KJ :  Ihsan Teras Integriti

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

1 Khutbah Jumaat SQ-shafiqolbu.

Khutbah Jumaat: “Ihsan Teras Integriti”

 

.

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَآئِل

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةًۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

أَشْهَدُ أَن لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، إِتَّقُوا اللهَ، أُوْصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ لْمُتَّقُونَ

.

.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

.

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabdian diri kita kepada-Nya dengan  melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan pada hari yang penuh berkat ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah: “IHSAN TERAS INTEGRITI”.

.

.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

.

Rasuah menjadi penyakit dan jenayah yang telah menular dalam kehidupan masyarakat manusia di semua tempat. Tidak ada negara yang boleh mendakwa dirinya bebas dari rasuah, cuma yang boleh dibezakan pada tempoh satu-satu masa hanyalah dari segi tahap keseriusan jenayah rasuah yang berlaku. Rasuah dalam perspektif hukum Islam adalah haram berdasarkan dalil yang qat’ie iaitu al-Qur’an, as-Sunnah dan ijmak ulama’.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿١٨٨

Maksud; “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya)”.

.

Dan Sabda Rasulullah SAW: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka.” (Riwayat at-Thobrani)

.

Persoalan besar timbul di sini, kenapakah isu ini masih lagi berlaku, sedangkan umum mengetahui bahawa perlakuan rasuah di sisi Islam adalah haram serta keji lagi hina.

Mimbar yang mulia ingin menyatakan bahawa antara sebabnya ialah mereka ini hilangnya sifat Ihsan. Sifat Ihsan bermaksud kita melaksanakan sesuatu perkara untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan perasaan yakin seolah-olah kita dilihat dan dipantau oleh Allah SWT.

Sabda Rasullullah SAW ketika ditanya oleh Jibril tentang ihsan: “Apakah  ihsan itu?, sesungguhnya kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu”.  (Riwayat al-Bukhari)

.

Berdasarkan pengertian sebenar sifat Ihsan ini, akan melahirkan mereka yang takut kepada pencipta dengan merasa setiap perbuatannya diawasi oleh Allah SWT, samada ketika berhadapan dengan orang ramai atau di tempat yang sunyi, ketika bersama dengan majikan ataupun ketika ketiadaan majikan.

Seseorang akan merasa takut untuk melakukan perbuatan keji, tercela seperti melakukan kerosakan, penipuan, rasuah, mencuri tulang, ponteng kerja, dan perbuatan negatif yang lain.

.

Sedar ataupun tidak bahawa mereka yang terlibat dengan jenayah ini sebenarnya mengakibatkan beberapa kesan buruk seperti pembahagian kekayaan negara tertumpu kepada orang tertentu sahaja, meningkatkan kadar inflasi dan berleluasa berlaku kezaliman dalam masyarakat.

Ingatlah semua wang kekayaan yang didapati dengan cara haram adalah wang dan harta yang tidak berkat. Kekayaan secara haram hakikatnya tidak membawa kesenangan dan kebahagian dalam hidup, tetapi akan membawa kesengsaraan dan kecelakaan di dunia dan akhirat.

Jiwa manusia pada asalnya adalah sesuatu yang suci. Tetapi bila mana harta yang diperolehi secara tidak halal tidak mungkin dapat memberi ketenangan pada jiwa kita.

.

.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

.

Sebenarnya kita telah diperingatkan dengan beberapa kisah daripada sejarah tamadun manusia yang hebat, unggul dan cemerlang seperti tamadun kaum ‘Add, Thamud, Tamadun Greek, Yunani, Parsi dan sebagainya. Kesemua tamadun ini telah menerima pembalasan daripada oleh Allah SWT disebabkan kerakusan perbuatan mereka yang tidak berintegriti.

Sifat mazmumah telah beraja di hati terutama sifat tamak haloba, dengki khianat, tindas menindas, kezaliman dan seumpamanya sehingga mendatangkan kemudaratan dan kesengsaraan yang lebih merbahaya sehingga boleh mendedahkan negara kepada pelbagai risiko bahaya kehancuran.

Berdasarkan kesan buruk yang telah menimpa umat terdahulu, jelas bahawa kaum yang tercemar integritinya mempunyai kaitan dengan amalan kaum jahiliyah.

.

Mohamad Qutb dalam bukunya Masyarakat Islam menjelaskan terdapat empat ciri jahiliyah iaitu:

(1) Syirik dalam ibadah;

(2) Wujud sikap menjauhi agama Allah;

(3) Wujud Taghut (penegak kesesatan) yang memujuk manusia agar jangan mematuhi hukum Allah; dan

(4) Menjatuhkan hukuman secara tidak adil kerana mengikut hawa nafsu.

.

Justeru, Ingatlah wahai umat Islam sekalian sekiranya kita terlibat dalam penyelewengan dan penipuan ketika melaksanakan tanggungjawab dan pekerjaan kita, maka rezeki yang kita perolehi adalah haram, makanan dan minuman kita adalah haram, pakaian yang dipakai juga haram kerana datang dari sumber yang haram.

Cuba bayangkan adakah kita sanggup melihat anak cucu kita memakan dari sumber yang haram serta membesar dari hasil yang haram. Renungkanlah dan sesungguhnya perbuatan ini akan mengundang kemurkaan Allah SWT dan Rasul-Nya.

Rasulullah SAW bersabda: “Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah tempat yang selayaknya”. (Riwayat at- Tirmizi)

.

.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

.

Mimbar menyeru kepada seluruh umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dengan melakukan kebaikan, mengelak dari melakukan sebarang kemungkaran dan kemaksiatan di dalam kehidupan.

Ingatlah wahai para jemaah dan umat Islam sekalian bahawa setiap amal perbuatan kita senantiasa diperhatikan oleh dua malaikat Raqib dan Atid yang berada di kanan dan kiri kita untuk melaksanakan tugas merekodkan amalan baik dan buruk yang kita lakukan pada setiap masa.

.

Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dengan melaksanakan perubahan di samping memohon pertolongan dari Allah SWT. Ingatlah bahawa sebaik-baik manusia ialah mereka yang memiliki sifat Ihsan dengan senantiasa rasa takut kepada Allah SWT dan melakukan kebaikan di sepanjang kehidupannya.

Marilah samasama kita merenung firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 105:

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّـهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿١٠٥﴾

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah SWT dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah SWT). yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”

.

.

بَارَكَ اللَّهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَعْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

.

.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“Ihsan Teras Integriti”

(10 Oktober 2014 / 15 Zulhijjah 1435H)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: