Puasa Sunat Hari Ahada ‘A-syara (Hari Ke 11) Muharam

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Berpuasa pada Bulan Muharam adalah suatu amalan mulia dan amat digalakkan terutama pada hari ke 9 & 10 Muharram iaitu pada Hari Tasu’a dan Hari Asyura. Pada hari Ahada ‘A-syara (أَحَدَ عَشَرَ) bermaksud “Hari Kesebelas (11)” Muharram iaitu sehari selepas hari Asyura juga adalah disarankan berpuasa, terutama bagi Muslim yang ketinggalan hari kesembilan

 

.

Berpuasalah pada tiga hari ini yang sudah pasti menjanjikan ganjaran pahala besar kepada sesiapa yang beribadah padanya sepertimana terdapat dalam satu hadis.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah ﷺ bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ

Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Syahrullah (bulan Allah) Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat  malam.”   (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

.

Puasa pada tarikh 11 Muharram adalah berdasarkan kepada dalil umum keutamaan berpuasa pada bulan Muharram. Di samping itu, ia sebagai suatu langkah berhati-hati jika terjadi kesalahan dalam pengiraan awal Muharram.

Pendapat yang membolehkan berpuasa ini berdasarkan kepada hadis sahih riwayat Muslim no. 1163:

أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله المحرم . فإذا صامه كله فهو طيب أو صام التاسع والعاشر والحادي عشر فذلك سنة

“Puasa yang paling utama selepas Ramadhan adalah puasa bulan Muharram. Apabila berpuasa sebulan penuh maka itu baik atau puasa hari ke-9 dan ke-10 dan ke-11 maka itu sunnah.”

.

.

Niat Puasa

.

Lafaz niat puasa Hari ke 11 Muharam ialah:

 niat puasa hari kesebelas 11 muharram

.

.

Waktu Niat Puasa

Puasa Hari ke 11 Muharam boleh diniatkan selepas waktu Maghrib dan oleh kerana ianya tergolong daripada puasa sunat, maka antum yang terlupa berniat pada sebelah malamnya, boleh niatkannya pada waktu pagi atau sebelah siangnya, sebelum tergelincirnya matahari iaitu sebelum masuk waktu Zuhur.

.

.

Puasa Tiga Hari

.

Rasulullah ﷺ telah menyatakan bahawa puasa tiga hari setiap bulan menyerupai ‘Shiyam Dahr’ (puasa setahun).

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash, Nabi ﷺ bersabda: “Puasalah tiga hari dari setiap bulan. Sesungguhnya amal kebajikan itu ganjarannya sepuluh kali ganda, seolah-olah ia seperti berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, dan al-Nasai)

.

Marilah bersama kita berpuasa hari kesebelas ini untuk memperbanyakan puasa pada bulan Muharram atau bagi menggenapkan puasa tiga hari setiap bulan. Semoga Allah سبحانه وتعالى memberi taufiq kepada kita untuk memenambah dan melaksanakan kebaikan di dalam bulan Muharram yang mulia ini.

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

.

2 responses to this post.

  1. Posted by Faridah on 03/11/2014 at 10:54 pm

    Sok ko puasa ke.nak kutip pahala senang janji ikhlas.

    Sent from my iPad

    Reply

  2. Posted by Faridah on 03/11/2014 at 10:55 pm

    Maaf tersalah hantar

    Sent from my iPad

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: