Larangan Lelaki Menyerupai Wanita Dan Wanita Menyerupai Laki-Laki

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

anip pondan.

Agama melarang seseorang lelaki menyerupai wanita dan seseorang wanita menyerupai kaum laki-laki. Di antara yang dilarang adalah memakai pakaian yang menggambarkan dan menjadi ciri2 khas bagi jantina berbeza. Malah dilarang menyerupai lawan bukan sejenis secara umum.

 

Walau bagaimanapun yang menjadi gaya dan pakaian wanita di sini bergantung pada tempat dan daerah masing-masing kerana ada yang menjadi gaya dan mempunyai ciri2 wanita di sesuatu tempat tetapi tidak menjadi masalah malah sudah menjadi budaya tempatan berpakaian.

Sebagaimana di negara Arab, para lelaki memakai pakaian ‘tsaub’ (jubah panjang) sehingga ke buku lali seperti pakaian wanita malah ditambah lagi mereka memakai ‘qutroh’ (penutup kepala) seperti tudung. Kaum lelaki di Scotland pula menjadi amalan biasa memakai skirt. Sementara di pantai timur semenanjung Malaysia sudah menjadi kebiasaan berkain batik, namun pemakaian seperti wanita tersebut suatu kejanggalan di tempat2 lain. Yang jelas jika lelaki memakai skirt di tempat kita, sudah dianggap ia bergaya seperti wanita.

 .

Kita sendiri sering menyaksikan di media2 dan tempat2 awam malah ada ‘publik figur’ memberi contoh bergaya seperti itu. Ada lelaki yang bergaya dan berpakaian seperti wanita terutama golongan pondan atau mak nyah. Begitu juga perempuan tomboy atau pengkid yang memperlihatkan ciri2 kejantanan.

 .

.

Haram Menyerupai Bukan Sejenis

Lelaki yang sengaja menyerupai wanita atau sebaliknya dalam berpakaian, berdandan, bertingkah laku, bercakap, bergaya dan sebagainya adalah haram. Demikian juga wanita yang menyerupai lelaki. Bergaya seperti inilah tidak dibolehkan, ia menjadi larangan sekaligus dilaknat, sebagaimana disebutkan dalam hadis-hadis berikut:

.

(1.)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رض قَالَ: لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ ص اْلمُتَشَبّهِيْنَ مِنَ الرّجَالِ بِالنّسَاءِ وَ اْلمُتَشَبّهَاتِ مِنَ النّسَاءِ بِالرّجَالِ. البخارى 7: 55

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu’anhu, ia berkata, “Rasulullah melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita dan (melaknat) para wanita yang menyerupai lelaki.” (HR. Bukhari juz 7, hal. 55)

.

(2.)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنِ النَّبِيّ ص اَنَّهُ لَعَنَ اْلمُتَشَبّهَاتِ مِنَ النّسَاءِ بِالرّجَالِ، وَ اْلمُتَشَبّهِيْنَ مِنَ الرّجَالِ بِالنّسَاءِ. ابو داود 4: 60، رقم: 4097

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu’anhu, dari Nabi ﷺ, bahawasanya baginda melaknat wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai wanita. (HR. Abu Dawud juz 4, hal. 60, no. 4097)

.

(3.)

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ ص الرَّجُلَ يَلْبَسُ لِبْسَةَ اْلمَرْأَةِ، وَ اْلمَرْأَةَ تَلْبَسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ. ابو داود 4: 60، رقم: 4098

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, ia berkata, “Rasulullah melaknat orang lelaki yang berpakaian wanita, dan (melaknat) wanita yang memakai pakaian lelaki.” (HR. Abu Dawud juz 4, hal. 60, no. 4098).

.

(4.)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: لَعَنَ النَّبِيُّ ص اْلمُخَنَّثِيْنَ مِنَ الرّجَالِ وَ اْلمُتَرَجّلاَتِ مِنَ النّسَاءِ. وَ قَالَ: اَخْرِجُوْهُمْ مِنْ بُيُوْتِكُمْ. البخارى 7: 55

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu’anhu, ia berkata: Rasulullah ﷺ melaknat para lelaki yang bergaya seperti wanita dan para wanita yang bergaya seperti lelaki. Dan baginda bersabda, “Keluarkanlah mereka dari rumah-rumah kamu.” (HR. Bukhari juz 7, hal. 55)

.

(5.)

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ اَنَّ النَّبِيَّ ص اُتِيَ بِمُخَنَّثٍ قَدْ خَضَبَ يَدَيْهِ وَ رِجْلَيْهِ بِاْلحِنَّاءِ، فَقَالَ النَّبِيُّ ص: مَا بَالُ هذَا؟ فَقِيْلَ، يَا رَسُوْلَ اللهِ، يَتَشَبَّهُ بِالنّسَاءِ، فَأُمِرَ فَنُفِيَ اِلَى النَّقِيْعِ فَقَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، اَلاَ نَقْتُلُهُ؟ فَقَالَ: اِنّى نُهِيْتُ عَنْ قَتْلِ اْلمُصَلّيْنَ. ابو داود 4: 282، 4928

Daripada Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu bahawa dibawa kepada Nabi ﷺ seorang lelaki yang berlagak seperti wanita, dia memberi warna dengan hinna’ (quitec) pada (kuku2) kedua tangan dan kakinya. Maka Rasulullah ﷺ bertanya: “Kenapa orang ini?” Ada sahabat yang menjawab, “Ya Rasulullah! Orang lelaki itu berlagak seperti wanita.” Lalu diperintahkan (oleh Rasulullah) supaya orang tersebut diasingkan ke Naqi’ (suatu tempat yang jauh di daerah pendalaman Muzainah, jarak dua malam perjalanan dari Madinah), lalu ditanyakan kepada baginda, “Ya Rasulullah! Apakah tidak kita bunuh saja orang itu?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya aku dilarang membunuh orang-orang yang solat.” (Diriwayatkan Abu Dawud juz 4, hal. 282, no. 4928)

.

.

Penutup

Apa yang berlaku pada akhir zaman ini ialah situasi yang berlawanan dengan fitrah yang telah diciptakan oleh Allah سبحانه وتعالى dan ikutan yang membuta tuli yang kononnya atas alasan penyakit ‘Gender  Identity Disorder’ (GID). akibat lebih parah dari gejala ini adalah mereka lebih cenderung untuk melakukan hubungan intim sejenis dan akan mengancam umat Islam keseluruhnya.

Hanya Allah سبحانه وتعالى yang memberi taufik dan hidayahNYA.

.

Allah سبحانه وتعالى berfirman:

إِن يَنصُرْكُمُ ٱللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا ٱلَّذِى يَنصُرُكُم مِّنۢ بَعْدِهِۦۗ وَعَلَى ٱللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ ٱلْمُؤْمِنُونَ ﴿١٦٠

“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.” (Surah Al-Imran: Ayat 160)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: