Makna Sedekah Dan Pengertian

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

makna Sedekah - Sadaqah.

Sedekah atau sadaqah berasal dari perkataan Arab (صدقة‎) yang bermaksud benar. Dari segi syarak pula, sedekah adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan secara sukarela dan ikhlas tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى. Maka apabila merujuk keimanan mahu pun keyakinan janji kepada Allah سبحانه وتعالى, sudah tentu ia perlu kepada pembuktian iaitu mengeluarkan harta di jalan Allah سبحانه وتعالى. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, saudara mara atau pun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.

Sedekah lebih luas dari sekadar zakat mahu pun infak. Juga berbeza dengan pemberian hadiah yang bertujuan sebagai kenang-kenangan dan tanda penghargaan dan ianya boleh diberikan kepada sesiapa sahaja termasuk mereka yang kaya. Sedekah tidak hanya bererti mengeluarkan atau menyumbangkan harta, ia mencakupi segala amal atau perbuatan baik. Sedekah juga bertujuan memberikan sesuatu, bantuan atau sumbangan kepada orang yang susah dan kurang berkemampuan bertujuan untuk mengembirakan serta meringankan masalah orang berkenaan.

.

.

Dalil Quran dan Hadis

.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., Rasulullah ﷺ bersabda: Setiap sendi manusia perlu bersedekah setiap hari di kala matahari terbit, ada orang mengadili dua orang adalah sedekah, membantu orang dengan mengangkat barang ke atas binatang tunggangan (kenderaan) adalah sedekah, satu kalimah (perkataan) yang baik adalah sedekah, setiap langkah untuk melakukan solat adalah sedekah dan membuang duri (sesuatu yang merbahaya) di jalan adalah sedekah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)

Dalam sebuah hadis digambarkan, “Memberikan senyuman kepada saudaramu adalah sedekah.”

“Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangkan bekalanmu untuk diisikan ke mangkuk kawanmu.” (Hadis Riwayat Ahmad r.a.)

.

Bersedekah suatu amalan yang suci murni lagi terpuji sebagai keperihatinan dengan nasib dan kesusahan orang lain seperti mana yang amat dituntut oleh Islam. Rasulullah ﷺ bersabda: “Sebaik-baik amal adalah memberi makan (kepada fakir miskin dan anak yatim) dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenal.”  (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Nasa’i r.a.)

.

Nabi Muhammad ﷺ. bersabda: “Tiga perkara aku bersumpah menegaskan kebenarannya iaitu tiadalah berkurangan harta seseorang disebabkan bersedekah. Tiadalah seseorang yang dizalimi itu bersabar, melainkan Allah menambahkan dia kemuliaan. Dan tiadalah seseorang memulakan sesuatu cara meminta sedekah, melainkan Allah membukakan kepadanya pintu kepapaan. Aku menerangkan kepada kamu satu hadis pengajaran untuk dijadikan ikhtibar. ” (Hadis Riwayat Abu Kabsyah al-Anmari r.a.)

.

Sedekah sering juga merujuk kepada maksud memberikan harta untuk hal tertentu di jalan Allah سبحانه وتعالى, sebagaimana yang terdapat dalam banyak ayat-ayat dalam Al-Qur’an. Di antaranya adalah :

Firman Allah سبحانه وتعالى:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُبْطِلُوا۟ صَدَقَـٰتِكُم بِٱلْمَنِّ وَٱلْأَذَىٰ كَٱلَّذِى يُنفِقُ مَالَهُۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِٱللَّـهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِۖ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُۥ وَابِلٌ فَتَرَكَهُۥ صَلْدًاۖ لَّا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَىْءٍ مِّمَّا كَسَبُواۗ وَٱللَّـهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْكَـٰفِرِينَ ﴿٢٦٤﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” (Surah Al-Baqarah : ayat 264)

.

Firman Allah سبحانه وتعالى lagi:

إِنَّمَا ٱلصَّدَقَـٰتُ لِلْفُقَرَآءِ وَٱلْمَسَـٰكِينِ وَٱلْعَـٰمِلِينَ عَلَيْهَا وَٱلْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَٱلْغَـٰرِمِينَ وَفِى سَبِيلِ ٱللَّـهِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِۖ فَرِيضَةً مِّنَ ٱللَّـهِۗ وَٱللَّـهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ ﴿٦٠﴾

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” (Surah An-Nisaa’ : ayat 114)

<p class=”MsoNormal” dir=”RTL” style=”margin-bottom: .0001pt; direction: rtl; unicode-bidi: embed; text-align: center;”><span lang=”AR-SA” style=”font-size: 16pt; line-height: 155%; font-family: ‘openquran’, ‘serif’; color: black;”>

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: