Haram Berdosa Beri, Minta, Terima 
Sijil Cuti Sakit / MC Palsu

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz al-Asheikh

Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz al-Asheikh

.

Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz al-Asheikh mengeluarkan fatwa menyatakan, perbuatan mengeluarkan dan menerima sijil cuti sakit atau ‘MC’ palsu adalah satu dosa.

 

“Tindakan itu merupakan satu dosa kerana boleh menyebabkan kerugian kepada perniagaan sesuatu pihak.” katanya dipetik daripada laporan portal Arab News.

“Mana-mana pihak baik doktor mahupun pekerja yang meminta sijil cuti sakit, kedua-duanya berdosa,” Jelas beliau lagi ketika ditanya di Jeddah baru-baru ini,

.

Suruhanjaya Antirasuah Kebangsaan Arab Saudi (Nazaha) telah mengesahkan bahawa mereka menerima fatwa berhubung perkara itu daripada Sheikh Abdul Aziz yang bertarikh 7 September tahun ini.

Fatwa itu menyusul sebagai tindak balas kepada permintaan Nazaha yang mahukan pendapat dari mufti tentang isu tersebut.

Jawatankuasa Tetap bagi Penyelidikan Saintifik dan Ifta telah mengesahkan adalah haram untuk memberikan cuti sakit kepada individu yang tidak sakit atau tidak betul-betul sakit.

Nazaha menyatakan, pihaknya berharap fatwa itu akan meningkatkan kesedaran tentang isu tersebut serta mengelak pekerja daripada terlibat dalam perbuatan yang menyalahi undang-undang dan rasuah.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: