Fenomena Gerhana Bulan Penuh Berdarah Di Malaysia 8 Oktober 2014

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

blood moon.

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Berdarah (Merah) atau lebih dikenali sebagai ‘Blood Moon’ pada 8 Oktober 2014 di Malaysia. Penduduk di Malaysia khususnya akan dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Bulan Berdarah pada waktu Maghrib, hari Rabu (8 Oktober 2014) bermula dari 5.14 petang hingga 8.34 malam.

 

Fenomena  ‘Blood Moon’ ini merupakan kejadian kali ke-2 berlaku untuk tahun 2014. Kali terakhir ia berlaku ialah pada 15 April 2014, tetapi ia tidak melibatkan langit Malaysia. Fenomena gerhana bulan kali ini nanti, terdapat 2 senario berbeza untuk masyarakat di Semenanjung dan di Sabah & Sarawak. Namun secara umumnya maksyarakat di Malaysia akan dapat melihat bulan terbit dalam keadaan sudah bermulanya fasa gerhana.

.

.

Penyebab Gerhana Bulan Berdarah

 .

gerhana bulan berdarah

Punca Gerhana Bulan Berdarah (Bulan Merah)

 .

Fenomena ini terjadi disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosfera bumi. Fenomena bulan berdarah ini turut dikenali sebagai “Blood Moon” kerana warnanya yang berwarna merah dan dapat dilihat menggunakan mata kasar.

Fenomena Bulan Berdarah atau Blood Moon berlaku apabila kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari. Hal ini akan menyebabkan terjadinya  pembiasan cahaya yang dikenali sebagai cahaya ‘Umbra’ oleh atmosfera bumi. Oleh itu, bulan akan kelihatan merah seperti darah.

 .

.

Fasa Laluan Gerhana Bulan Pada 8 Oktober 2014

 .

Fasa-fasa gerhana dapat dilihat di ke banyakan Negara Asia dan benua Amerika dan jangkaan waktu di Asia Tenggara, Malaysia khasnya yang dibuat oleh falakonline.net menggunakan perisian Lunar Eclipse Maestro di 2 bandar utama, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu adalah:

 .

Fasa Perjalanan Gerhana Bulan pada tarikh 8 Oktober 2014.

Masa

Fasa

Kuala Lumpur

Sabah dan Sarawak

4:17 pm

Bulan masuk bayang-bayang penumbra

Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)

Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)

5:18 pm

Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa)

6:25 pm

Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula

Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)

Boleh dilihat

6:54 pm

Puncak Fasa Gerhana Penuh

Boleh dilihat

7:24 pm

Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa)

Boleh dilihat

Boleh dilihat

8:34 pm

Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra

Boleh dilihat

Boleh dilihat

9:33 pm

Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya

Boleh dilihat

Boleh dilihat

.

Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia akan terlepas peluang melihat fasa permulaan gerhana, dan antum hanya dapat melihatnya bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja. Sekiranya antum berada di pantai timur Semenanjung, seperti di Kuantan, antum akan berpeluang melihat fasa gerhana ini lebih awal sikit, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa Gerhana Penuh, iaitu jam 6:55 pm (sehinggalah tamat).

Penduduk di Sabah dan Sarawak lebih beruntung dan berpeluang menyaksikan hampir keseluruhan fasa gerhana bulan dari awal hingga akhir kerana bulan boleh dilihat lebih awal iaitu ketika bulan baru sahaja nak memasuki bayang-bayang bumi.

.

.

Fasa-Fasa Gerhana

.

Di bawah ialah simulasi keadaan Bulan yang lebih dekat, sepanjang fasa gerhana yang dapat dilihat dari Malaysia Timur (Sabah). Bagi anda di Kuala Lumpur, hanya dapat lihat bermula ketika di puncak gerhana, iaitu semasa Bulan sedang merah keseluruhannya, iaitu jam 6.54 pm.

.

.

Perhatikan bahawa ketika Bulan bewarna merah, ia sedang berada dalam kawasan bayang-bayang umbra.

.

.

Antum turut berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan ini lagi pada 4 April 2015 yang kebetulan pula keadaanya akan sama dengan apa yang berlaku hari ini, iaitu bulan sedang gerhana ketika ia terbit.

.

Jangan sampai terlalu asyik melihat Gerhana Bulan hingga lupa kepada tuntutan syarak. Sebagai seorang Muslim, seharusnya kita lakukan solat sunat gerhana. Solat sunat gerhana dua rakaat dilakukan sepanjang gerhana itu terjadi, tetapi ia berbeza dengan solat sunat yang lain iaitu dengan dilakukan dua qiam, dua rukuk dalam satu rakaat. dan sebagai panduan antum boleh lihat di sini ~ Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan).

.

Nabi Muhammad ﷺ bersabda:

 إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua jenis tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersolatlah.”

 .

.

Sumber lebih lanjut boleh lihat di SINI.

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Advertisements

One response to this post.

  1. Reblogged this on deficientfaith and commented:
    Rahsia gerhana disebalik penciptaannya.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: