, berdasarkan hadis Ya’la bin Umayyah bahwasanya Rasulullah ﷺ  Tawaf dengan Idhthiba’. [13]

.

  1. Mengusap Hajar Aswad

Berdasarkan hadis Ibnu ‘Umar Radhiyallahu anhuma, ia berkata: “Aku melihat Rasulullah ketika tiba di Makkah mengusap Hajar Aswad di awal tawaf, baginda tawaf sambil berlari-lari kecil di tiga pusingan pertama daripada tujuh pusingan tawaf.” [14 ]

.

  1. Mencium Hajar Aswad

Berdasarkan hadis Zaid bin Aslam dari ayahnya, ia berkata, “Aku melihat ‘Umar bin al-Khaththab Radhiyallahu’ anhu mencium Hajar Aswad dan berkata, “Seandainya aku tidak melihat Rasulullah   mencium, nescaya aku tidak akan menciummu.” [15]

.

  1. Sujud di atas Hajar Aswad

Berdasarkan hadis Ibnu ‘Umar, ia berkata, “Aku melihat ‘Umar bin al-Khaththab mencium Hajar Aswad lalu sujud di atasnya kemudian ia kembali mencium dan sujud di atasnya, kemudian ia berkata, ‘Beginilah aku melihat Rasulullah.’”  [16]

.

  1. Bertakbir setiap melewati Hajar Aswad

Berdasarkan hadis Ibnu ‘Abbas, ia berkata, “Nabi tawaf mengelilingi Kaabah di atas untanya, setiap baginda melewati Hajar Aswad baginda memberi isyarat dengan sesuatu yang ada pada baginda kemudian bertakbir.” [17]

.

  1. Berlari-lari anak di tiga pusingan awal pada tawaf yang pertama (thawaf qudum)

Berdasarkan hadis Ibnu ‘Umar, “Bahwasanya Rasulullah ketika tawaf mengelilingi Kaabah, tawaf yang pertama kali, baginda berlari-lari kecil tiga putaran dan berjalan empat pusingan, bermula dari Hajar Aswad dan berakhir kembali di Hajar Aswad.” [18]

.

  1. Mengusap Rukun Yamani

Berdasarkan hadis Ibnu Umar, ia berkata, “Aku tidak pernah melihat Rasulullah   mengusap Kaabah kecuali dua rukun Yamani (rukun Yamani dan Hajar Aswad).” [19]

.

  1. Berdoa di antara dua rukun (Rukun Yamani dan Hajar Aswad) dengan doa sebagai berikut: [20]

Doa Antara Dua Rukun Yamani 1

.

  1. Solat dua rakaat di belakang Maqam Ibrahim sesudah Tawaf

Berdasarkan hadis Ibnu ‘Umar, ia berkata, “Setelah tiba, Rasulullah tawaf mengelilingi Kaabah tujuh kali, kemudian baginda solat dua rakaat di belakang maqam Ibrahim dan sa’i antara Shafa dan Marwah.” Seterusnya baginda berkata:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُوْلِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh yang baik bagimu.” [21]

.

10.  Sebelum solat di belakang Maqam Ibrahim bacalah:

وَاتَّخِذُوْا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّىٰ

“Dan jadikanlah sebahagian Maqam Ibrahim itu tempat solat.”

.

Kemudian membaca dalam solat dua rakaat itu Surah Al-Ikhlash dan Surah Al-Kaafirun.

Daripada Jabir bahawasanya Rasulullah ﷺ  ketika baginda sampai di Maqam Ibrahim Alaihissallam baginda membaca:

وَاتَّخِذُوْا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيْمَ مُصَلًّىٰ.

“Dan jadikanlah sebahagian Maqam Ibrahim itu tempat solat.”

.

Lalu baginda solat dua rakaat, baginda membaca dalam solat dua rakaat itu { قُلْ هُوَ اللّهُ أَحَدٌ} dan{قُلْ يا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ}.

.

11.  Iltizam tempat di antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah dengan cara menempelkan dada, wajah dan lengannya pada Kaabah

Berdasarkan hadis ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, ia berkata, “Aku pernah tawaf bersama Abdullah bin ‘Amr, ketika kami telah selesai dari tujuh pusingan tersebut kami solat di belakang Kaabah. Lalu aku bertanya, ‘Apakah kamu tidak memohon perlindungan kepada Allah?’ Ia menjawab, ‘Aku berlindung kepada Allah dari api neraka.’“

Berkata (perawi), “Selepas itu ia pergi dan mengusap Hajar Aswad. Lalu baginda berdiri di antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah, baginda menempelkan dada, tangan dan pipinya ke dinding Kaabah, kemudian berkata, ‘Aku melihat Rasulullah melakukan perkara ini.’“ [22]

.

12.  Minum air zam-zam dan mencuci kepala dengannya

Berdasarkan hadis Jabir bahawa Rasulullah ﷺ  mengerjakan perkara tersebut.

.

.

.

(D.) Sunnah-Sunnah Sa’ie

.

  1. Mengusap Hajar Aswad

.

  1. Membaca:

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِن شَعَائِرِ اللَّهِ ۖ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَا ۚ وَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ

“Sesungguhnya Shafaa dan Marwa adalah sebahagian dari syi’ar Allah. Maka sesiapa yang beribadah haji ke Baitullaah atau berumrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sa’ie di antara keduanya. Dan sesiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui.” [Al-Baqarah: 158]

.

  1. Bacaan di Shafa

 

Apabila tiba di Shafa, ketika ingin melakukan sa’ie, bacalah lafaz berikut:

نَبْدَأُ بِمَا بَدَأَ اللهُ بِهِ.

“Kami mulai dengan apa yang dimulai oleh Allah.” [23]

.

  1. Berdoa di Shafa

Ketika berada di Shafa, menghadap Kiblat dan membaca:

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ.

“Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan, bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya melainkan Allah semata. Yang melaksanakan janji-Nya, membela hamba-Nya (Muhammad) dan mengalahkan golongan musuh sendirian.”

.

  1. Berlari-lari anak dengan bersungguh-sungguh di antara dua tanda hijau

.

  1. Ketika berada di Marwah mengerjakan seperti apa yang dilakukan di Shafa, baik menghadap Kiblat, bertakbir mahupun berdoa

.

.

.

(E.) Sunnah-Sunnah Ketika Keluar dari Mina

.

  1. Ihram untuk haji pada hari Tarwiyah dari tempat tinggal masing-masing.*

  1. Solat Zuhur, Asar, Maghrib, dan Isyak di Mina pada hari Tarwiyah, serta menginap di sana hingga solat Subuh dan matahari telah terbit.

  1. Pada hari ‘Arafah, menjamak solat Zuhur dan Asar di Namirah

  1. Tidak meninggalkan ‘Arafah sebelum matahari tenggelam.

.

* Hendaknya diperhatikan sunah-sunah ihram yang telah dijelaskan.

 .

.

[Dipetik dari kitab Al-Wajiiz fii Fiqhis Sunnah wal kitaabil Aziiz, Penulis Syaikh Abdul Azhim bin Badawai al-Khalafi, Edisi Indonesia Panduan Fiqih Lengkap, penterjemah Team Tashfiyah LIPIA – Jakarta, Penerbit Pustaka Ibnu Katsir, Cetakan Pertama Ramadhan 1428 – September 2007M]

.

_______

Footnote

[1]. Sahih: [Sahih Riwayat at-Tirmidzi (no. 664)], Riwayat at-Tirmidzi (II / 163, no. 831).

[2]. Muttafaq ‘alaih: Sahih al-Bukhari (III / 396, no. 1539), Sahih Muslim (II / 846, no. 1189 (33)), Riwayat at-Tirmidzi (II / 199, no. 920) dengan tambahan di dalam lafazhnya, Riwayat Abi Dawud (V / 169, no. 1729), Riwayat an-Nasa-i (V / 137), Riwayat Ibni Majah (II / 976, no. 2926).

[3]. Sudah ditakhrij sebelumnya

[4]. Sahih: [Sahih al-Jaami’ish Shaghiir (no. 241)], Sahih al-Bukhari (III / 392, no. 534), Riwayat Abi Dawud (V / 232, no. 1783), Riwayat Ibni Majah (II / 991, no. 2976).

[5]. Sanadnya shahih: Diriwayatkan oleh Sa’id bin Manshur sebagaimana yang disebutkan dalam al-Muhallaa (VII / 94) dengan sanad yang jayyid. Diriwa-yatkan pula oleh Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih dari al-Muth-thalib bin ‘Abdillah, sebagaimana yang disebutkan dalam Fat-hul Baari (III / 324) hadis tersebut mursal, selesai. Diambil dari al-Manaasik, Syaikh al-Albani (perkara. 17).

[6]. Sahih: [Sahih Riwayat Abi Dawud (no. 1558)], Sahih al-Bukhari (III / 441, no. 1551), Riwayat Abi Dawud (V / 223, no. 1779) seperti lafaz ini.

[7]. Sahih: Sahih al-Bukhari (III / 412, no. 1553).

[8]. Muttafaq ‘alaih: Sahih al-Bukhari (III / 435, no. 1573) ini adalah lafaz baginda, dan yang seumpamanya; Sahih Muslim (II / 919, no. 1259), Riwayat Abi Dawud (V / 318, no. 1848).

[9]. Muttafaq ‘alaih: Sahih al-Bukhari (III / 436, no. 1575) ini adalah lafaz baginda, Sahih Muslim (II / 918, no. 1257), Riwayat an-Nasa-i (V / 200), Riwayat Ibni Majah (II / 981, no. 2940).

[10]. Sahih: [Al-Kalimuth Thayyib].

[11]. Sanadnya shahih: [Manaasikul Hajj (perkara. 20)], Mushannaf Ibnu Abi Syaibah (III / 96).

[12]. Sanadnya hasan: [Manaasikul Hajj (perkara. 20)], al-Baihaqi (V / 72).

[13]. Hasan: [Sahih Riwayat Ibni Majah (no. 2391)], Riwayat Abi Dawud (V / 336, no. 1866), Riwayat at-Tirmidzi (II / 175, no. 161), Riwayat Ibni Majah (2/2954, no . 984)

[14]. Muttafaq ‘alaih: Sahih al-Bukhari (III / 470, no. 1603), Sahih Muslim (II / 920, no. 1261 (232), Riwayat an-Nasa-i (V / 229).

[15]. Muttafaq ‘alaih: Sahih al-Bukhari (III / 462, no. 1597), Sahih Muslim (II / 925, no. 1270), Riwayat Abi Dawud (V / 325, no. 1856), Riwayat Ibni Majah (II / 981 , no. 2943), Riwayat at-Tirmidzi (II / 175, no. 862), Riwayat an-Nasa-i (V / 227).

[16]. Hasan: [Irwaa-ul Ghaliil (IV / 312)], al-Bazzar (II / 23, no. 1114).

[17]. Sahih: [Irwaa-ul Ghaliil (no. 1114)], Sahih al-Bukhari (III / 476, no. 1613).

[18]. Sahih: [Sahih Riwayat Ibni Majah (no. 2387)], Riwayat Ibni Majah (II / 983, no. 2950) ini adalah lafaz baginda, lafaz yang seumpamanya: Sahih al-Bukhari (III / 470, no. 1603), Sahih muslim (II / 920, no. 1261), Riwayat Abi Dawud (V / 344, no. 1876), Riwayat an-Nasa-i (V / 229).

[19]. Muttafaq ‘alaih: Sahih al-Bukhari (III / 473, no. 1609), Sahih Muslim (II / 924, no. 1267), Riwayat Abi Dawud (V / 326, no. 1757), Riwayat an-Nasa-i (V / 231).

[20]. Hasan: [Sahih Riwayat Abi Dawud (no. 1666)], Riwayat Abi Dawud (V / 344, no. 1875).

[21]. Sahih: [Sahih Riwayat Ibni Majah (no. 2394)], Sahih al-Bukhari (III / 487, no. 1627), Riwayat Ibni Majah (II / 986, no. 2959).

[22]. Telah disebutkan dalam hadis Jabir Radhiyallahu anhu

[23]. Semuanya dari hadis Jabir Radhiyallahu anhu.

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: