Amat Dituntut Beristiqamah Lakukan Amal Soleh Selepas Balik Haji

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Baru Balik Haji.

Amat dituntut beristiqamah dalam melakukan amal soleh selepas balik dari mengerjakan haji kerana dalam kehidupan ini, sebaik-baik keadaan seorang hamba adalah kebajikan dan amalan yang dilakukan secara berterusan bagi mencapai kebahagiaan yang sebenar. Kebajikan adalah manifestasi kepada satu penghijrahan daripada perkara maksiat dan dosa.

 

Kebajikan dan amal soleh berupaya melipatgandakan pahala sepanjang masa seperti ditegaskan Allah سبحانه وتعالى melalui firman-Nya:

وَيَزِيدُ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ٱهْتَدَوْا۟ هُدًۭى ۗ وَٱلْبَٰقِيَٰتُ ٱلصَّٰلِحَٰتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًۭا وَخَيْرٌۭ مَّرَدًّا

“Dan Allah سبحانه وتعالى akan menambahkan hidayah petunjuk kepada mereka yang mendapat petunjuk. Amal soleh yang kekal itu lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.” (Surah Maryam, ayat 76)

Jemaah haji pulang dengan membawa seribu pengharapan supaya amalan mereka diterima oleh Allah سبحانه وتعالى. Amat wajar bagi jemaah haji yang selesai menunaikan rukun Islam kelima ini menterjemahkan segala perilaku ibadat haji selepas mereka pulang.

.

.

Berterusan Laksana Amal

.

Petanda besar buat mereka yang diterima hajinya ialah menghabiskan baki umur menjurus kepada kebajikan demi kebajikan dan seterusnya mendapat ganjaran syurga. Bagi yang mengulangi haji buat kali kedua, maka ia dikira sunat dan akan ditulis dengan kebajikan yang banyak.

Seharusnya jemaah akan terus memelihara amal salih sehingga akhir hayat demi mencari keredaan Allah سبحانه وتعالى. Dosa mereka terhapus sebaik selesai ibadat haji seperti disebut Rasulullah ﷺ: “Agama Islam (bagi saudara baru) akan menghapuskan dosa lalu dan haji juga akan memadamkan kesalahan yang lampau.”

Sesungguhnya, beristiqamah meneruskan amal salih selepas haji sesuatu yang sukar bagi mereka yang tidak mendapat pengajaran sebenar daripada ibadat haji itu. Kenyataan ini dapat dilihat dengan komitmen yang diberikan jemaah haji terdahulu selepas mereka pulang.

Ada yang dapat bertahan seminggu atau sebulan saja. Situasi ini amat menyedihkan kerana tarikh luput istiqamah mereka begitu singkat. Persoalan ini pernah dijelaskan Rasulullah ﷺ ketika sahabat bernama Sufyan Abdullah bertanyakan mengenai Islam yang tulen di sisi Allah سبحانه وتعالى.

Jawab Rasulullah ﷺ: “Katakanlah bahawa kamu beriman dan beristiqamah dalam amalan soleh.” (Riwayat Muslim)

.

.

Istiqamah kepada Allah سبحانه وتعالى

.

Saidina Umar ibn al-Khattab mendefinisikan maksud istiqamah ialah mereka yang beristiqamah dalam ketaatan kepada-Nya. Maksudnya, mereka seimbang dari segi ketaatan kepada Allah سبحانه وتعالى dengan keyakinan, ucapan mahupun perbuatan.

Istiqamah di sini ialah kekal memelihara kalimah tauhid dengan meninggalkan perkara mungkar, kesinambungan melakukan amal soleh dan seterusnya mengekalkan kebencian kita kepada syaitan ketika melontar di tiga jamrah.

Pintu kebaikan yang disediakan Allah سبحانه وتعالى kepada kita hendaklah dipelihara dan diberi nilai tambah walaupun hanya sedikit kerana ia datangnya daripada Allah سبحانه وتعالى.

.

Firman Allah سبحانه وتعالى ;

 فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْاۚ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ ﴿١١٢

“Maka hendaklah kamu beristiqamah (sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul) sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah سبحانه وتعالى; Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud: Ayat 112)

Ibadat haji sebenarnya boleh membentuk peribadi Muslim yang dikehendaki oleh Allah سبحانه وتعالى. Tanpa peribadi yang ikhlas dan suci murni selepas haji, mereka akan ketinggalan dalam soal agama, akhlak penampilan dan kepemimpinan.

Dunia tanpa sempadan membenarkan kita menembusi setiap ceruk kehidupan manusia tanpa dapat dikawal undang-undang. Oleh itu, peribadi soleh sajalah yang boleh menghalang perbuatan mungkar, tidak bertanggungjawab atau tidak menghormati hak orang lain.

.

Mengekal dan meneruskan pelbagai amalan yang disarankan syarak selepas balik dari haji, menandakan diterima dan termakbulnya ibadah tersebut kerana apabila Allah سبحانه وتعالى menerima amal seorang hamba, maka Dia pasti menolongnya dalam meningkatkan amal perbuatan baik selepasnya.

.

Firman Allah سبحانه وتعالى ;

 فَأَمَّا مَنْ أَعْطَىٰ وَاتَّقَىٰ ﴿٥﴾ وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَىٰ ﴿٦﴾ فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَىٰ ﴿٧

“Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya); Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik; Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).​​” (Surah Al-Lail: Ayat 5-7).

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: