SQ #20: Perjalanan Haji Rasulullah ﷺ

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Perjalanan Haji Rasulullah ﷺ.

Abdullah Ibnu Abbas Radliyallaahu’anhu berkata,

“Nabi berangkat daripada Madinah selepas bersikat dan menyapu minyak rambut, dan memakai kain dan selendang. Baginda tidak melarang sedikit pun daripada memakai selendang dan kain kecuali yang dicelup dengan za’faran yang za’faran itu melekat di kulit. Baginda memasuki waktu pagi di Zul Hulaifah, dan baginda menunggang kenderaan baginda. Sehingga, baginda tinggal di Baida’. Baginda dan para sahabat membaca Talbiyah, dan baginda mengalungkan unta baginda. Demikian itu lima hari (dalam satu riwayat: pagi hari keempat) terakhir Zulqaedah, lalu baginda tiba di Makkah pada empat malam (dalam satu riwayat: pagi hari keempat) daripada bulan Zulhijjah, lalu baginda melakukan Tawaf di Baitullah. Baginda melakukan sa’i antara Shafa dan Marwah. Baginda tidak bertahalul kerana telah mengalungi unta baginda. Kemudian baginda singgah di daerah utara Makkah di Hajun di mana baginda membaca Talbiyah untuk haji. Baginda tidak menghampiri Kaabah selepas Tawaf di sana sehingga baginda pulang dan Arafah, dan menyuruh para sahabat untuk Tawaf di Baitullah dan (sa’i) antara Shafa dan Marwah. Kemudian mereka mencukur sebahagian kepala mereka, dan bertahalul. (Dalam riwayat lain: Lalu baginda memerintahkan mereka menjadikannya sebagai umrah), dan yang demikian itu bagi yang tidak membawa unta yang dikalungi. Bagi orang yang bersama isterinya, maka isterinya itu halal baginya. Halal juga harum-haruman serta pakaian.”

.

وَالسَّلاَمْ

.

~shafiqolbu~

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: