Doa Rabitah

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Doa Rabitah (دعاء الرابطة) ialah doa mohon agar dieratkan jalinan hati sesama manusia sebagaimana ‘perikatan’ pada maksud Rabitah itu sendiri. Selain khusus diamalkan oleh para pendakwah, penggunaan doa Rabitah boleh dikembang dan diperluaskan lagi kepada anggota masyarakat lain seperti para pelajar, persatuan, organisasi, parti, pertubuhan, yayasan, NGO dan sebagainya.

 

.

Ikatan Qolbu

.

Doa Rabitah merupakan sebahagian dari Al-Mathurat iaitu risalah himpunan zikir oleh Imam Hasan al-Banna. Biasanya Doa wirid ini dibaca secara sendirian atau berjemaah pada waktu pagi dan petang atau boleh juga dibaca selepas solat fardhu.

Doa Rabitah ini juga sering dibaca oleh Perdana Menteri Palestin, Ustaz Ismail Haniyeh hafizahullah. Ketika ujian dan bala datang bertimpa-timpa, musuh-musuh dari dalam dan luar pula menyerang tanpa henti, hati-hati pejuang Islam akan tetap terus bersatu dan tabah menghadapi segala ancaman.

.

Sebenarnya Doa Rabitah ini tidak terhad kepada para pejuang dan pendakwah sahaja, kita juga digalakkan untuk membaca Doa Rabitah secara berkumpulan ketika bersama anak didik, pelajar atau anggota jemaah dengan niat semoga Allah سبحانه وتعالى ‘mengikat’ qolbu-qolbu mereka untuk terus menuntut ilmu, mendengar kata guru dan mentaati ibu bapa. Sentiasalah bacakan doa ini apabila mengadakan perjumpaan berkumpulan atau sebelum sesi pembelajaran dimulakan.

.

Allah سبحانه وتعالى berfirman :

61:4

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela AgamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Surah Ash-Shaff: Ayat 4)

.

Dalam proses mencapai sesuatu kejayaan atau berdakwah perikatan dalam jemaah perlu diperkukuh dan dimantapkan kerana kita sentiasa diuji bagi menghadapi pelbagai dugaan sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah سبحانه وتعالى dalam firmannya :

47:31“Dan sesungguhnya Kami tetap menguji kamu sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjihad (berjuang) dan bersabar (dalam menjalankan perintah Allah) di kalangan kamu; dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) perihal keadaan kamu.” (Surah Muhammad : Ayat 31 )

.

.

Doa Wirid Rabithah (Ikatan)

.

Berikut adalah Doa Rabitah dan terjemahannya. Bayangkanlah wajah para sahabat dan rakan-rakan seperjuangan serta timbulkan perasaan perhubungan rohani sesama ahli sambil sama-sama membaca Doa Rabitah ini:

.

Doa Rabitah (Doa Perikatan)

Doa Rabitah - Doa Perikatan SQ

.

.

Cara Dan Kaedah Mengamalkannya

.

Sewaktu membaca doa ini dan ketika menyebut “An-na Haa-dzi-hil qu-luub”, hendaklah diniat dan dibayangkan wajah-wajah pemimpin, rakan sepersejuangan dan seluruh ahli pergerakan Islam.

Semoga Allah سبحانه وتعالى sentiasa menetapkan dan mengekalkan kemesraan sesama kita, memperkukuhkan ikatan ukhuwah, mengelakkan perpecahan dan menunjukkan kepada kita semua akan jalan yang sebenar iaitu jalan yang diredhai oleh Allah سبحانه وتعالى.

Doa Rabitah ini juga merupakan di antara doa yang boleh diamalkan bagi Muslim yang sedang mencari pasangan hidup. Andai sudah ditemui calonnya, amalkan doa ini sambil membayangkan wajah orang yang dimaksudkan itu. Di samping itu amalkanlah membaca al-Mathurat sama ada rangkaian wazhifah kubra atau sughra setiap kali selepas solat Subuh dan Asar secara beristiqamah.

.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

3:200

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (melebihi daripada kesabaran musuh) dan bersiap siagalah (di medan perjuangan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali-Imran: Ayat 200)

.

Maka marilah kita sama-sama mengamalkan Doa Rabitah serta memanjatkan syukur kita pada Allah سبحانه وتعالى. Ingatlah, Allah سبحانه وتعالى sentiasa ada bersama kita tidak kira di mana Ikhwan dan Akhwat berada dan apa yang antum lakukan. Semoga kita semua tergolong dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh. InsyaAllah.

.

والله أعلم بالصواب

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Advertisements

One response to this post.

  1. Posted by salura on 17/12/2014 at 9:03 pm

    Saya ingin minta kebenaran utk di share… terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: